Monday, September 7, 2020

Hutan Cafe, Cyberjaya

ada sekali tu aku dengan Irma nak belanja kawan kawan kami la sebabnya both of us dapat APC kan...so ajak laa sesiapa yang ada masa tu untuk lunch di Hutan Cafe, Cyberjaya...macam biasa aku la yang mengorek internet ni kan nak cari manaaa lagi kedai ke kafe aku tak pernah terjah!hahaha...jumpa laaa Hutan Cafe yang terletak dalam Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya...masa sampai tu macam krik krik gak sebab takde orang sangat plus banyak gilaaa daun kering kat parking dan dalam restoran pun ada sikit sikit gak daun kering terbang masuk...huhuhu...tapi kita positif je la, maybe lepas PKP ni kan, tak cukup staff nak sapu...huhuhu...tapi kafe dia cantik!aku suka warna putih hijau ni...
menu kafe ni aku dah dapat awal masa message untuk buat reservation...so aku takde ambil gambar dah...hahaha sebabnya pi tengahari Jumaat, dioarang minta order sesiap sebab nanti chef nakpi solat Jumaat...so memang sebelum sampai, dah siap order semua dah...dan masa sampai tu, tak lama pun tunggu, satu persatu menu sampai atas meja kami...aku minta maaf bebanyak la, aku tak ingat sangat nama menu yang kami order serta harga....sebab dah lama benar dan aku takde snap gambar menu kan...kalo tak leh gak rujuk sambil ingat ingat semula...haa korang layan je laaa gambar makanan dan minuman kami di Hutan Cafe, Cyberjaya!
overall makanan dia ok laaa...untuk mi goreng dan nasi goreng kambing tu nampak je kering, tapi sedap gak la...cuma kalo ada sup ke lagi sedap kot...hehehe yang nasi pad krapow tu Kak Wi cakap sedap gak walaupun rupa paras macam kureng...hahahaha yang gulai lemak daging salai pun Kak Laila cakap sedap...cuma steak la Kakmyza komplen lain benor rupanya...kemain banjir kuah steak kat sini...dah macam masak kicap!hahaha...adehhh...pasrah!
pape pun makanan tak sampai RM200 pun untuk semua ni, siap ada tapau untuk Asie sekali sebab tetiba dia takleh join ada isu kat pejabat...haaa kat depan kafe ni ada driving range gak, so leh laaa sape nak memukul bola golf tu, lepas tu makan kat sini...hehehe saje saje pi pun boleh gak...takde hal...tengok orang main golf teringinnn nak main golf, tengok orang cycling teringinnn nak beli basikal, tengok orang ride teringinnnn nak beli motor...eh kau ni dah kenapa? hahahaha...

6 comments:

  1. cantik pulak pinggan merah yg ada minced chicken tu.. mcm temikai

    ReplyDelete
  2. makanan nampak sedap dan gaya presentation yg menarik.. cuma masak lemak tu kalau kuah kene double la.. mana cukup hihiii..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. not sure pls check their socmed or website

      Delete