Thursday, October 12, 2017

Bangkok Street, Mesa Mall, Nilai

kalo yang duk area Nilai mesti tau dah ada mall baru dibuka di sana iaitu Mesa Mall...dah banyak kalo gak la aku terjah sini, so ada sekali tu aku terjah ke Bangkok Street dia yang ada food court jual makanan Thai...selain food court ada juga la dia jual barangan macam pakaian, perhiasan dari Thailand juga...
ada banyak gerai kat food court ni, memang dari apetiser, main course, dessert sampai la ke minuman orang Thai ada kat sini...konsepnya kat sini, order kat gerai makanan yang kita nak, then dia bagi macam kupon, pi bayar dulu baru dapat kan diorang balik untuk ambil makanan...
banyak juga pilihan makanan yang ada weh...rambang juga mata dan perut nak pilih makanan masa ni...terasa berada kat Bangkok plak aku masa ni...hehehe bestnyaaa nampak banyak halal food kannn....nyummehhh...
tapi abang aku dah biasa datang sini, so dia ajak terjah gerai paling hujung kat dalam tu...sebab kat situ leh order semuaaa makanan kat dalam food court tu dan bayar siap-siap...then bawa resit ke gerai untuk ambil makanan...kat sini ada harga semua makanan dan minuman yang ada di food court tu...senang kannn...
dan sebabkan abang aku biasa datang sini, dia yang order semuaaa makanan...aku ikut je, walaupun kali ni dia nak pow aku, aku redhooo...hahaha...untuk minuman ada yang order Thai Iced Tea (RM6.90) dan Thai Iced Coffee (RM6.90)....sedappp both minuman ni pada aku...manis sikit laaa, standard la kan...tapi sedap pekat likat...
untuk makanan pula, kami makan 6 dewasa masa ni, so kami order Somtam (RM6.90), Thai Stir Fry Kangkung (RM8.90), Tom Yum Chicken Regular (RM6.90), 2 X Pandan Chicken 6 pcs (RM12.90), Thai Steam Fish (RM18.90) dan Thai Grilled Fish with Salt (RM18.90)...makanan adalah sedap!semua sedap!pandan chicken sedap, tomyum sedap, somtam sedap...paling takleh blah, ikan tu...murah gilaaa...aku ingat harga gitu, kecik la kan...tak pun...standard size la ikan dia...sedap!nyummeh!berselera semua orang makan...
memang recommended la tempat makan ni kalo korang nak cuba Thai food...hehehe total makan tu cuma RM115 je weh...dengan ikan 2 ekor gitu, murah sangatlah kannn...ikan pun takde rasa lama pun...sedap je pada aku...berbaloi-baloi!

2 comments: