Wednesday, December 2, 2015

Cảm ơn Vietnam :: Day 3.2 :: War Remnants Museum, Independence Palace, Notre Dame Cathedral & Saigon Central Post Office, Ho Chi Minh


selepas puas berehat dan tido, dalam kul 4 petang kitorang pun gerak keluar dari hotel untuk jalan-jalan dalam bandar Ho Chi Minh ni...sampai lobi terus minta tolong staff hotel panggilkan teksi yang bersepah depan hotel tu...saje la suh diorang panggilkan sebab takut kena scam...banyak sangat cerita tak best aku baca pasal naik teksi di Ho Chi Minh ni...jadinya sepanjang kat sana aku memang ikut saranan orang supaya naik teksi Vinasun jer...siap aku print berwarna lagi gambar teksi Vinasun ni tau....haaa dari hotel kami menaiki teksi menuju terus ke War Remnants Museum...sebenarnya boleh jalan kaki jer dalam 2 km, tapi sebab dah lewat takut muzium tutup plak nanti, tu kitorang pilih untuk naik teksi dengan harga VND40,000 sahaja...
sampai di pintu masuk terus beli tiket berharga VND15,000 seorang dewasa...dapat sticker kena lekat kat baju atau tangan...untuk makluman korang, muzium ni dibuka dari 7.30 pagi sampai laaa 4.30 petang...waktu rehat ditutup yaaa...
dah beli tiket, kami cepat-cepat menuju masuk ke dalam muzium...kat luar banyak gak pameran kereta kebal dan kapal terbang, tapi kita kejar yang kat dalam dulu sebelum ianya ditutup...overall muzium ni berkisarkan tentang peperangan yang berlaku di Vietnam masa dulu kala...dengan Perancis, dengan USA...kiranya kalo pergi ke muzium ni, memang akan nampak bias la macam jahat gila penjajah nih...betapa gigihnya orang Vietnam dulu kala berjuang untuk memerdekakan negara diorang...tapi masa ni mood dini dan liana tak berapa rajin kan, so aku pun tergesa-gesa je la masuk dan keluar dari satu pameran ke satu pameran...
dan pameran yang paling menarik minat aku kat muzium ni adalah berkaitan penggunaan bahan toksik atau lebih dikenali sebagai Agent Orange oleh penjajah yang memberikan kesan kepada beberapa keturunan orang Vietnam...kisah ni kita belajar masa sekolah dulu...gila sedih tengok gambar-gambar generasi selepas tu yang cacat cela...huhuhu masa aku kat pameran ni, tengok ada minah salleh beriya-iya menanges...agaknya sedih sangat pikir nape laaa atok nenek dia dulu jahat sangat buat orang tak berdosa sampai macam tu...hohoho 
dan akhir sekali kami berlegar di sekitar lobi muzium...layan tengok ada kedai souvenir kat situ tapi takde apa pun nak beli...cuci mata jer laaa sebelum bergerak keluar daripada muzium tuh...overall aku rasa muzium ni menarik untuk pergi...tapi sebab aku tergesa-gesa sikit, so takleh nak fefeeling lebih laaa...
keluar dari muzium kitorang usha-usha sikit pameran aircraft dan kereta kebal yang digunakan semasa perang dulu-dulu di kawasan keliling muzium tuh...layan tengok gitu jer la takde beriya pun...hari pun dah nampak mendung, so kami decided untuk gerak cepat mungkin meninggalkan muzium nih...
dari War Remnants Museum kami berjalan menuju ke arah Independence Palace atau juga dikenali sebagai Reunification Palace...layan je la jalan kaki petang-petang ni kan...tak jauh mana pun dalam 10 minit berjalan...haaa ni antara tempat tumpuan pelancong juga kalo ke Ho Chi Minh nih...istana ni merupakan bekas tempat tinggal Presiden Vietnam Selatan semasa perang Vietnam dolu kala dan sekarang diorang buka istana ni untuk lawatan orang ramai...ada bayaran yang dikenakan tapi aku tak pasti berapa...tapi sebabkan dah petang, kami pandang sepi je laaa dari jauh...layan fefeeling bergambar kat taman depan dia lagi best...hehehe!
kemudian kami berjalan terusss menuju ke satu lagi tarikan utama di bandar Ho Chi Minh ni iaitu sebuah gereja yang dibina pada tahun 1863 iaitu Notre Dame Cathedral!haaa datang Ho Chi Minh memang tak sah la kalo tak ke sini kan...tapi jangan salah anggap plak, bukan pergi nak menyokong agamanya tau...kita sekadar melawat binaan dia jer laaa...bangunan sejarah kan...hehehe aku pernah baca yang masa tahun 2005 dulu pernah kecoh kat sini, katanya statue yang ada kat gereja ni menangis!haaa sudah...mau tak huru-hara kejap masa tu kan, semua pun datang nak tengok!haish kalo aku idok ler nak nengoknye kannn...serammmm...huhuhu...
dan di sebelah gereja tu pula terletaknya Saigon Central Post Office yang sangat popular tu...wajib juga datang sini kalo sampai Ho Chi Minh ok...dibina pada penghujung abad ke-19, bangunan ini dikatakan mempunyai pengaruh gothic, renaissance dan French...post office ni walaupun dah jadi tempat pelancongan, tapi masih beropeasi hingga ke hari ini...kalo korang nak hantar poskad kepada diri sendiri atau kengkawan, leh la buat di sini tapi aku tak pernah buat menda-menda gitu lagi...hehehe dan sedang elok kitorang sakan bergambar dalam post office ni, tiba-tiba hujan turun mencurah-curah!ahhhh sudahhh terperangkap laaa kami kat dalam tuh...
memula terperangkap tu ok la lagi sebab kat dalam bangunan ini juga terdapat kedai-kedai souvenir...boleh la nak layan cuci mata kan sementara nak tunggu hujan berhenti...tapi makin lama makin lebat hujan dan takde tanda-tanda nak berhenti...sobsss...kerusi yang ada pun limited, penuh dah dengan orang....huhuhu penat kena berdiri...makin lama makin bosan...dah tak tau nak buat apa...
tak lama tu baru la dapat tempat duduk, terus layan perasaan sebab nak layan FB takde internet plak...sobsss...dalam duk layan perasaan, tetiba ada budak Vietnam tegur aku...dia cakap nak sembang ngan aku...aku layan jer la kan...sembang punya sembang rupanya budak ni hari-hari datang kawasan tumpuan pelancong di sekitar Ho Chi Minh untuk sembang dengan pelancong demi nak improve communication skill in english...wahhh nganga aku wei...gigih gila dia buat kerja camni...terus aku terbayang, aku zaman universiti dulu apa je kerja berfaedah aku buat??melaghaaa je keje aku dulu...huhuhu...tapi budak-budak universiti kat Vietnam ni siap ambil inisiatif sendiri nak improve english....kagum gila aku...yang kat Hanoi pun duk join Hanoikids, kat sini inisiatif sendiri...pergh kagum...kagum...haaa kalo korang pi Ho Chi Minh dan jumpa budak ni, sampaikan salam aku yer...hehehe nama dia Tam...punya suka dia bila aku email dia gambar ni...
lama juga aku sembang dengan dia...macam-macam dia tanya aku pasal malaysia, pasal aku, pasal kerja aku, pasal macam-macam lah...then last sekali dia offer nak payungkan aku untuk cari teksi...gitu kan, ko kecik kemain nak payungkan hakak besar gabak ni...tapi sebab dah tak larat menunggu dah, aku pun ikut je dia...gila lah payung kecik, lenjun jugak aku masa carik teksi tuh...dalam kalut basah tu, sempat lagi aku memilih tauuuu taknak teksi biasa, aku nak Vinasunnnnn jugak!hahahaha...nasib tak lama mencari tu jumpa juga teksi Vinasun...hehehe...terima kasih Tam tolong hakak ko ni mencari teksi...semoga ada rezeki dan jodoh kita jumpa lagi yer... =D

Monday, November 30, 2015

'Aktiviti Baru' DJ & Cari Makan di IOI City Mall: Sopoong Korean Food

haaa haritu aku ada cakap aku sedang sibuk dengan 'aktiviti baru' kan dalam hidup sampaikan blog ni pun terabai...hahaha bayang la bulan 11 ni cuma ada 5 entries jer...sedih!gigih aku nak buat juga entry untuk pagi ni tau sebelum berakhirnya bulan November...ok sebelum kita cerita pasal makan, meh aku citer sikit apa 'aktiviti baru' aku tu since ada yang bertanya kan...hehehe sebenarnya ada je geng-geng aku yang dah tau dah la, tapi buat yang tak tahuuu...aku sebenarnya kena 'paksa-rela' join program kementerian aku iaitu #jomkurus!hahaha kelakar kan?dah sebulan lebih dah...3 hari dalam seminggu aku kena kerahan tenaga lepas waktu pejabat...jadinya balik rumah dah lembik...weekend plak kemain aktiviti aku mengalahkan atlet, kejap masuk larian kejap main netball...itu semua la tu memenatkan aku, menyebabkan aku jadi makin malassss nak buka laptop menaip...hehehe tapi pape pun aku enjoy je dengan 'aktiviti baru' ni...so korang doa-doakan la yer aku berjaya harungi lagi 5 bulan ni dengan tabah...aku bukan nak kurus pun, cukup la untuk sihat jer dan FIT macam Supermeng Malaya...korang pun tau kannn kisah gula tinggi dalam darah aku tu...sobsss...ni salah satu ikhtiar aku laaa untuk turun kan gula tuu...ok korang please doakan aku berjaya yer! =D bawah ni gambar kaki hari pertama kerahan tenaga, memang rasa nak pitam!hahaha...
ok cukup cerita 'aktiviti baru' aku tuh...hehehe haaa #jomkurus tu #jomkurus la jugak kan...tapi duta JJCM abadi tetapppp kena buat kerja jugak kan...hahaha matiklaaa coach aku kalo baca blog ni...lepas seminggu lepak dengan Azra, Dzuli dan Mrs Smile di dal.komm haritu, kitorang lepak lagi sekali di Sopoong Korean Food, IOI City Mall...memasing kerinduan makanan korea (read: aku)...hehehe sebabkan petang hari kejadian aku ada sesi kerahan tenaga, makanya kami plan untuk berjumpa pada jam 8 malam...sampai je di Sopoong, diorang dah start makan dah sebab tunggu aku kul 8.30 malam baru sampai...hehehe...maaf la kualiti gambar kamera hp aku sejak akhir-akhir ni terus sangat...nak tunggu aku tukar hp entah bila la kan...hehehe...
sambil aku curi-curi rasa makanan diorang, sambil tu aku usha menu...lapar hoih...banyak gak menu dia dari ala carte sampai la ke set...aku nak buat pilihan pun pusing kepala...semua nampak menyelerakan...harga dia pun sedang-sedang aja kannn...memula terpikir nak makan Samgyetang, tapi entah kepala aku ni duk cakap ahhh nanti mesti tak sesedap kat Eid Restaurant di Itaewon, nanti mesti nyesal...terus tak jadi order...sobsss...terbayang muka Saad...
dan akhirnya aku pilih kimbap dan topokki yang berharga RM16.90...nyum-nyum...topokki dia sedappp!tapi sikit je plak...silap pilih, rupanya kimbap banyak, topokki sikit...hohoho senak nak abeskan kimbap, tapi habes je kan akhirnyaaa...hahaha sambil makan sambil sembang sakan dengan Azra, Dzuli dan Mrs Smile...topik paling hangat opkos laaaaa blogger pemes pujaan Dzuli...wakakakaka!
thanks Azra, Dzuli dan Mrs Smile sebab sudi layan tekak aku yang teringin nak makan makanan Korea ni walaupun last minuteeee kita plan...hehehe dan thanks juga sebab share ke aku gambar makanan korang yang tak sempat aku ambil sebab datang lambat!hehehe...kat bawah ni adalah Set Curry Ramyeon dan kimbap (RM17.90) oleh Mrs Smile...abaikan gambar air tumpah tu...semua gara-gara rakus sangat nak ambil gambar flatlay...hehehe!
then Azra makan set udon ni yang aku tak perasan plak yang mana...dalam menu yang aku ambil tak nampak la pulak...sedap udon dia nih...dan Dzuli layan chicken bulgogi bokkeumbap dan gyeranjjim (steamed egg) berharga RM19.90...nyum nyum sedappp nasi dia tu...telur tu pun sedappp...makan dengan kimchi kan...hehehe...dan semuaaaa set yang kami ambil ni didatangkan sekali dengan green tea panas atau sejuk secara percuma...
overall sedap gak laaa Sopoong nih...lain kali boleh terjah lagi...aku nak try makan Jajangmyeon dia pulaaa...hehehe so korang, next mana lagi?mungkinkah di M.A.D?jommssss!