Sunday, November 12, 2023

Yakiniku Kuro, IOI City Mall

haaa sekejap rajin, sekejap malas aku kan hahaha sebab now musim cerita makan je, so senang je nak update....so kalau sekali rajin, banyak post aku leh sekali siap je hahaha almaklum skang post makan simple je kan nak menaip nya hahaha yang kalo masuk post travel yang jadi berzaman nak habiskan hahaha ni ada dalam 4 post kedai makan, then masuk trip seterusnya...bertabah la sis yaaa...hahahaa...so ni cerita kat wing baru IOI City Mall, Putrajaya...kat belah atas sekali, ada Yakiniku Kuro...haaa kalo rasa nak makan daging mahal sikit, aku ke sini...as of now dah a few times gak aku ke sini...ada port lepak sorang, so sis suka...hahahaa even hari pertama cabut besi dari jari, dengan jari berbalut pun aku ke sini sensorang, healing hahahaa...
meh layan menu yang ada di sini...haaa nampak ke hehehe buat nampak lah ya...so basically kita leh pilih pelbagai jenis bahagian daging kat sini, pastu leh pilih nak yang marinated atau pun tak, then leh pilih gak berapa gram...dan dalam setiap set daging tu kita akan diberikan nasi, soup dan kimchi...haa konpius aku ni kedai Jepun ke Korea hahahaha...then kita leh gak pilih daging tu secara ala carte...ni kalau nak tambah lagi la kan...dan ada menu lain gak selain daging ni macam chicken, lamb dan seafood...tapi kau datang kedai Yakiniku kannn...daging laaa pilihan utama hehee...
dan tadaaa marilah lihat menu pilihan kami...aku dah tak ingat dah specific rasa setiap daging tu...semua pun sedap je pada aku hahahaha cuma apa aku nak cakap, antara yang marinate dengan tak, aku prefer yang tak marinate lebih sedap dan rasa daging sebenar...gituuu hehehe pastu aku suka yang Sukiyaki tu sebab dia bagi gak hald boiled egg...so lepas bakar daging tu, celup dalam telur dan makan...nyummeh!daging tu plak aku tak bakar lama sebab aku suka medium well gitu, baru laaa juicy...kimchi dia sedap, sup pun sedap...aku suka...aku pernah makan amik portion yang 150 gram, kenyang je...tapi pernah gak aku tamak, amik 2 jenis daging tapi 100 gram each...ok jer, takde laa banyak nau pun hahaha...sedappp!sila lah cuba...

No comments:

Post a Comment