Wednesday, February 10, 2016

Cảm ơn Vietnam :: Day 5.1 :: Cu Chi Tunnel

Sambungan dari: Cảm ơn Vietnam :: Day 4.3 :: Restoran Halal Amin Pho Muslim, Ben Thanh Night Market & Restoran Kampung Melayu, Ho Chi Minh

hari kelima di Vietnam, kitorang keluar seawal 6.30 pagi dari hotel...niat di hati nak sarapan dulu, tapi kebanyakan restoran tutup lagi, Kampung Melayu pula full house sebab ada bas pelancong singgah makan situ...sobss....pasrah je la awal pagi berjalan kaki terus ke The Sinh Office sekali lagi...hari ni kitorang akan ikut Half day tour ke Cu Chi Tunnel (VBD79,000)!yeahh salah satu tour yang sangat aku nantikan...hehehe masa on the way ke The Sinh Office tu sempat la singgah minum kopi di Highland Coffee, salah satu rantaian kafe terpopular di Vietnam ni...tapi pada aku kopi dia biasa je la, takleh lawan kopi ais abang motor depan hotel tuh...hehehe...

sampai di The Sinh, kitorang lepak layan internet...dalam jam 7.45 pagi kami mula gerak meninggalkan bandar Ho Chi Minh...dalam bas layan la makan donut yang dibeli semalam dan buah-buahan...jadiklaa buat alas perut...masa dalam bas ni, tour guide dah pesan yang nanti dia akan kutip VND110,000 setiap orang untuk entrance fee...dan lepas dia kutip duit tu, dia duk cerita laa sejarah Cu Chi Tunnel ni di mana ia dibina oleh askar Vietnam yang dikenali sebagai Viet-kong untuk mereka berlindung daripada tentera penjajah...dan diceritakan juga kejahatan tentera penjajah yang melepaskan bahan kimia yang dikenali sebagai Agent Orange kepada penduduk kawasan ni konon nak lumpuhkan kegiatan Viet-kong yang dikatakan jahat kerana menentang pihak penjajah...Agent Orange ni sangat bahaya sehingga boleh merosakkan genetik orang-orang Vietnam dis sekitar kawasan tuh...dan sampai sekrang pun masih boleh dilihat ramai penduduk di sekitar tu cacat anggota kesan den Agent Orange tuh...huhuhu memang sedih dan bergenang gak la air mata guide tu masa dia bercerita...sebak je masa nih...

selepas 45 minit perjalanan, kitorang singgah di sebuah pusat kraftangan yang dibuat oleh orang-orang kurang upaya, yang merupakan mangsa-mangsa dari Agent Orange...kat sini boleh la layan tengok diorang buat kraftangan yang cantik-cantik...harganya pun cantik la kan...aku cuma cuci mata jer la kat sini...takde beli apa pun...siap ada tu kraftangan tulis ayat Kursi tau...kagum aku...
dan akhirnya pada jam 10 pagi kami sampai di Cu Chi Tunnel...excited hoih sebab ni memang tempat wajib laaa pada aku kalo dah sampai Ho Chi Minh nih...nak tengok sendiri kehebatan dan kebijaksanaan Viet-kong membina terowong bawah tanah ni...memula sampai tu kitorang kena tunggu jap sementara guide pi beli tiket...lepas dah dapat tiket, kitorang diberikan juga sticker untuk ditampal di lengan baju masing-masing...
kemudian kami dibawa layan kejap pameran peluru-peluru dan senjata yang pernah digunakan dalam perang di Vietnam dulu...gila lah besar-besar...tak dapat bayang sekali dia meletup, abes!masa ni teringat gak la, kalo abah aku ikut mesti dia suka nih...almaklum bekas askar...hehehe...masa ni guide duk explain, tapi aku panas bontot dah...tak sabar nak masuk dalam!
dari tempat tiket tu kena jalan melalui terowong untuk masuk ke kawasan dalam yang menempatkan Cu Chi Tunnel nih...masa nih dah rasa berlengas dah badan sebab panas weh...bahang!jalan macam takde la jauh sangat, tapi bila dah panas tu kan, sedepa pun rasa cam 100 meter!huhuhu
masuk je dalam kawasan ala perkampungan tentera Vietnam zaman dolu kala tu, dah mula meresap jiwa tentera kat aku...hehehe excited tengok pondok-pondok yang ada kat situ, dengan pekerja yang pakai pakaian tentera Vietnam tu, feeling abes lah...rasa macam pergi ke zaman Viet-kong dulu...
bila guide bawa masuk ke dalam salah satu pondok ni, aku dah excited sebab ingatkan dah nak masuk Cu Chi Tunnel!ceyyy sekali rupanya tempat dia nak beri penerangan pasal Cu Chi Tunnel...terpedaya sebab pintu masuk pondok ni adalah tangga menuju ke bawah, macam nak masuk terowong jer...hehehe
kat sini kami diberikan penerangan pasal kehidupan Viet-kong di dalam Cu CHi Tunnel nih...dahsyat wooo ditunjukkan luas kawasan Cu Chi Tunnel ni dibina dan kedalaman diaa...pergh cemana la diorang leh hidup masa tu kan...survivor abes!bayang la hidup, makan, tinggal semua dalam terowong bawah tanah yang kecil dan gelap tuh jer...huhuhu...
lepas sesi penerangan diberikan, guide bawak kitorang jalan masuk hutan...dia tunjukkan la beberapa contoh perangkap yang Viet-kong buat untuk kenakan tentera penjajah...memang takde maaf bagimu laaa penjajah oi kalo dah terkena perangkap Viet-kong nih...mau lumpuh seumur hidup...
selain tu, sepanjang jalan dalam hutan ni juga kita leh nampak banyak lubang-lubang yang merupakan pintu masuk ke dalam terowong bawah tanah ni...tapi zaman dulu lubang-lubang ni tersorok la sikit supaya tentera penjajah takleh jumpaaa...ada tu tak nampak macam pintu masuk pun...nampak macam lubang binatang jer...
dan ada juga lubang yang dibuat untuk Viet-kong ni untuk bersembunyi...siap ada penutup lagi atas lubang tu, dan diorang tabur daun kering atas tu supaya tak nampak...dahsyat penyamaran dan persembunyian diorang nih...haaa kat sini boleh laa sesiapa yang rasa dirinya kecil cuba masuk dalam lubang tuh...hahaha terus aku paksa liana masuk sebab nak ambil gambar...nak harap aku ngan dini, memang tak laaaaa kan!hahaha...
liana cakap kecik je lubang tu, siap kena mencangkung lagi dalam tuh...berani la pompuan ni siap tutup betul-betul lubang tuh...hohoho kalo aku mau dah meroyan dah nak keluar!silap-silap panic attack!hehehehe...masa kat sini boleh plak guide tu gurau kasar ngan aku, tanya aku taknak masuk ker...choiiii!aku sepak baru tau...hehuuuu....
then kami terus dibawa berjalan dalam hutan tu...layan la patung-patung Viet-kong kat dalam tu...katanya perempuan yang berpakaian hitam dulu tu merupakan perisik untuk Viet-kong ni...ye la sape nak saspek pompuan pun bersekongkol dengan Viet-kong kan...hehuuu...
pastu kami tengok banyak lubang-lubang kecil kat busut yang dijadikan sumber perudaraan ke dalam terowong serta tempat keluarkan asap memasak dari dalam terowong...katanya dulu tentera penjajah penah jumpa lubang kecil ni dan guna anjing untuk cari lebih banyak lubang kecil ni...tapi Viet-kong ni pandai, diorang pi beli sabun jenama barat dan tabur di keliling lubang kecil ni...so takde la anjing tu dapat kesan sebab dia ingat tu geng dia...hahaha bijak betol!tapi ada masa, tentera penjajah masukkan asap beracun melalui lubang kecil nih...jahat gila!memang tak sempat la diorang nak lari kan...sobsss...
kemudian ada pameran lanjut mengenai perangkap-perangkap Viet-kong yang banyak mencacat cela kan tentera penjajah...memang bijak bestari mereka nih...padan muka tentera penjajah yang jahat dan zalim tuh...huhuhu...
pastu kitorang masuk lagi beberapa pondok yang menempatkan tempat pembuatan senjata dan pakaian Viet-kong...aku tak rajin sangat la masuk, nak kena turun naik tangga nih...dah le ramai bersesak, panas lagi...haish aku cuma ambil gambar dari atas je laaa...hehuuu...oh ya cerita paling aku ingat, Viet-kong ni pakai selipar terbalik tau...means yang depan ke belakang and vice versa supaya tentera penjajah akan salah arah kalo nak follow kesan tapak kaki mereka...hehehe bijak...bijak!
dan akhirnya kami dibawa ke kawasan rehat...kat sini kitorang lepak minum air dan makan bekal biskut...kelaparan weh!dan sambil tu sesiapa nak cuba main tembak-tembak guna senapang tu boleh la cuba di sini...tapi kena bayar la, aku tak sure berapa sebab tak berminat langsung...
lepas dah abes melepaskan lelah, akhirnya tiba laaa masa yang dinantikan!kitorang nak berjalan dalam terowong ala-ala Viet-kong!hahaha kitorang bagi semua orang lepas dulu dalam group kitorang...bajet nak have our own sweet time la kan dalam terowong tuh...hahaha sekali masuk jer dalam terowong, dini depan aku kena panic attack!ko bayang la, terowong tu rendah je, kena mencangkung atau merangkak nak jalan, tetiba dini panik, aku kena kalut-kalut masuk gear reverse!masa tu plak ada group lain dah nak masuk belakang aku!hahahaha hoih dini kecoh!lepas dah berjaya keluar kan dini, aku ngan liana terus kan perjalanan sambil merangkak...masa ni dengan beg aku la, kamera la...semua rasa tak kena kat aku!kepala aku siap terseret-seret kena bahagian atas terowong tuh...huhuhu dah kalut macam tu memang tak terpikir dah nak ambil gambar!sedangkan kalo ikut diorang, terowong ni dah dibesarkan berbanding saiz asalnya tau...tapi ye la aku pun gedabak kan...hehehehe...
sekali jalan punya jalan dalam terowong tu, aku rasa perut nak cramp dah sebab merangkak dan mencangkung lama sangat kot...pastu kalut-kalut gak la aku kan tak abes nervous hal si dini tadi...pastu lagi tambah nervous tengok jalan ni seolah takde penghujung!punya la lama kena jalan merangkak tuh...sesak nafas aku!huhuhu tak lama merangkak tu baru laaa ada tempat berdiri, masa ni aku rasa stress dah...nasib baik kat tempat berdiri ni ada tangga untuk keluar!masa ni tak pikir dah tangga tu tinggi gila, lajuuuu aku panjat keluar!hohoho tak sempat bincang apa dengan liana dah...hahahaha nasib la liana meneruskan perjalanan merangkak seorang diri...sampai luar aku terus jerit nama dini...laju dia datang ke aku...hahaha hujan dah renyai-renyai menyambut ketibaan aku di muka bumi...gila lah, matik laaa aku takkan masuk lagi teroowong nih!trauma...hahaha siap la terbayang ada lipan ke, ada binatang buas ke dalam tu...mana nak larik?hohoho dan kemudian kitorang terus ke pintu keluar terakhir, jerit-jerit nama liana...sekali dengar dia jerit-jerit nama aku dari dalam terowong...hahaha excited hoih bila akhirnya nampak liana keluar di pintu terakhir dengan selamatnya masa ni...hahahahaha pengalaman gila!
lepas selesai semua drama gila tu, kami pun dibawa untuk makan ubi kayu rebus yang merupakan makanan ruji Viet-kong...lapar gila masa ni, ubi kayu keras tu pun rasa sedap!telan je la kan...hehehe dia bagi ubi kayu cicah dengan kacang serbuk...nyum nyum...lepas makan, kitorang pun gerak semula ke bas untuk balik semula ke bandar Ho Chi Minh...yeay selesai sudah semua misi yang nak dibuat di Vietnam!tinggal masa nak shopping abes-abesan je lagi nih...hehuuuu

10 comments:

  1. jalan merangkak tu cam mana? cam jalan itik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah...lbih kurg la...janji dpt gerak dlm terowong tuh...hahaha

      Delete
  2. Sekarang ni dah senang sikit kot masuk lobang tu... dah kuruih kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama je enmie...lg plak tinggi kan...senak perut...hehehe

      Delete
  3. Waa rindu nak ulang tayang ke vietnam
    Lubang tu saya x muat hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tu la best gk vietnam nih.lg2 kopi ais diaaa...hehehe

      Delete
  4. assalamualaikum...

    nak tnya suikit....kalau budak budak bawah 12 tahun kena bayar juga kah masuk tunnel tu? tqvm.

    hamzah
    +60138225065
    kuching, sarawak

    ReplyDelete