Thursday, November 15, 2018

Bercuti Mengejut ke Port Dickson!

masa cuti merdeka hari tu, aku dan adik aku bawa anak-anak buah kami naik train!first time ni bawak sekali si kecik tuu...hehehe seronok sakan laaa...sedangkan naik ERL je dari KLIA2 ke Putrajaya...hahaha...penat gak nak menjaga walaupun baru dua orang weh...sebab yang kecik tu aktif kemain lari sana sini...hahaha...
dari KLIA2 kami terus ke Port Dickson sebab mak abah aku, abang dan kak ipar aku dah gerak ke sanaaa...mak aku sibuk nak bercuti, bagitau plak last minute, memang menggagau aku cari hotel...masa cuti panjang merdeka plak tu....hazab la kan...memula kami sampai terus ke nasi ayam pasu tu, abang aku nak makan gulai lomak diorang yang sodappp...
lepas makan kami ke Glory Beach Resort, Port Dickson...haaa masa aku booking, ianya dah last room dah weh...ko bayangkan tempat besar gila pun sold out!haaa masa sampai, tengok orang yang ramai beratur nak check in je dah rasa nak pengsan!tapi nasib baik pantas sebab masa kita beratur dah ada staff yang isi kan borang untuk kita semua...so sampai kaunter kejap je dah dapat kunci semua...
kami ambil 3 bedroom apartment, harga dia masa ni dalam RM600++ gak...biasanya leh murah lagi, tapi sebab peak hour kot mahal laaa...memang apartment lama laaa...tapi dah takde pilihan sangat dahhh...pasrah je laaa...dah la dapat unit paling hujung...berhabuk gak laaaa keadaan lantai dia...macam lama orang tak guna je...hehuuu...
petang aku bawa anak buah mandi...sekali pool diaaaaaa...macam semut manusia!ramai gilaaa weh...terus rasa tak selesa weh..pusing sini orang, pusing sana orang...anak buah aku plak jenis baru belajar masuk air, risau dia minum air pool tu je laaa...terus kak ipar aku ajak naik...pi pantai je laaa...
pantai punnn ramai gila orang weh...air surut takleh nak mandi sangat...hahaha sian anak buah den...takpe nanti makngah bawak tempat ada private pool eh, leh mandi puas-puas nanti...hehehe...so kitorang lepak jap sambil bergambar je laaaa...pastu tunggu atok, opah dan papa turun, kita pi layan roti aiskrim...
nak dekat maghrib kita naik atas dan mandi...sambil tu sempat layan sunset cantikkkk dari balkoni...kat bawah dah bising dah masa ni, macam ada majlis ke party apa tah malam tu...nak order bbq pun boleh kat sini, tapi kami nak layan seafood la malam ni kan...
kami ke Medan Ikan Bakar...duk kedai luar kali ni, sebab aritu duk yang restoran kena sampai RM600!gila lah kan...hahaha kali ni abang aku order semua...makanan agak lambat sampai, aku sampai dah emosi panggil budak tu 2,3 kali...sebabnya meja lain yang lambat sampai plak dapat makanan dulu...nasib baik laaaa staff dia bagus say sorry bagai kan...pastu sampai je semua makanan serentak, lajuuu memasing makan!dannn makanan dia semuaaa sedap!fresh dan besar weh udang dan sotong dia...sedapppp sangat udang masak pedas tu...fresh gilaaa...pastu order ikan stim gak, sayur, tomyam dan telur dadar...terbaik makanan dia...jumlah makan hanyalah RM200 saja...berbaloi-baloi!
dan esoknya lepas check in kami semua ke Shah Alam, menghadiri majlis perkahwinan anak sedara aku laaa kiranya ni...hehehe kemain ramai dah haaa anak sedaro den kawin, makcik eh tah bilo tah...hahahaha...selesai laaa percutian mengejut kami sekeluarga ke Port Dickson...dan hari ni dah masuk 1 September 2018....maka bermulalahhhh ceritaaa sambut birthday ke 35 kitaaaa...yeeehaaaa....hahaha...

1 comment:

  1. Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

    Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
    1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
    2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
    3 - Filter2 yg berkualiti (Made In MOrea) dan dapat HALAL JAKIM
    4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
    5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)

    HARGA bermula dr RM699

    KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model)

    http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

    Hubungi:
    0178895990 atau click http://bio.wasap.my

    ReplyDelete