Friday, May 22, 2015

Trip to Langkawi ^^Day3.2^^ Kota Mahsuri, Dataran Lang & Kompleks Haji Ismail Group, Langkawi dan PULANG...

dari Buffalo Park, kami menuju pula ke Kota Mahsuri yang terletak di Ulu Melaka, Langkawi...sebenarnya sara dan chubby dah pernah pergi sini, tapi sebab aku tak pernah pergi kan, makanya aku paksa jer diorang berdua ikut sekali ke sini...hehehe giler la kan, dah 4 kali datang Langkawi tapi tak sampai-sampai lagi ke tempat lagenda ni...hehehe siap parking, terus kami menuju ke entrance....
nak masuk ke sini dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk dewasa...dan tempat ni dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga laaa 6 petang...baru jer nak masuk ni kan, sekali bateri kamera aku pun abes...demmm...terpaksa la pakai hp jer...huhuhu masuk jer ke dalam, kami disambut dengan alunan muzik tradisional oleh kakak-kakak comel...
kemudian ada pameran yang menunjukkan alkisah mengenai Mahsuri yang dituduh curang dan telah dihukum bunuh...tapi bila darah dia yang mengalir tu warna putih, menyebabkan ianya menjadi tanda tanya kebenaran tuduhan fitnah terhadap dia tu...haaa alkisah semuanya gara-gara dengki dan cemburu...tak baik untuk kesihatan tau....
kemudian kami terus menuju ke Kampung Kedah...di mana terletaknya rumah Mahsuri...sempat la kami naik ke atas rumah intai apa yang patut...ada tempat berendoi dalam ni...ramai la orang duk letak anak dalam buaian tu untuk berendoi..motif?entah aku pun tak pasti...yang aku pasti, aku gayat naik rumah Mahsuri sebab ada lobang-lobang kat lantai...lagi aku cuak sebab macam tak berapa nak kukuh jer bila aku yang naik tu kan....huhuhu tak memasal kalo roboh rumah Mahsuri tu kang, aku plak yang jadi lagenda kat Langkawi lepas ni...kuikuikui....
selain rumah Mahsuri, ada beberapa buah rumah kampung lagi yang ditempatkan di sini...dan yang paling besar haruslahh Rumah Penghulu kan...kat rumah ni ditempatkan pameran-pameran dan juga gambar-gambar Mahsuri yang cantik...kami tak lepak lama pun rumah-rumah tu...masuk, pusing sikit terus keluar balik...hehehe 
then kami menuju pula ke Telaga Mahsuri...khabarnya kalo nak cantikkkk, sila laaa basuh muka pakai air perigi tuh...siap ada dijual air dalam botol tau...hehehe haaa korang kalo datang leh la cobaaa...manatau dan-dan bertukar jadi muka Mahsuri!hahaha scary!
berhampiran telaga tu ada orang jual kuih karas!sara asyik la promote cakap kuih karas sini sedap...sempat laaa aku rasa yang sara beli...sedap gak...even Tun M pun suka kuih karas kat sini tau...hehehe sempat la tengok akak tu buat kuih karas ni...hamboi lemah gemalai sangat...kalo bagi aku yang buat ni, ntah kuih ape la yang jadi..entah-entah jadi churros.eh?hahaha aku ada beli sebungkus kuih karas ni bawa balik....sekali sampai rumah, hancusss berderai!sebab dia sangat rapuh, serapuh hatiku...
dan akhir sekali barulaaa kami menziarahi ke pusara Mahsuri...sedihkan cerita dia ni....dituduh curang dan tak mampu nak bela diri...even dituduh masa suami dia takde kat sisi dia...hish jahat sungguh orang yang tuduh tu...katanya kakak ipar dia sendiri yang dengki tu...sobsss....dan dari kubur kami masuk ke dalam muzium pula...tapi takleh ambil gambar pulaa...dalam muzium ni banyak cerita dan tayangan mengenai Mahsuri dan kisah dia...menarik gak...
selesai jelajah Kota Mahsuri, kami pun bergerak untuk balik ke chalet kami....masa ni sempat call semula chalet bagitau lambat sikit...memula owner tu cakap nak caj la sebab lewatkan...aku macam bengang la sebab cakap aritu kalo takde orang, boleh je checkout lewat sikit...huhuhu dalam perjalanan pulang, sempat singgah di Sireh Lagenda sebab sara nak beli barangan gamat...
kemudian kami terus balik ke chalet...siap-siap solat semua...dalam jam 2 petang baru la kami check out...masa ni redha pasrah jer laaa kalo kena bayar pun kan...sekali owner tu pulangkan full deposit...dia cakap takpela, tak payah bayar....hohoho lega iols!memang best...korang kalo pi Langkawi dan cari penginapan yang harga berpatutan, sila laaa ke Pondok Muara Chalet ni yer!leh usha di Booking.com...

selesai check out, kami pun bergerak menuju ke Kuah...datang Langkawi tapi tak ke Kuah memang tak sah la kan...terus kami menuju ke Dataran Lang!nak pi jumpa si helang besar tu...hehehe masa ni panas nyer la haiii...rasa terik sangat bila berjalan menuju ke helang tu...bertabah jer laaa...tapi sebab panas ni laaaa langit biru dan cantik!terus nampak cantik dan gah burung helang ni tau...
selain langit yang biru....aku terpesona tengok air laut menghijauuu...rasanya hijau dia tu ala-ala Lake Tekapo la pula...hehehe ok over kan...pastu dengan kapal-kapal yang ada kat situ lagi menambahkan kecantikan pemandangan kat situ....mendamaikan...hilang kejap rasa terik mentari bila dapat layan view camni.... terus fefeeling pi Halong Bay...hehehe
tak lama kami di Dataran Lang, terus menuju ke Kompleks Haji Ismail Group pula untuk aktiviti terakhir iaitu SHOPPING COKLAT!hehehe sebelum tu singgah lunch di food court depan kompleks ni...makan nasi campur jer laaa....tapi sebab lapar giler kul 3 petang baru nak lunch, licinnnn semua!hahaha tapi kan, untuk trip ke Langkawi kali ni aku rasa kurang berpuas hati tang jjcm laaa...rasa tak jumpa makanan yang betul-betul umpph!perlu datang lagi kah?hehehe
dan bila perut dah kenyang, terus laaa masuk ke dalam kompleks dan berambang mata tengok coklat!hohoho sabit bajet terhad jer tau...kalo tak, mau semua pun aku nak borong masa nih!dan sebab aku takde plan beriya shopping sangat, aku la paling awal abes beli barang...beli apa yang memang plan nak beli jer...terus melanguk lepak kat kerusi luar tu tunggu diorang bershopping sakan...
selesai shopping, dalam jam 4.30 petang kami pun bergerak menuju ke airport dan pulangkan kereta sewa...dapat balik RM50 deposit...kemudian sempat juga menimbang-nimbang beg tengok berat di mesin penimbang yang disediakan...pastu sara dan chubby pergi drop luggage, aku lepak jer tunggu di kerusi...selesai drop luggage, sara dan chubby cerita ke aku pasal ada group pak arab yang kecoh-kecoh kat kaunter check in tadi...rupanya orang yang sama kami jumpa di cable car semalam...

then masuk boarding hall, aku lepak jauh dari sara dan chubby, terlindung dek tiang besar sebab nak caj hp...sekali tengah lepak macam nak terlelap, tetiba aku ternampak hp melayang depan mata aku!dalam hati terdetik, amboi kaya sangat nih main campak-campak hp..pastu dengar orang menjerit kuat-kuat bising!rupanya group pak arab tadi ada yang bergaduh!siap ditumbuk muka member tu sampai pecah spek dan berdarah muka..giler lah!kawan-kawan lain dah tolong tenangkan, tapi perangai dia menggila dibelasahnya lagi member tu...sekali polis datang, haaa padan muka ko...terus tak dibenarkan naik flight tu...perangai tah pape..huhuhu...menyampah betul tengok muka pak arab yang tumbuk member dia tu...paling takleh blah, bila tengok balik gambar kat cable car tu, ada lak gambar dia kat belakang kami, siap pandang kamera lagi tua...puii....

dan tak lama lepas tu kami pun bergerak masuk ke dalam flight dan meninggalkan bumi Langkawi yang sempat kami jelajahi on weekend jer ni...haaa dah la, taknak dah pergi dah Langkawi dalam masa terdekat ni...rasanya cukup dah kot pusing Langkawi...hehehe dan akhir touch down di KLIA2 dalam jam 7 malam...terus berpisah dengan chubby...aku dan sara balik rumah bersama....selesai laaa percutian singkat bersama rakan-rakan baru belajar travel sama ni...
pembentangan bajet?haaa tak payah la yer....aku malas nak kira balik....sebabnya tak banyak mana pun abes laaa...aku rasa less than RM300 kot...tiket flight murah, hotel murah, sewa kereta murah...hehehe yang mahal sikit masa kat Oriental Village tu jer laaa...makan pun biasa-biasa jer....hehehe ok korang, apa lagi...sila laaaa berjalan melawat Malaysia yang indah ni yer!banyak tempat menarik boleh kita explore kat Malaysia ni sebenarnya.... =D

Thursday, May 21, 2015

Trip to Langkawi ^^Day3.1^^ Beras Terbakar & Buffalo Park, Langkawi


hari terakhir di Langkawi kami bangun awal dan jam 8 pagi dah siap keluar...masa ni tak bawa barang keluar lagi dan tak breakfast di chalet...terus keluar menuju ke Beras Terbakar yang terletak di Padang Matsirat...kat kawasan luar Beras Terbakar ni ada kedai-kedai makan...jadi kami decided untuk breakfast di sini dulu...usha punya usha, sara dan chubby nak makan roti canai...so diorang pergi duduk dulu...aku pergi kedai lain tengok makanan...siap tapau mihun goreng dan nasi lemak kuning!nyum nyum!
bila perut dah kenyang, barulah kami ke tempat Beras Terbakar...sara dan chubby dah pernah ke sini...aku je yang tak pernah....tu gigih masukkan juga dalam itinerary...mati-mati aku ingat kisah Beras Terbakar ada kaitan dengan lagenda Mahsuri tau..rupanya nan hadooo...kawasan beras terbakar ni terletak dalam kawasan rumah orang yang masih didiami hingga sekarang...kena lalu kawasan kedai-kedai jual barang dulu sebelum sampai kat kawasan Beras Terbakar ni...tiada caj dikenakan nak masuk ke kawasan ni...
di halaman rumah ni laa terdapat kawasan berpagar yang dikatakan tempat di mana beras yang terbakar dulu ni ditanam...khabarnya beras ni dulu dibakar sebab taknak bagi tentera Thai ambil...kira dengki la ni kan...ni kira konsep, aku tak dapat, ko pun takkan dapat...gituuu...hehehe
tak lama pun kat situ, terus kami balik...lalu semula di kawasan kedai-kedai tu...sempat la sambar kain batik dan FM...murah kain batik kat sini...dan sara cakap kualiti pun bagus...entahla aku tak reti bab-bab kain batik ni...amek je mana berkenan kat mata...
dari Beras Terbakar, kami meneruskan perjalanan menuju ke Buffalo Park Langkawi yang terletak di Kampung Nyior Cabang...masa ni memang follow gps dan ingatan sara yang pernah ke sini dulu...tapi masa dia pi tu sekali tutup plak...jalan nak ke sini memang ke dalam sikit...silap haribulan patah balik sebab rasa macam salah jalan...dia memang masuk dalam kampung, hutan bagai...jalan pun kecik...
bila sampai jer di hadapan Buffalo Park ni, baru la legaaa hati...sampai gak akhirnya...masa ni ternampak orang-orang naik ATV area ni...tapi tak tahu kat mana nak naiknyaaa...menarik gak kan...tapi next time lah...haa nak masuk ke Buffalo Park ni kena bayar RM3 per person ok...
lepas bayar tiket, kita pun nak menuju ke kandang kerbau...sambil tu lalu di kawasan pemprosesan keju mozarella yang famous tu...tapi sayang hari ni takde production...takdapat la nak tengok...tapi di sepanjang dinding laluan tu ada banyak maklumat-maklumat berkaitan kerbau dan juga Buffalo Park ni...banyak rupanya aktiviti yang terdapat di sini seperti menunggang kerbau, memerah susu kerbau, beri kerbau makan dan sebagainyaaa....ada sesetengah aktiviti tu akan dikenakan caj bayaran tambahan...
kemudian kami terus menuju ke arah kandang kerbau ni...bersih juga kandang kat sini dan takde la bau busuk sangat...kat sini kita layan bergambar dengan kerbau-kerbau dan juga bagi dia makan...enjoy gak la untuk aku yang tak pernah jumpa kerbau depan-depan ni kan...hahaha hati-hati masa bagi kerbau makan sebab dia makan dengan rakus!hahaha!
tak lama lepas lepak kat kandang tu, kitorang pun nak bergerak balik...lalu kat riding station...kat sini la antara aktiviti yang kena caj tambahan tadi tu...tapi kami tak naik laaa kan...tak sampai hati...kot patah kaki kerbau tu kang aku naik dia...hahaha!just ambil gambar jer laaa...
dan akhirnyaa kami menuju semula ke pintu masuk di mana terletaknya cafe...yezzaaa antara sebab utama aku nak ke Buffalo Park ni adalah sebab nak merasakan sendiri keju mozarella yang digembar gemburkan terbaik tuuu dan juga nak rasa buffalo steak!hehehe selain makanan yang aku cakap tu, ada pelbagai jenis produk makanan hasilan kerbau dijual di sini secara mentah dan sedia dimakan...boleh tengok dalam gambar yang aku ambil kat bawah ni...
lepas dah order, kami kena tunggu lama sikit dalam 20 minit kot untuk buffalo steak (RM18) tu masak...sambil tu kita layan minum susu kerbau percuma...takde beza rasa pun ngan susu lain yang pernah aku minum...tak lama lepas tunggu tu, sampai dulu summer tart (RM8) yang kami order juga...macam sandwich laaa ada roti, tomato, salad dan keju mozarella...bila nak makan tu excited la juga...sekali bila makan, aku rasa macam biasa jer...hehehe takde la sedappp giler kan...boleh la...
dan akhirnya sampai laaaa buffalo steak yang dinantikan...didatangkan bersama mashed potato dan coleslaw...rasanya?liatlah!jenuh nak makan dan habiskan...tapi memang daging kerbau liat berbanding lembu kan...rasa dia ok laaa takde la tak sedap...tapi kalo suh aku makan lagi sekali, takpe la kot...cukup lah sekali ini...pengalaman nak merasakan...hehehe lepas dah kenyang, kami pun bergerak meninggalkan Buffalo park ini untuk menuju ke destinasi seterusnyaaa....