Sambungan dari: Cảm ơn Vietnam :: Day 3.1 :: Hanoi to Ho Chi Minh & Hotel Saigon Pink 2, Restoran Basiroh dan The Sinh Tourist, Ho Chi Minh
selepas puas berehat dan tido, dalam kul 4 petang kitorang pun gerak keluar dari hotel untuk jalan-jalan dalam bandar Ho Chi Minh ni...sampai lobi terus minta tolong staff hotel panggilkan teksi yang bersepah depan hotel tu...saje la suh diorang panggilkan sebab takut kena scam...banyak sangat cerita tak best aku baca pasal naik teksi di Ho Chi Minh ni...jadinya sepanjang kat sana aku memang ikut saranan orang supaya naik teksi Vinasun jer...siap aku print berwarna lagi gambar teksi Vinasun ni tau....haaa dari hotel kami menaiki teksi menuju terus ke War Remnants Museum...sebenarnya boleh jalan kaki jer dalam 2 km, tapi sebab dah lewat takut muzium tutup plak nanti, tu kitorang pilih untuk naik teksi dengan harga VND40,000 sahaja...
sampai di pintu masuk terus beli tiket berharga VND15,000 seorang dewasa...dapat sticker kena lekat kat baju atau tangan...untuk makluman korang, muzium ni dibuka dari 7.30 pagi sampai laaa 4.30 petang...waktu rehat ditutup yaaa...
dah beli tiket, kami cepat-cepat menuju masuk ke dalam muzium...kat luar banyak gak pameran kereta kebal dan kapal terbang, tapi kita kejar yang kat dalam dulu sebelum ianya ditutup...overall muzium ni berkisarkan tentang peperangan yang berlaku di Vietnam masa dulu kala...dengan Perancis, dengan USA...kiranya kalo pergi ke muzium ni, memang akan nampak bias la macam jahat gila penjajah nih...betapa gigihnya orang Vietnam dulu kala berjuang untuk memerdekakan negara diorang...tapi masa ni mood dini dan liana tak berapa rajin kan, so aku pun tergesa-gesa je la masuk dan keluar dari satu pameran ke satu pameran...
dan pameran yang paling menarik minat aku kat muzium ni adalah berkaitan penggunaan bahan toksik atau lebih dikenali sebagai Agent Orange oleh penjajah yang memberikan kesan kepada beberapa keturunan orang Vietnam...kisah ni kita belajar masa sekolah dulu...gila sedih tengok gambar-gambar generasi selepas tu yang cacat cela...huhuhu masa aku kat pameran ni, tengok ada minah salleh beriya-iya menanges...agaknya sedih sangat pikir nape laaa atok nenek dia dulu jahat sangat buat orang tak berdosa sampai macam tu...hohoho
dan pameran yang paling menarik minat aku kat muzium ni adalah berkaitan penggunaan bahan toksik atau lebih dikenali sebagai Agent Orange oleh penjajah yang memberikan kesan kepada beberapa keturunan orang Vietnam...kisah ni kita belajar masa sekolah dulu...gila sedih tengok gambar-gambar generasi selepas tu yang cacat cela...huhuhu masa aku kat pameran ni, tengok ada minah salleh beriya-iya menanges...agaknya sedih sangat pikir nape laaa atok nenek dia dulu jahat sangat buat orang tak berdosa sampai macam tu...hohoho
dan akhir sekali kami berlegar di sekitar lobi muzium...layan tengok ada kedai souvenir kat situ tapi takde apa pun nak beli...cuci mata jer laaa sebelum bergerak keluar daripada muzium tuh...overall aku rasa muzium ni menarik untuk pergi...tapi sebab aku tergesa-gesa sikit, so takleh nak fefeeling lebih laaa...
keluar dari muzium kitorang usha-usha sikit pameran aircraft dan kereta kebal yang digunakan semasa perang dulu-dulu di kawasan keliling muzium tuh...layan tengok gitu jer la takde beriya pun...hari pun dah nampak mendung, so kami decided untuk gerak cepat mungkin meninggalkan muzium nih...
dari War Remnants Museum kami berjalan menuju ke arah Independence Palace atau juga dikenali sebagai Reunification Palace...layan je la jalan kaki petang-petang ni kan...tak jauh mana pun dalam 10 minit berjalan...haaa ni antara tempat tumpuan pelancong juga kalo ke Ho Chi Minh nih...istana ni merupakan bekas tempat tinggal Presiden Vietnam Selatan semasa perang Vietnam dolu kala dan sekarang diorang buka istana ni untuk lawatan orang ramai...ada bayaran yang dikenakan tapi aku tak pasti berapa...tapi sebabkan dah petang, kami pandang sepi je laaa dari jauh...layan fefeeling bergambar kat taman depan dia lagi best...hehehe!
kemudian kami berjalan terusss menuju ke satu lagi tarikan utama di bandar Ho Chi Minh ni iaitu sebuah gereja yang dibina pada tahun 1863 iaitu Notre Dame Cathedral!haaa datang Ho Chi Minh memang tak sah la kalo tak ke sini kan...tapi jangan salah anggap plak, bukan pergi nak menyokong agamanya tau...kita sekadar melawat binaan dia jer laaa...bangunan sejarah kan...hehehe aku pernah baca yang masa tahun 2005 dulu pernah kecoh kat sini, katanya statue yang ada kat gereja ni menangis!haaa sudah...mau tak huru-hara kejap masa tu kan, semua pun datang nak tengok!haish kalo aku idok ler nak nengoknye kannn...serammmm...huhuhu...
dan di sebelah gereja tu pula terletaknya Saigon Central Post Office yang sangat popular tu...wajib juga datang sini kalo sampai Ho Chi Minh ok...dibina pada penghujung abad ke-19, bangunan ini dikatakan mempunyai pengaruh gothic, renaissance dan French...post office ni walaupun dah jadi tempat pelancongan, tapi masih beropeasi hingga ke hari ini...kalo korang nak hantar poskad kepada diri sendiri atau kengkawan, leh la buat di sini tapi aku tak pernah buat menda-menda gitu lagi...hehehe dan sedang elok kitorang sakan bergambar dalam post office ni, tiba-tiba hujan turun mencurah-curah!ahhhh sudahhh terperangkap laaa kami kat dalam tuh...
memula terperangkap tu ok la lagi sebab kat dalam bangunan ini juga terdapat kedai-kedai souvenir...boleh la nak layan cuci mata kan sementara nak tunggu hujan berhenti...tapi makin lama makin lebat hujan dan takde tanda-tanda nak berhenti...sobsss...kerusi yang ada pun limited, penuh dah dengan orang....huhuhu penat kena berdiri...makin lama makin bosan...dah tak tau nak buat apa...
tak lama tu baru la dapat tempat duduk, terus layan perasaan sebab nak layan FB takde internet plak...sobsss...dalam duk layan perasaan, tetiba ada budak Vietnam tegur aku...dia cakap nak sembang ngan aku...aku layan jer la kan...sembang punya sembang rupanya budak ni hari-hari datang kawasan tumpuan pelancong di sekitar Ho Chi Minh untuk sembang dengan pelancong demi nak improve communication skill in english...wahhh nganga aku wei...gigih gila dia buat kerja camni...terus aku terbayang, aku zaman universiti dulu apa je kerja berfaedah aku buat??melaghaaa je keje aku dulu...huhuhu...tapi budak-budak universiti kat Vietnam ni siap ambil inisiatif sendiri nak improve english....kagum gila aku...yang kat Hanoi pun duk join Hanoikids, kat sini inisiatif sendiri...pergh kagum...kagum...haaa kalo korang pi Ho Chi Minh dan jumpa budak ni, sampaikan salam aku yer...hehehe nama dia Tam...punya suka dia bila aku email dia gambar ni...
lama juga aku sembang dengan dia...macam-macam dia tanya aku pasal malaysia, pasal aku, pasal kerja aku, pasal macam-macam lah...then last sekali dia offer nak payungkan aku untuk cari teksi...gitu kan, ko kecik kemain nak payungkan hakak besar gabak ni...tapi sebab dah tak larat menunggu dah, aku pun ikut je dia...gila lah payung kecik, lenjun jugak aku masa carik teksi tuh...dalam kalut basah tu, sempat lagi aku memilih tauuuu taknak teksi biasa, aku nak Vinasunnnnn jugak!hahahaha...nasib tak lama mencari tu jumpa juga teksi Vinasun...hehehe...terima kasih Tam tolong hakak ko ni mencari teksi...semoga ada rezeki dan jodoh kita jumpa lagi yer... =D
Wah hakak dapat hadik hangkat...kihkihkih...
ReplyDeletehahaha hakak suker...hehehe
DeleteCOMEL BUDAK TAM NI
ReplyDeletemmg kak...kalo tgk dia sembang pun comel...hehehe!
Deletesuka nya tgm bangunan2 besar dan tinggi2 tu.. cantik.
ReplyDeleteheheh yup kak mmg cntik..kalo langit biru lg cntik...hehehe
Deletehakak ni pegi mana mana ada peminat tau. kakjem jeles
ReplyDeletehahaha hakak mulut manis gitu laaa...kakjem mulut ketat sape suruh...hahahaha!
Delete