Sambungan dari: Mendaki Batu Caves
selesai mendaki Batu Caves, kitorang dah plan nak lunch di rumah Irma yang terletak di Gombak...tapi sebabkan habis awal hiking tu, dan Irma pun masih di luar ada urusan, so kitorang decided nak jalan-jalan sekitar Gombak...Google punya Google, kitorang decide nak pergi Muzium Orang Asli Gombak!hehehe
masapergi ni takde any expectation la...lagi pun pergi sekadar membuang masa...dalam kepala terpikir muzium macam ni mesti terpinggir...dah la terletak kat Gombak, macam jauh sikit laaa nak ke muzium ni...sekali bila sampai tu, tengok terjaga rapi je sekitar kawasan muzium nih...bersih jer...bagus betul kan...muzium ni dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan tiada sebarang entrance fee dikenakan...maksudnya percuma la!hehehe
Muzium ni dibina bagi mengabdikan sejarah silan serta memelihara warisan budaya Orang Asli supaya tidak dilupakan nanti...almaklum dunia makin moden, orang asli pun dah moden kan...jangan sampai lupa asal usul...gituh laaa....aku malas nak cerita panjang, korang layan je la gambar yang sempat aku ambil di dalam muzium ni...banyak artifak dan informasi berkaitan tradisi kebudayaan, adat resam dan kepercayaan, pantang larang, aktiviti kehidupan harian, perkahwianan, dan macam-macam lagi tentang orang asli ni...
lepas hampir sejam kitorang berjalan dalam muzium 2 tingkat tu, ktorang pun bergerak ke arah rumah irma...sempat laaa minum Air Mangga Sodap Gombak ni kat tepi jalan...fuhhh memang sedap!tapi aku tak paham nape orang Gombak sebut sedap as sodap?hahaha tu bahasa nismilan tau!
dan sebagai mengakhiri aktiviti kami, kami pun melepak sambil makan dan makan lagi di rumah irmaa...selain tu ada juga aktiviti berkaraoke dan bergitar kat rumah irma...nasib la takde orang kalo tak memang kena kecam anak dara menyanyi-nyanyi kat rumah orang...hehehe
Terima kasih atas maklumat yang baik
ReplyDeleteSama samaa
Delete