Thursday, May 14, 2026

Lepak di Seri Iskandar Demi Seketul Thesis

okay la as of now aku rasa aku givap dah nak tulis blog ni hahahaa memang dah susun post dan gambar ikut turutan masa, so post ni dah setahun lebih tertunggak dah weh...hahaha cerita ni cerita hujung tahun 2024! hahaha zaman kritikal nak siapkan thesis, hidup tiada erti masa ni...haha dah tak kenal erti hujung minggu or cuti hahahahaa...ko bayang berapa ratus post aku kena cover balik? dengan keadaan kerja sekarang yang alaaahai! takdan nak menyongket wehhh! penat! hahaha tapi aku happy je dengan kerja now hehehe...tapi hari ni nak update sikit la kalau rajin plak hahahaa...takpela post lama pun, janji update, nak potong que, aku plak rasa tak best sebab draft memang dah adaaa...hahaha so meh update apa yang aku ingt hahaha...

masa ni aku dengan Sue sesama tengah struggle nak siapkan thesis...so Sue ajak lepak rumah dia di Seri Iskandar laaa, ubah angin nak menulis...by the time post ni ditulis, Sue kan dah dapat tukar ke Kuantan, so dalam proses dah nak jual rumah ni huhuhuhu rumah ni dia duduk since 2016 ke 2017 camtu...lama daaa...hehehe so kami berdua berkampung laaa selama 5 hari kat sini...memang pagi petang siang malam laaa menulis thesis! makan pun order Food Panda, dan sesekali kami keluar makan ke Ipoh!siap jumpa Akiejack duk sebelah meja dan dia belanja kami makan dimsum! hahahaha lain-lain tu memang makan kat rumah atau sekitar Seri Iskandar je laaa...niat hati nak ajak member lajak ke Penang kejap pun tak dilayan sebab dia lagi kritikal dari aku masa ni sebab dia kena submit dah hujung Disember 2024 tuu hehehe tapi aku plak rezeki, lepas trip ni semangat menulis aku mencanak-canak! Alhamdulillah...okay lah, layan gambar je la! hahahaha....
sebelum balik ke KL, kita singgah jalan-jalan cari durian Perak! hahahaha...alaa rindu plak kat Perak ni! nak jalan-jalan cari makan di Perak sebelum rumah member di Seri Iskandar dijual...sedih laaa weh sebabnya sejak member kerja kat Perak tahun 2008 memang habis 1 Perak dah kami pusing hahahaha proud tau selaku orang IC 08 walaupun membesarnya di Nismilan hahahaha lepas ni dah jarang laa kita bersiaran dari Perak! sobsss...ok bai!

No comments:

Post a Comment