Thursday, April 12, 2018

Bukit Melati, Nilai

Cuti Tahun Baru Cina yang lepas aku melepaskan gian hiking...masa ni memang semangat membara la nak hiking...kalo boleh masa ni tiap minggu nak berpeluh hiking...huhuhu tapi apakan dayaaa...lutut dah tak leh nak lasak sangat skang ni...tinggal kenangan je laaa...hehehe...ok aku plan nak mendaki Bukit Melati di Nilai bersama Kak Rozz geng jomkurus aku bersama Ab dan Zu...seawal 6.45 pagi aku berkumpul dengan Ab dan Zu di McD Bandar Seri Putra, then kami naik 1 kereta ke Nilai...bertemu dengan Kak Rozz di kaki Bukit Melati...parking ni, memang area tepi rumah orang je, nampak ada tokong macam gambar bawah ni, situ la dia...
Bukit Melati ni dikatakan dibuka oleh seorang doktor perubatan untuk pesakit dia...katanya trek kat sini sangat sesuai laa untuk exercise dari kaca mata seorang pengamal perubatan...gituu...hehehe kat Bukit Melati ni ada beberapa puncak seperti Centipede Hill, Monkey Hill, Cobra Hill dan Mosquito Hill...dan ada puncak yang boleh dinaiki dengan menggunakan tali rope...
pendakian pertama adalah selama 10 minit je, tengok-tengok dah sampai...eh...hahaha tapi mencanak gak laaa...mengah!untuk kami sampai ke Centipede Hill...trek dia bersih je, so takkan sesat punya laaa...cuma kena hati-hati sebab katanya Bukit Melati ni ada babi liar...hehehe...tapi kalo siang-siang tu dia takut nak keluar laaa...
dari atas Centipede Holl ni memang view nampak kawasan Nilai la...masa naik ni matahari sendu je, kalo tak leh gak layan sunrise kann...redho je laaa...sebab kan tak berapa penat sangat, so kami berhenti kejap je...ambil gambar, ambil nafas then teruskan lagi perjalanan...
perjalanan seterusnya memang turun naik turun naik laaa...so perjalanan agak jauh berbanding bukit pertama tadi...aku memang tak tau sangat jalan, nasib baik laaa Kak Rozz memang pakar kawasan Bukit Melati ni, so follow dia je...tapi jangan risau, signage berlambak di Bukit Melati ni...
dalam 15 minit turun naik bukit, kami sampai kat kawasan ada lopak air besar...dan kat depan tuu bermulalah pendakian yang agak memenatkan untuk aku...penat wehh...hahaha semput gak laaa...mencanak naik diaaa...kat sini kami kena daki nak menuju ke Monkey Hill...masa tengan mendaki ni ada ke kanan if nak teruskan mendaki menggunakan tali...tapi kami tak pi laa...
entah berapa puluh kali berhenti tah masa naik Monkey Hill ni, malu dengan Kak Rozz yang dah 50an tu steady jer...hehehe...dekat 20 minit gak tauu mendaki ni sebabnya banyak gilaa berhenti...hahaha dan akhirnya sampai gak kat puncak Monkey Hill...semput!
view kat atas ni biasa je laaa...view kawasan Nilai kan...ada tempat lapang nak melepak...Zu dah terduduk dah kepenatan...hahaha awal-awal tadi tu gigih gak dia mengejar si Ab kan, acah-acah fit...last-last ngan kami jugak...hahaha Ab skang dah jadi ultra marathoner, bukan biasa-biasa dah lagi...takat bukit camni, dia lelap mata je...hehee..
then kami teruskan lagi berjalan menuju ke Cobra Hill plak...nak ke Cobra Hill ni tak mencabar langsung...sedar-sedar ehh dah sampai puncak Cobra Hill?hahaha dia takde la turun naik teruk sangat...tapi Kak Rozz cakap kalo naik ikut tali tadi, kiranya muncul kat Cobra Hill ni laaa...Ab cakap dia naik pakai tali ni, tapi dia cakap dia sampai Monkey Hill gak, entah tak paham la aku...
dari Cobra Hill kami pun teruskan perjalanan...ingatkan nak keluar je terus...sebab dari sini boleh keluar terus je nanti...tapi perjalanan agak jauh laaa...turun naik bukit...tapi takde la extreme sangat, so kami bersantai je laaa...siap la Kak Rozz buat live kat Instagram kat...hahaha...hebat la Kak Rozz ni, fit gilaaa...
dalam 25 minit berjalan menuju jalan keluar tu, nampak signage ke Mosquito Hill...kalo dari arah Cobra Hill ni, signage dia tersorok sikit...sebab tu Ab terlepas bukit ni dan dia terus keluar...hahaha rugi la kan...tapinya Kak Rozz dah bagi warning, bukit ni hazab juga...tapi gigih kan aku ngan Zu nak naik gakk...sudahnya menyesal!hahaha...sebabnya dah penat, tapi tak sampai-sampai puncaknyaaa...huhuhu...20 minit gak la mendaki, tapi puncaknya takde apa pun laaa...
then kami berjalan keluar semulaa...ingatkan dekat, tapi jauhhhh lagi perjalanan weh...siap turun naik bukit yang beriya plak tu...nyesalll weh naik Mosquito Hill, kalo tak tadi dah sampai kedai mamak dah waktu camni...hahahah tapi nya nasib baik pokok tinggi, so takde la panas sangat...
dan akhirnya selepas 30 minit turun naik bukit dalam tu, sampai la semula kami di kawasan kami naik mula-mula tadi..tengok Ab tengah syiok minum sambil berborak dengan orang kat situ...rupanya dia sempat pi naik Eagle Hill lagi sementara tunggu kami...hahaha..gigih!then lepak minum dan bergambar, lepas tu kami pi mamak sambung minum pagi...dan tak sangka, itulah trip terakhir aku mendaki...huhuhu...takpe hujung minggu ni aku gatal nak daki Bukit Larut...hahaha pasrah je laa...hahaha....

10 comments:

  1. weh.. nak mencarut aku tengok nak naik mosquito hill tu,hahahah

    ReplyDelete
  2. boleh bawak budak2 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aritu masa pi ramai bdk skolaaa...ok rasanyaa...

      Delete
  3. Hi sis.. kat sana ramai orang tak? Kalau nak pergi berdua perempuan je risau la plak kalau tade orang awam yg lain .. mcm seram ��

    ReplyDelete
  4. Hiking di melati hill paling best Dan relaxing mind

    ReplyDelete