Friday, July 7, 2017

Merchant's Lane, Kuala Lumpur

raya ke-5 hari tu sempat gak la aku menerjah aku kafe yang dah lama jadi idaman iaitu Merchant's Lane yang terletak di Jalan Petaling bersama Ab dan Dzuli...masa sampai dan parking kat Jalan Petaling tu, pening gak nak cari kafe ni sebab pintu masuk dia kecik jer...so nak senang, korang cari Advance Tertiary College, haaa pintu masuk kafe ni di sebelah bangunan tu...kedai ni terletak di bahagian atas kedai...sebab tu payah nak nampak kot...
masuk je kafe tu, memang cantik la deko diaaa...patutlah famous di kalangan Instagrammer...hehehe aku nak duduk belah luar yang lebih menarik tapi penuh la plak...so kita lepak belah dalam je laaa...duduk je mana yang kosong...
dah duduk ayuh la kita usha menu...takde la banyak sangat menu, tapi layan je laaa...ada a few choices untuk main dishes, snacks dan dessert...kek pun ada kat sini serta teh dan kopi...ok la kan...menu dia cantik dengan tulisan cina dan india tu...i loike...
so untuk minuman kitorang layan latte (RM11) dan pandan lemongrass & ginger cooler (RM13)...aku layan air kosong je laaa sebab banyak sangat dah minum air manis bulan syawal ni...hehehe gitu tau menjaga kesihatan la sangat...hehehe 
untuk makan plak Dzuli je order Kai Fan (RM21) iaitu nasi butter served dengan ayam berempah, salsa dan telur...aku dengan Ab dah kenyang sebab sakan makan raya sebelum ke kafe tu...so kitorang order dessert yang famous di kafe itu sahaja iaituuuu...hahaha malu nak sebut nama dessert tau...namanya adalahhhh Better Than Sex (RM23)...hahaha ianya adalah sejenis roti jalan dengan melted cheese yang ditabur dengan kepingan almond dan strawberry dan dihiasi dengan aiskrim dan sos gula melaka...haaa tapi ketiga-tiga kami tak dapat nak buktikan kesahihan naman dessert ni...hahaha
selain menu di kafe, kitorang layan gak ketupat dan rendang yang dibawa oleh Dzuli daripada kampung...merasa gak laaa aku makan ketupat palas raya tahun ni...Alhamdulillahhh tiap tahun ada je orang bagi rasa...hehehe
disebabkan lepak kali ini #kesekiantakcukupempat, so Ab suggest kitorang video call dengan Mrs dan screenshot gambar...gigih kan...layan je laaa perangai masing-masing...tapi video call pasal speaker slow, sebab malu ngan orang sebelah...apa masalah tah budak-budak introvert ni...huhuhu
lepas dah abes makan kitorang pun lepak luar jap ambil gambar...kebetulan orang pun dah takde masa ni...so layan la kan...lepak sambil pedajal orang memang syiok la kan...hahahaha overall kafe ni ok, tapi parking la payah, kalo ada pun mahal gila, sejam RM3.50...takde la kot nak repeat dah...hehehe...

No comments:

Post a Comment