Friday, June 27, 2014

Visit Malaysia Year 2014 : Perak Darul Ridzuan ~ Ipoh : Part 3


selepas bersejarah bagai bersama Ipoh Heritage Trail, kami pun menuju ke satu tempat yang dah lamaaaa aku nak pergi...nak pergi yang di Penang, tapi ntah bila nak sampai kan...so kita terjah dulu yang di Ipoh...ke mana kah kita?ke Street Art Mural berhampiran Jalan Dato Onn Jaafar laaa....hehehe kat sini segor la sikit mata lepas layan sejarah tadi kan....menarik juga lukisan-lukisan yang terdapat di sini....khabornya kat Penang lagi banyak...ate ntah bile la teman nak ke saneee.....so apa lagi melayan je la bergambar dengan mural ni sepanjang jalan tu....gigih tau dalam panas!
sampai di hujung jalan, tetiba kami ternampak pula masjid yang berwarna biru terang benderang...Masjid Dato Panglima Kinta....dikatakan sebagai salah satu bangunan warisan juga ni...cantiknya dan menyerlahnya warna masjid ni...i loike!tapi sebabkan ada aktiviti dalam masjid masa tu, kami tak masuk la...just ambil gambar dari luar sahaja...ada juga bangunan berwarna biru di hadapan masjid ini...dan sehingga ke saat post ini ditulis, aku baru tahu rupanya masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Ipoh!ianya dibina pada tahun 1898 oleh Dato Panglima Kinta Mohamed Yusof sempena memperingati kematian isterinya pada tahun tersebut...dikatakan senibina masjid menggabungkan senibina Moghul dan Neoclassical...bangunan yang di hadapan masjid ini rupanya adalah Madrasah Kamaliah, iaitu sekolah Arab pertama di Ipoh...hebat sungguh sejarah di sini!
selepas puas dan penat berjalan dalam panas tu, kami pun patah balik ke kereta dan bergerak menuju ke Paloh...kami ke sini dengan tujuan nak ke Old Town White Coffee yang terletak dalam 1 bangunan dengan M Boutique Hotel...ini gara-gara terpengaruh dengan 34 Cafes to Visit in Ipoh ini laaa....tak dapat pergi semua pun, pergi yang 1 ni pun cukup la untuk trip kali ini....hehehe masuk je dalam cafe ni, wallaweiii memang cantik!tak sama macam Old Town White Coffee yang lain...lebih eksklusif....memang cantik!menu dia pun lain sikit dan harganya a little bit pricey compared to Old Town White Coffee yang biasa...sejuk mata dan hati dengan dekorasi cafe nih!kat sini aku order roti pratha sardin, roti bakar dan air pepsi dengan harga RM18...makanan di sini pun sedap...memang layanlah...
masa tengah kat dalam Old Town White Coffee ni, sue pergi beli buku parking...aku memang tak jumpa lagi tempat lain selain Ipoh tau yang masih amalkan penggunaan buku parking ni...klasik sangat...kita kena beli buku tu harga RM3 untuk 5 keping kupon...pastu kena la gores tarikh dan masa kita kat sesuatu parking tu....pastu kena pamerkan di kereta...RM0.60 untuk sejam ye....

masa di Old Town White Coffee ni, sempat la menjengah M Boutique Hotel yang bersambung di bahagian dalamnya dengan cafe....wahhh memang cantik tau dan klasik dekorasi hotel ni, termasuklah toilet dia...asie sempat la ambil gambar sikit...lagi-lagi sinki dia macam sempoi gila...memang terbaik!kalo ada peluang nak try duduk di sini pula nanti... =D
selepas dah sejuk kat badan dan anak tekak....kami plan nak menuju ke utara Ipoh pula...tapi tiba-tiba sue ajak pergi HalongBay-in-Ipoh katanyaaa....sebabnya di situ ada tasik dan banyak bukit batu kapur...lepas tambah tolak bahagi masa yang ada, kami pun setuju dengan cadangan tersebut...lagipun harus teruja kan bila sue cakap macam Halong Bay...hehehe almaklum, sendiri tak pernah sampai Vietnam...sobsss....so terus set Waze dan kami menuju ke Taman Rekreasi Gunung Lang!
sampai je di Taman Rekreasi Gunung Lang ni, matahari mencanak-canak panasnya!fuhhhh....menahan je laaa kan....terus ke kaunter dan beli tiket untuk naik bot dengan harga RM3 sahaja....lepas tu kami pun terus menuju ke jeti bot...tapi tak boleh naik lagi...so tunggu je di jeti sambil ambil gambar...wahh menghijau kawasan ni..indah sungguh mata memandang!
tak lama lepas tu, dah boleh naik bot!yeay kami excited sebab bot adalah besar ok...takde la cuak sangat...makin lama, makin ramai pula yang naik bot...dan bot bergerak meninggalkan jeti terus menuju ke tengah tasik...sambil tu layan laaa pemandangan kiri kanan bukit bukau batu kapur yang menghijau....nyaman je rasa masa ni...tapi ada beberapa bahagian yang daun-daun pokok dah terbakar...sebab masa ni panas sangat...memang seluruh negara banyak pokok-pokok yang terbakar...
tak lama kami menaiki bot, dah mula nampak jeti di belah satu lagi pulaaa....tak besar mana pun la tasik ini...tapi ok je untuk menikmati alam semulajadi....takde la macam Halong Bay sangat kot, tapi konsep tasik, naik bot dan batu kapur tu memang dah menyerupai dah kan...hehehe masa sampai di jeti tu, kami decided taknak turun sebab kejar masa....dengarnya situ ada pondok untuk rehat, ada taman binatang dan tumbuhan...tak berapa nak menggoda sangat la kan aktivitinya...hehehe masa ni ramai yang turun dan lagi ramai yang naik..makanya duduk kena himpit-himpit la sikit masa nih...
kemudian bot pun berpatah balik semula ke jeti tempat kami naik tadi..tapi sebelum tu sempat la dia bawak kami ke tepi-tepi batu kapur tu...kami terjumpa biawak berenang masa nih!ingatkan naga tadi!hahaha terkejut iols tau...dan-dan teringat kisah naga tasik Chini...hohoho dan kami pun sampai di jeti dan terus bergerak meninggalkan Taman Rekreasi Gunung Lang...sebut Lang ni, aku asyik teringat cerita Cik Lang yang Fazura berlakon tuh...haihhh....
seterusnya kami menuju ke Taman Tasek Jaya bagi melihat Masjid Muhammadiah yang berkonsepkan senibina Cina...ianya siap dibina pada tahun 2013....dengarnya masjid ini dibina dengan kerjasama AJK Masjid di taman tersebut dengan Persatuan Cina Muslim Ipoh bagi tujuan beribadah, pusat perkembangan ilmu, pusat kemasyarakatan dan lain-lain bagi menyebarkan syiar Islam...hebat betul....masa kami sampai di masjid ni, kagum sekejap sebab warnanya sangat cantik!i loikeeee merah tau!dan juga pink....hehehe senibina cina dia tu memang sangat terserlah di seluruh pelusuk masjid...
masuk je ke dalam kawasan masjid, terus terpegun melihat peti surat yang sangat comel dengan ciri kecinaan di situ...tempat letak kasut pun merah menyala wei!pintu pun merah...hehehe memang gong xi fa cai btol la di sekeliling kawasan dalam masjid tuh...
dan kemudian kami masuk ke dalam masjid...ruang solat...Subhanallah....nganga mulut kejap sebab sangat cantik!warna dia sangat memberangsangkan!bersih putih, suci...dan dicorak dengan warna merah garang...sangat menyerlah!ruang solat beraircond..memang nyaman sangat la kan...di bahagian dalam kubah pun terukir cantik motif bunga merah dan hijau...memang cantik....aku kagum sebenarnya dengan dekorasi masjid ini...rasanya kalo nak suh pi terawih kat sini, mesti aku excited jer tak sabar nak pergi...hehehe
dan kemudian ini adalah gambar dari bahagian atas ruang solat...aku tak naik pun atas ni...tapi asie yang naik...so aku just share la gambar dia kat sini...
kemudian kami keluar ke bahagian belakang masjid ini....rupanya di belakang ni ada Dataran Dakwah dan Kebudayaan...semua event di masjid ni akan diadakan di sini laaa....masa kami sampai ni ada banner majlis penyerahan mural pelajar politeknik ke masjid ni...wah patut la penuh mural di dinding luar masjid ni...memang kreatif betul....aku dengar binaan masjid ni makan belanja berjuta juga...memang cantik dan semoga bermanfaat hendakNya...Amin...
selepas puas melihat masjid ini, kami meneruskan perjalanan menuju ke Jelapang!kali ini misi mencari Kek WYK dimulakan...ada kawan sama kerja ngan aku yang based di Ipoh selalu bawa kek ni kalo datang meeting di Putrajaya...so asie dan irma berniat untuk membeli la kek itu di sini...khabarnya kilang kek tersebut ada di Jelapang...dengan bantuan Waze, kami pun meneruskan perjalanan ke Jelapang!setelah beberapa jauh perjalanan, kami tiba di tempat yang diguide oleh Waze...sampai di kawasan perindustrian...tapi ntah perindutrian mana tah!lepas tanya-tanya orang dan godek Waze, kami sekali lagi di bawa entah ke mana!sampai dah nampak Jelapang, tapi kali ini Kawasan Bebas Cukai Jelapang pulaaa...aduhaiii....memang dah mula fedup aku nih, lagi bila Waze bawak masuk celah rumah orang dan sampai jalan mati!aku sebagai driver mula daaahhhh panas hati...tapi berkat kesabaran, selepas 40 minit, baru la kami sampai di Kawasan Perindustrian Jelapang yang sebenarnyaaaa....syukurrr....tapi....kusangka panas hingga ke petang....sobbbs.....rupanya hujan di tengahari....huhuhu kegembiraan kami tidak berpanjangan bila sampai je di depan kilang tu....kilang tutup!!!hoihhh memang panassssss je aku masa nih!rasa nak sepak je pagar kilang tuh suh diorang buka!member kitorang tu cakap selama ni kilang tu buka je hari sabtu....hohoho bertabah je laaa....masa ni mood memang merundum!buang masa jeee hampir sejam nak cari tempat nih....
selepas kekecewaan di Jelapang, kami pun meneruskan misi mencari kacang putih pula di Kampung Kachang Puteh, Buntong!haaa aku pun baru tau kawasan ni famous dengan kacang putih, maruku dan segala snek orang India....memang banyak kedai-kedai mengusahakan snek orang India ni...tapi kami menuju ke D.N.S sebab tu yang famous katanya...dan besar kedai dia bila kita masuk ke kampung tu...siap ada logo Halal tu...apa lagi, misi memborong diteruskan!aku beli la juga beberapa jenis maruku, kacang untuk orang rumah...irma dan asie lagi laaa borong tak hengat donia...mungkin lepas geram tak dapat beli kek kan...duit plak terlebih banyak...hahaha sampai penuh bonet dan tempat duduk belakang kereta!hoih kome ni lupe ke kita datang naik train!malu haih naik train bawak plastik kacang putih besar-besar gini...hahahaha
dan masa aku nak bayar, abang India comel telah bagi free 1 plastik maruku campur-campur yang sedapppp untuk makan dalam kereta katanya...dan-dan aku cakap dia comel sebab bagi free...hahaha terusss mood kitorang jadi OK dan happy balik...thanks to kacang putih yaaa...kalo tak, mesti emosi tak stabil lagik masa nih...hahahaha dan dengan tu, selesai la sudah misi kami untuk explore kawasan utara ke timur Ipoh...dan seterusnyaaaa....kita akan memulakan eksplorasi ke selatan Ipoh pula!yeah MOH KITE....dalam next entry....yezzaaaa...... =D