Tuesday, December 20, 2016

Ibrahim's Fatty Crab, Ampang

ok korang meh buka mata luas-luas....hahaha aku nak share tempat makan best ngan korang nih...masa bulan 5 hari tu, aku ambil cuti hari Isnin, 30 Mei 2016...kebetulan Sue ada kat KL, terus aku ajak Sue untuk makan di Ibrahim's Fatty Crab di Ampang!aku kebetulan je tau kedai ni sebab nampak di Instagram...terus rasa tak sabar-sabar nak pergi mencuba lepas nampak gambar ketam diaaa...hehehe tapi dah nama nak makan besar, rasa tak syok pula setakat berdua...terus roger Dini dan Ed, terus diorang setuju nak join!gigih tau dari KKB datang malam tu...dan akhirnya kami semua berkumpul di Ibrahim's Fatty Crab...untuk makluman korang, kedai ni menyediakan Halal Chinese Style Seafood...haaa payah tau nak jumpa seafood ala chinese yang halal kat Malaysia nih...kedai dibuka setiap hari, kecuali Isnin...buka petang sampai malam...nak tahu lanjut pi usha Instagram Ibrahim's Fatty Crab nih ye...nak pergi ke kedai ni, memang aku pasang Waze/Google Map saje sebab tak pandai sangat area Ampang nih...
sampai je kami terus pi usha akuarium yang ada kat kedai tu...tengah usha-usha, terkejut ada suara menegur dari belakang!sekali rupanya owner kedai ni iaitu Abang Marzuki...peramah gila okay dia ni...terus dia duk cerita pasal seafood yang ada dalam aquarium dia...semua seafood yang dimasak di kedai ni, diambil fresh dari akuarium ni tau...dan demi menjaga kualiti seafood terutamanya ketam ni, diorang memang pasang akuarium dengan suhu sejuk...gituh...dan melalui Abang Marzuki ni juga aku baru tau yang kedai ni baru dibuka lebih kurang sebulan masa aku pergi hari tu...hehehe korang kalo pi kedai dia, cuba seru nama aku, kot-kot leh dapat diskaun ke...eh?hahahaha tu yang pakai baju pink kat bawah tu adalah Abang Marzuki, sebelahnya tu memang Chef chinese kat kedai mereka...
lepas dah dengar ceritera ketam dari Abang Marzuki a.k.a Abang Ketam tu, kitorang pun duduk mengusha menu...dah semestinya menu special kat sini adalah ketam!ada French Crab dan Mud Crab...selain tu adala juga ikan, sotong, udang, ayam dan telur...mee dan nasi juga ada kat sini...semua harga seafood mengikut saiz dan berat...tapi ni gambar menu kat bawah ni aku ambil masa bulan 5 hari tau, sekarang ni lagi banyak menu-menu baru diaaa...ada Alaskan King Crab, ada scallop, ada oyster dan macam-macam lagi...haaaa nak update, sila terjah Instagram mereka...
dah usha menu tu, kitorang pun order laaa 2 ekor Mud Crab, satu masak Mongolia (0.45kg; RM49), satu lagi masak Salted Egg Yolk (0.45kg; RM49)...nyum nyum both pun sedap!paling aku suka salted egg yolk tu laaa...ketam ni didatangkan sekali dengan roti...sempat aku suggest kat Abang Marzuki supaya sediakan mantou sebab ramai orang makan ketam ngan mantao nih...dan hasilnya sekarang ni aku tengok dah ada mantao kat kedai tu...hehehehe masa ni walaupun Abang Ketam duk suggest makan French Crab, tapi sebab tak pernah tengok, kami decided layan Mud Crab je dulu tapi dah cakap, next time datang harus cobaaa French Crab tu...
selain dari ketam, kami layan juga Butter Cream Prawn (Small; RM25)...menu yang ni aku lagi prefer butter prawn yang kering sebenarnya...lagi kami order Asam Sotong (Small; RM15), yang ini pada aku masam lebih sikit...sempat la aku bagi pendapat untuk tambah baik kepada owner kedai tu...gitu kan Duta Abadi JJCM...hehehe dan akhir sekali kami order Lemon Sauce Chicken (Small; RM15) dan yang ni ok sedap...
sambil makan, sambil sembang...sekali sekala Abang Marzuki datang melayan kami sembang...memang sakan macam dah kenal lama...hahaha overall sangatlah berpuas hati makanan kat sini semua sedap terutamanya ketam tuh, layanan pun 1st class aku cakap laaa...hehehe sebab punya happy, terus jadi follower tegar Instagram mereka sampai sekarang nih...
lepas dah kenyang tu, sempat laaa kami berempat singgah di Bukit Ampang untuk layan pemandangan malam ibukota Kuala Lumpur...tapi sebab hujan, tak dapat nak lepak lama sangat...just snap a few photos, lepas tu kami masing-masing membawa diri pulang ke rumah masing-masing dengan perut yang kenyang dan happy...
dan pada 30 Julai, aku datang semula ke Ibrahim's Fatty Crab nih sempena birthday Bibie Karim!tapi kali ni dah kenal dengan Abang Marzuki sebab dah berkomunikasi thru Instagram...so terus buat reservation dengan diaaa...pergi kali ni berenam dengan Bibie, Dzuli, Azra, Mrs dan Radin...dan kali ni kami order makanan dengan lebih meriah!haaa ambil 2 ekor French Crab, sekor masak Mongolia (1.2kg; RM166.80), sekor lagi masak Salted Egg Yolk (1.3kg; RM180.70)...again both menu ni memang tak mengecewakan, aku paling suka salted egg yolk tu, rasa nak jilat-jilat cengkerang ketam tu tapi tetap menjaga adab sopan wanita melayu terakhir...eh. hahahaha...dan kali ni kami order ikan garoupa (1.8kg; RM180) yang freshhh didatangkan dari akuarium tuh!ikan ni masak steam asam...ya Ampunnn sedap gila yang ni...aku suka!dengan fresh dia, dengan masak yang sedap tu...fuhhh teringat-ingat...then ambil sotong goreng tepung (Large; RM25) dan juga brokoli dengan crabmeat (Large; RM18)...pun sedap juga...
haaa actually masa kitorang order tu, Abang Marzuki ni ada sekali dengan staff dia...sekali masa last tu aku dengar dia cakap kat staff dia, nanti yang lain-lain tu tak payah kira...aku tanya la apa tu, dia cakap nanti kalo ada menu lain yang sampai tidak seperti yang kami order, anggaplah itu complimentary dari dia...ehhhh aku terkejut...amboi, baru second time datang dah ada complimentary...hehehehe suka suka!dan selain dari menu kat atas tu, kami dapat 3 set scallop ni dan juga butter cream soft shell crab sebagai complimentary!hehehe sedap dan best!nyummeh!terbaeklah Abang Ketam!terima kasih daun keladiiii...hehehehe...
tengoklah betapa happy nya aku dan kami-kami semua makan pada malam itu...memang makan besar gila!banyak gila menu atas mejaaa...hahahaha!total makanan kami pada malam itu adalah lebih kurang RM600...nampak mahal, tapi berbaloi-baloi sebab seafood semua tu freshhhh dari dalam akuarium...lagipun ketam tu imported dan size ketam dan ikan tu besar-besar...tu tengok dan compare ngan lengan aku..hahahaha!tapi seriously jangan compare tau makan seafood sini dengan kedai seafood biasa tau, sebabnya sini raw material dia freshhh dan kebanyakan seafood adalah imported dan kualiti amat dijaga...gituh tau...hahahaha...
lepas dah kenyang makan tu, kitorang pakat dengan Abang Ketam untuk surprise kan birthday girl dengan kek!yeay terkejut birhtday girl...hahaha tapi terkejut kejap je la, lepas tu bengong dia datang balik...hahahaha overall semua happy jer malam tuuu...
so korang kalo rasa-rasa teringin nak makan seafood fresh masak ala chinese, haaa pi la terjah Ibrahim;s Fatty Crab di Ampang nih!hehehe dan lagi best, aku dengar Disember ni ada promo tau...haaa tengok tu hampir 50% diskaun untuk ketam dan oyster tau...apa tunggu lagi, terjah laaa...hehehehe

10 comments:

  1. amboii...pujian melambung2 dari ayat pertama sampai ayat last muahahhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni br nmanya hidup dihantui...mna2 je ada ko 😲

      Delete
    2. Bahahahhahahaha pengsan aku baca komen duta jjcm. Tapi memang pujian melambung ni.

      Delete
    3. Hahaha lagi sorg haaaa...hahaha

      Delete
  2. makan ketam mcm ni baru best...besar giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu.puas hati.next time nk try king crab dia plk.hehe

      Delete
  3. Terima kasih sudi bawa pi sini & siap buat surprise celebration lagi. I heart uols gitew.

    ReplyDelete