korang dapat tak grab promo free seat AA kali ni?or promo MAS tu?hehehe tahniah la kalo korang berjaya ye..as for me, kali ni aku gagal la...sobss....sebabnya, aku ingat nak bangun awal la pagi semalam, nak usha tiket untuk April 2015...sekali, terbangun jam 5.45 pagi....dan perlu ke KL pula ada kursus!so tak sempat usha tiket!tapi masa dalam jammed, sempat je tengok kat hp...ternampak gak tiket murah ke 'sinun'...dah roger member-member...semua dah setuju...tapi aku hold dulu la beli kononnya nak tunggu malam baru beli, almaklum busy berkursus dengan lecturer hensem arini...eh...sekali, dari harga tiket RM180, terusssssss melambung ke RM500!sadisss!terus kecewa!huhuhu pastu try gak usha sikit-sikit dan tengok semua tiket dah mahal pada tarikh yang kami setuju nak jalan tu...memang takde rezeki laa...huhuhu takpela...next time kena cuba lagi...ok jomm sambung cerita Banda Aceh! =D
Sambungan dari: Menjejak Kesan Tsunami di Banda Aceh, Indonesia #Day2 #Part1
Sambungan dari: Menjejak Kesan Tsunami di Banda Aceh, Indonesia #Day2 #Part1
ok dari Masjid Meukeutop, kami terus ke Muzium Tsunami Aceh pula...muzium yang dibina pada tahun 2009 sempena memperingati bencana tsunami pada tahun 2004 yang lalu...muzium ini direka seperti bentuk gelombang tsunami sekiranya dilihat daripada atas...mempunyai 3 tingkat dengan 1 tingkat dasar....sampai sahaja di muzium, kami perlu titipkan atau simpan semua beg di tempat yang disediakan...hanya bawa barang berharga seperti beg duit, hp dan kamera sahaja...
muzium ini dibuka setiap hari, kecuali pada hari Isnin....masuk ke muzium adalah percuma!dan pengunjung dinasihatkan untuk memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak ketat...sila hormati tempat orang ye...sebelum masuk ke main entrance, kami disambut oleh sebuah helikopter polis yang musnah akibat tsunami...
masuk sahaja di main entrance, kami diberikan pamplet mengenai muzium ini...kemudian kami perlu melalui Tsunami Alley atau Lorong Tsunami yang memberikan gambaran keadaan semasa tsunami berlaku...sepanjang jalan, air memercik kiri dan kanan...keadaan gelap dan bunyi deruan air tu...sangat menakutkan dan menyeramkan..huhuhu..tak dapat bayang sekiranya aku berhadapan sendiri dengan bencana hebat itu...ini baru simulasi gini pun aku dah takut...
selepas melalui Tsunami Alley, kami tiba di Memorial Hall yang menempatkan puluhan skrin untuk kita melihat gambar-gambar amatur yang diambil semasa tsunami berlaku!memang sayu melihat gambar-gambar kehancuran Banda Aceh selepas tsunami melanda dan betapa gigih penduduk Aceh yang survive selepas kehancuran tersebut...dan paling sedih tengok gambar anak kecil ketakutan menyelamatkan diri daripada arus deras tersebut...tergambar sungguh ketakutan tak terhingga...huhuhu
seterusnya kami ke Ruangan Sumur Doa atau Chamber of Blessing...merupakan ruang berbentuk silinder, menjulang ke atas...nun jauh di atas terlihat kalimah ALLAH!dan ruangan tersebut penuh dengan nama-nama mangsa yang terkorban dek bencana tsunami...keadaan sangat sayu apabila keadaan bilik suram tersebut dihiasi dengan bacaan ayat suci Al-Quran...janji Allah, yang hidup pasti akan mati...
keluar sahaja dari Ruangan Sumur Doa...kami terus berjalan ke bahagian tengah muzium...jambatan yang cantik, ala-ala futuristik gitu...terlihat bendera-bendera negara MDF yang membantu dalam dana membaikpulih Banda Aceh satu masa dahulu bergantungan di 'langit' muzium...kat sini juga terlihat ada kafeteria yang boleh kita pergi untuk menjamu selera...tapi kami tak pergi la...terus menaiki jambatan menuju ke tingkat 2....
tiba di Lantai 2, kami melihat model bentuk Muzium Tsunami Aceh ini...yang dikatakan berbentuk gelombang tsunami...tapi kadang aku nampak ada rupa macam kapal juga...tapi memang canggih la binaan muzium ini...cantik!sangat futuristik...tak sangka ciptaan anak tempatan tau muzium ini....oh di sini juga terbaca yang akibat tsunami, antara hikmahnya, adalah sumber radioaktif di Banda Aceh telah menurun!Alhamdulillah....
kemudian kami nak masuk ke ruangan audio visual bagi menonton tayangan pendek mengenai tsunami...tapi masa sampai, tayangan sedang berlangsung...so kami lepak dan melepaskan lelah di cafe kecil yang terdapat di sini...kat sini juga ada tv menayangkan kisah tsunami tapi tak dengar sangat la...sebab tv jauh di atas...sambil tu kami layan minum teh botol dingin...wahhh enak banget!panas-panas gini kan....
kemudian kami pun masuk ke ruang audio visual tersebut...dan menonton tayangan mengenai tsunami yang diambil oleh amatur...MasyaAllah aku paling teringat-ingat bila melihat sendiri betapa derasnya air tersebut terus membaham isi-isi perut di Banda Aceh...pekat!likat!hancur, kotornya Banda Aceh masa tu...Masjid Raya Baiturrahman yang cantik aku pergi tadi, menjadi tempat orang ramai menyelamatkan diri...di keliling masjid tu, penuhhh dengan sampah sarap, segala yang hancur yang dibawa dek arus deras!huhuhu memang menyeramkan sungguh!terlihat juga pakcik yang sempat naik ke tempat tinggi masa gelombang tsunami sedang 'mengejar' beliau...memang terasa sayu bila menonton tayangan ini...membayangkan perasaan mereka semasa tu...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... =(
selesai tengok tayangan, kami masuk ke ruangan pameran yang menunjukkan maklumat mengenai negara MDF yang membantu dari segi dana dalam membaikpulih Banda Aceh selepas tsunami...kemudian terlihat juga gambar-gambar besar sebelum, saat dan pasca tsunami...sangat menyayat hati...sayunya melihat seorang ibu yang memeluk anaknya yang dah tak bernyawa tu...huhuhu
kemudian kami sambung naik ke Lantai 3 pula...again ruangan memorial tsunami...terlihat senarai negara-negara Palang Merah yang banyak membantu semasa tsunami berlaku....juga gambar jam Masjid Raya Baiturrahman yang jatuh rosak dan mati, menunjukkan saat berlakunya tsunami!
kemudian kami juga melihat diorama, gelaran mereka pada pameran ini...yang menunjukkan saat selepas berlakunya tsunami...perubahan bentuk muka bumi Banda Aceh selepas dilanda tsunami...selain tu ada juga diorama kapal yang tersangkut atas rumah tu, kapal PLTD yang besar terhanyut dek arus deras...dan gambaran tingginya tsunami yang melanda masa tu!menakutkan sungguhlaa....
juga terdapat ruangan simulasi gempa...di mana kita boleh menyusun bongkah berbentuk rumah dan kemudian kenakan gegaran mengikut tahap yang kita nak...dan lihat bagaimana bongkah tersebut runtuh...seperti runtuhnya bangunan semasa gempa sebenar berlaku....kat sini juga ada Rumah Simulasi Gempa...yang kita boleh masuk dan rasa sendiri tahap gempa tu...tapi sayangnyaa....masa kami datang ni, tengah under maintenance da....huhuhu even ruang filem 4D juga sedang dalam renovasi...tak dapat laaa kami nak merasa sendiri perasaan semasa 'gempa' tersebut...
then kami masuk ke bilik yang ada aircond kuat...dan best...hahaha masa ni agak kepanasan la...so masuk bilik ni, nyaman sahaja....bilik yang menempatkan lukisan-lukisan semasa berlakunya tsunami...dikhabarkan masa tsunami berlaku ni, adalah hari liburan...jadi kebanyakan orang berada di rumah...di awal pagi kan...jadi sebab tu katanya kebanyakan mangsa dilihat dalam keadaan 'tidak bersedia'...maksudnya masa tsunami melanda, mereka sedang berpakaian santai di rumah...dan tak sempat nak selamatkan diri...
kemudian akhir sekali kami ke kedai souvenir yang turut terletak di Lantai 3...tapi tiada apa yang menarik perhatian kami di sini...so terus keluar dari kedai ini dan turun menuju jalan keluar...masa nak ambil beg yang dititipkan, mereka bagitahu boleh la berikan sumbangan seikhlasnya...so kami hulurkan sedikit...harap dapat membantu maintenance muzium ini...
kemudian sebelum balik, kami sempat ke bahagian hadapan muzium untuk mengambil gambar dengan signage yang besar ini...sebagai bukti tau dah sampai ke sini...hehehe overall pada aku memang menarik sangatlah muzium ini..cuma ada a few pameran yang tidak dijaga rapi dan tidak berfungsi...mungkin kekurangan dana kot...almaklum tiada entrance fee dikenakan...aku pun tak paham kenapa...patutnya caj la sikit...atleast leh guna duit tu untuk baikpulih keadaan muzium....hohoho ok lepas tu terus cari Pak Edwar dan bergerak meninggalkan muzium ini....
masa ini dah tengahari, panas terik cuaca...tapi gigih juga laaa nak ke Kapal PLTD Apung...iaitu sebuah kapal penjana elektrik seberat 2,600 tan yang telah diheret beberapa kilometer dari tempat asalnya oleh arus tsunami!bayangkan kapal sebesar ini juga mampu dibawa oleh arus deras tu...memang tak dapat bayang laaa...huhuhu kapal ini masih dikekalkan kedudukannya selepas kejadian tsunami dan turut dijadikan salah satu tarikan pelancong untuk menyaksikan sendiri keajaiban tsunami...masuk je kawasan ini akan terlihat replika tsunami dan menara jam menunjukkan saat berlakunya tsunami...
kemudian dalam panas terik matahari tu, gigih la kami berjalan nak menaiki ke atas kapal tersebut...memula harus la bergambar dulu sambil berlatarbelakangkan kapal tu kan..kami berjalan dahulu di keliling kapal...lepak dan rileks bergambar...di setiap sudut...duk jumpa adik yang sama je, suh dia tolong ambilkan gambar kami..hehehe memang besar kapal ni..dah macam kapal tentera yang aku pernah naik dulu je...KD apatah tak ingat... =D
kemudian barulah kami menaiki kapal tersebut...memang panas, sebab kapal tu diperbuat daripada besikan...lagi tengahari buta tu...tapi gigih juga la naik dan bergambar...nasib baiklaaa keadaan berangin kuat..kurang sikit rasa panas tu...tapi tak lama kami di atas, tetiba ada announcement...diminta semua pelawat meninggalkan kapal tersebut dan kawasan sekitarnya...rupanya tempat ini tutup dari jam 12 tengahari ke 2 petang..untuk pekerja berehat, makan dan solat...Alhamdulillah..kagum aku...
dari Kapal PLTD Apung kami terus ajak Pak Edwar cari makan!sebabnya perut dah berkerongcong nih...duk berjalan je kan menjejak kesan tsunami...perut harus diisi juga dong...hehehe haaa apa lagi, terus Pak Edwar bawa kami ke Restoran Mie Aceh Razali...mie aceh ni famous di sini..so harus cuba tau kalo ke Banda Aceh...kat sini ada yang order mie goreng kepiting (ketam), ada yang order mie goreng cumi (sotong) dan udang...rasanya...wallawei memang sedap!aku makan cumi dan udang..memang penuh la seafood!tiap suapan jumpa cumi dan udang!i loike...minuman pula kami order alpukat, saje nak try...tapi aku memang tak masuk la minuman ni sejak dulu...tak suka..asie tetap la dengan jus sirsak dia kan...aku lebih suka layan teh botol dari jus buahan kat Indonesia ni...hehehe so total makan untuk 5 orang adalah Rp195,000 sahaja...murahla kan bila tengok seafood yang berlambak-lambak tu...
ok dah kenyang perut, hati pun banyak suka...jam menunjukkan pukul 1 tengahari...kebetulan kedai makan pun dah dekat area hotel...so kami minta Pak Edwar hantar kami pulang ke hotel sebentar...untuk berehat dari terik panas matahari..masa ini dah terasa penat sebab cuaca panas sangat....huhuhu dengan janji untuk bertemu semula dengan Pak Edwar pada jam 2 petang nanti...ok sambung lagi nanti ye cerita menjelajah Banda Aceh ini.... =D
Subhanallah. Meremang bulu roma aku baca entri ni dari awal. Sampai bab makan, terus kembali normal.
ReplyDeleteFuturistik sangat muzium ni. Ok, confirm. Insha Allah kalau sampai aku ke Acheh ni akan ku jejak muzium & kapal tu. Aku xdapat bayang keadaan sebenar, baca cerita ko kat bilik simulasi tu pun hati aku dah goyang.
Hmm aku dapat grab tix. Xdpt yang free seat tapi murah lah. Balik kampung lagi kekdahnya. Hihi.
Mmg sayu la muzium ni...cuma perlukan maintain lebih la..ada a few game/simulator x fungsi...huhu
DeleteHaaa sila la pi...mmg lain laa Aceh ni...harus cuba pi tgk sndiri...
Aku pun dah dpt tiket dah.....hahaha
Memang sedih...insaf seketika di sana...hihihi...membaca entri membuat kakitravel terkenang suatu masa dulu di sana.
ReplyDeleteye mmg insaf kjp berada di sana...huhuhu haaa apa lagi, boleh la repeat ke sana...hehehe
DeleteTrip yg penuh keinsafan, kwn ada gak menyuarakan hasrat utk ke acheh tp agak sukar dia nk dpt cuti, time dia cuti tiket lak mahal
ReplyDeleteAlaah cianya x dpt tiket ehhh kali ni mmg perlu beli seawal psgi klau lambat je mmg habis, jm sempat beli tuk 2 trip tp destinasi yg jm pernah pegi kira misi meripit :-)
Tak pe dj airasia sentiasa buat sale :-)
Ada kelapangan leh la pi Aceh plak JM...mmg sedikit unik banding bahagian lain di Indonesia...hehehe
Deletedah dapat dah tiket hari ni JM...hahaha akhirnya...hehuuuu~
rumah simulasi gempa tu kalau tak rosak mesti boleh try kan, :)
ReplyDeleteyup...tu antara penyebab utama kenapa sy nak dtg sini...sayang plak laaa masa smpai tgh tutup...huhuh rugi betul...
Deleteteringin nak g Acheh.,..tapi kawan2 takut
ReplyDeletekt berjaya rembat....bukan nak rembat tapi terREMBAT....hehee...still dalam malaysia lagi huhuhu
Saya pun mula tu risau...Tp Alhamdulillah ok jer... Wah dapat dah ye rembat...best2...hehe
DeleteTeringat cerita kwn saya sorg anggota beruniform dihantar ke acheh utk misi bantuan tsunami. Mayat bergelimpangan di mana2. Berhari2 dia cuma mkn roti cicah air sbb loya bau mayat. Yang sedihnya, org sana salah guna bantuan yg kita bagi. Depa kutip bawa keluar dari kawasan tu, pi jual kat tempat lain utk dpt $. Lagi sedih, ada bapak2 yg offer anak pempuan kat sojar2 kita utk dpt $. So sad.
ReplyDeleteAnyway, botol air tu unik. Mcm coke tapi bukan coke eh.
oo yeke...macam staff rumah anak yatim yang kami pi tu, diorg pun duk cakap berminggu bau mayat seluruh Aceh...memang kena pakai mask je la...tu pun tak bape membantu sgt...sbb busuk sgt...huhuhu mmg tak dapat bayang la....
Deleteoo yeke...terdesak sangat tu sampai lupa hukum...huhuhu siannya....semoga kita semua sentiasa dipeliharaNya...Amin...
Air botol tu namanya teh botol..famous di indonesia...siap ada iklan yg famous, tagline dia makan apa pun, minumnya harus teh botol...hehehe sedap...lagi2 kalo sejuk...pergh....hehehe