Friday, December 16, 2016

Surveillance Family Day di A Famosa Resort, Melaka

pada 23 April lepas, geng-geng cawangan aku plan untuk berjimba beramai-ramai...bincang punya bincang, kami decided untuk menyewa sebuah banglo di A Famosa Resort di Alor Gajah, Melaka...Zu diberi tanggungjawab untuk mencari banglo yang sesuai untuk kami sebab ada banyakkkk gila banglo untuk disewa di resort ni...Zu telah mendapatkan maklumat mengenai banglo untuk disewa di Villa Famosa Holidays...lepas usha beberapa banglo di bawah syarikat ini, kami akhirnya memilih banglo 'Ana' yang dikhaskan untuk muslim sahaja dengan harga RM800 semalam...banglo ini mempunyai 4 buah bilik...ok lah kannn...

dengan warna tema hitam dan hijau mint, kami berjanji untuk berkumpul di Petronas R&R Seremban arah selatan pada jam 11 pagi...sementara menanti semuaaa sampai, tetiba keadaan jadi gamat bila ada budak langgar kereta Cikwi dari belakang...sedangkan Cikwi dah parking kereta dia molek je di tepi jalan...huhuhu semua kalut pergi ke kereta Cikwi...sedang kecoh-kecoh nak setel kereta Cikwi, tetiba kami jadi lagi kalut sebab kereta Irma pula berasap!Ya Allah masa tu semua cuak sangat...berlari pula ke depan tengok kereta Irma...memang drama sungguh la masa ni...huhuhu
dalam pelbagai drama dan dugaan tu, kami berjaya maintain mood bercuti kami!hahaha walaupun berpanasan berjemuran di bawah matahari dan di tepi highway, selfie dan posing tetapppp perlu ok...demi memberi update terkini kepada rakan-rakan yang menanti di dalam Whatsapp serta Facebook!hahahaha nasib baik semua sporting...dah abes posing, semua pakat duk tunggu mekanik Irma dalam Petronas...dah aku nengok macam pekerja Petronas dah kitorang sebab kaler tema hijau mint tuh...hahahaha
selepas hampir 2 jam menanti, baru la setel semua benda...dan kami dengan gembiranya bergerak menuju ke Alor Gajah, Melaka...perut lapat gila, sampai je Alor Gajah, kami terus singgah di kedai Nasi Ayam Ruslee ni....tepi jalan besar je...makanan yang tinggal tak banyak mana sebab dah lewat petang, pasrah je la makan apa yang adaaaa....
perut dah kenyang, baru lah semangat nak menuju ke A Famosa Resort...masuk je, terus menuju ke arah kawasan banglo dan villa...besar gila kawasan resort ni, kami memang follow signage jer masa nih...
dan akhirnyaaa tibalah kami di banglo Ana yang tersergam indah...yeay!Alhamdulillah walaupun banyak dugaan, sampai juga kami di sini....hehehe seronok sangat, kenalaaaa bergambar berkumpulan dulu depan banglo kami untuk 1 malam ini...complete semua geng adaaaa...yeayy...
macam yang aku cakap tadi, banglo ni ada 4 buah bilik tido dengan 2 bilik air...di ruang tamu lengkap dengan tv dan set karaoke, meja makan...semua kawasan adalah air conditioned...memang selesa lah...ada dapur yang lengkap dengan peti sejuk, rice cooker, dapur gas, microwave dan macam-macam lagi...best!
kat bahagian luar pula ada disediakan BBQ pit dan juga kerusi meja tempat lepak...dan yang paling best sekali ada swimming pool yang tertutup yang besarrrr!yeah boleh terjun beramai-ramai nanti...woot woot!tak sabar....memang bestlah banglo kami nih....lepas dah check in, semua pun berehat seketika selesai apa yang patut....
dalam jam 5 lebih tu sempat laaa aku dengan Irma, Zu dan Dila keluar beli beberapa barang keperluan...sempat singgah Drive Thru Cendol Bakar layan minum cendol sedappp...nyummeh sangat lagi cendol durian diaaa....hehehe
balik ke banglo, kita mulakan sesi BBQ kita...gigih nak kena hidupkan api nih...nasib ada insan-insan berbakatkannn...hahahaha selain dari BBQ, kitorang juga buat steamboat!hasil tangan Zu...takde lah hasil sangat, main instant dan campak-campak jer...hahahaha....
ada yang siap goreng nasi, potong buah....aku bawa Shepherd's Pie dari rumah...haaa penuh semeja makanan!bila dah siap semuanyaaaaa, apa lagi kita makan laaa...sedapnyaaaaa makanan malam tu...Alhamdulillah...makan tak hengat punya, bertambah-tambah!sedap betul marinate kami buat bersama-sama tuh...hehehehe
dah kenyang layan BBQ dan Steamboat, apa lagi, kita terjunnnn kolam!weehuuuu...seronok gila mandi malam-malam ni kan...macam-macam aksi dan aktiviti di buat dalam air masa nih...hahahaha dengan budak-budak sekali seronok...heheheh....
selesai seronok berendam, kita sambung aktiviti malam dengan berkarok!hahaha awal-awal lagi orang pompuan conquer depan tv tu...terus Bampish dan Sanol membawa diri masuk ke bilik awal...hahahaha dan-dan kena tidur kan anak sebab bini-bini mereka naik sheikh berkarok...yang lain tu toksah cakap, aku kena tunggu sampai kul 2 pagi tau sampai semua selesai berkarok...hahahaha sakan!
keesokan pagi nya, bangun pagi je si Dila cakap, eh semalam lupa laaa nak nyanyi lagu XXX (aku tak ingat tajuk lagu dia sebut tu)...hahahaha gila karok punya pompuan!bangun-bangun itu yang dia ingat...hahaha keluar bilik, kejut ramai-ramai untuk sediakan breakfast...aku macam biasa buat sandwich telur...lepas tu kitorang panas kan nasi goreng dan saki-baki BBQ semalam...haaa layannnn...
dah kenyang, coach Syahnaz arahkan semuaaa keluar rumah untuk exercise!haaa siap lagu tau...hahaha gigih sangat konon menjaga kesihatannn...ko tengok la body coach tu, anak dua pun tetap maintainnnn...hahahaha lepas exercise kita sambung terjun kolam!yeay!tapi si Dila dan Zu leh sambung karok!dasar...hahaha...
dan akhirnya bila masa menghampiri jam 12 tengahari, kami pun siap-siap untuk check out...sebelum balik, kita buat sesi tukar-tukar hadiah...saje je ni nak memeriahkan percutian kami ni kannn...main cabut-cabut nama untuk tentukan penerima hadiah kita...yeay semua pun happy dapat hadiah dan happy dengan percutian singkat tapi best ni...Alhamdulillah...

dari A Famosa Resort, Melaka, kami singgah sekejap di Freeport A Famosa Outlet yang berdekatan...takde la shopping apa pun, just cuci mata dan singgah sebab semua tak pernah sampai sini lagi...tak menarik sangatlah pada aku berbanding JPO tuh...kecil je tempat nih...hehehe...
lepas pusing-pusing tu, kitorang singgah membasahkan tekak di Zang Toi Wst 57th St. Cafe dalam Freeport A Famosa Outlet tuh...takde la menarik mana makanan dia...kami ambil dessert je, tapi semuanya biasa jer...hehehe 
ini cerita 8 bulan yang lepas...tapi sekarang ada yang dah bertukar keluar dari cawangan dan ada tambahan ahli baru...tapi persahabatan ahli cawangan yang lama ni masih lagi kuat...so haruslah plan for the next family day untuk surveillance underground family ni nanti kannn...nak ke mana kita lepas ni?weehuuuu maybe ke Janda Baik, Pahang!yeahhh ayuh kita plan!

4 comments: