Tuesday, January 12, 2016

Cari Makan di IOI City Mall: Sepiring Uniquely Malaysian

Sambungan dari: Cari Makan di IOI City Mall: The Library Coffee Bar

lepas abes solat, kami pun berduyun-duyun menuju ke Sepiring Uniquely Malaysian yang terletak di Level 1 berhampiran dengan District 21 dan IceScape ice rink...tempat lepak dan makan kali ni aku yang pilih...teringin nak cuba makan di sini lepas tengok menu di internet...katanya nama lama kedai ni adalah Relish...pun aku tak pernah pergi makan...sampai je kedai ni dah nampak dahhh Nana dari kejauhan kebosanan menanti kami...hehehe...best gak environment kedai ni, dah la tak ramai orang, memang buat macam kedai sendiri la kan kitorang....
jumpa-jumpa je dah memekak memasing...macam-macam cerita yang keluarkan...gelak tak payah nak cakap laaa...kejap-kejap gegar kedai ni, kejap-kejap gegar dengan suara kitorang tergelak...hohoho dalam duk sakan sembang tu, tangan tak lepas dari snap satu persatu page menu tau untuk tatapan semua...hahaha gigih kan aku...hasilnya ada yang gegor, ada yang ok...pasrah je la ye korang!agak banyak la menu kat Sepiring Uniquely Malaysian ni...pelbagai jenis makanan dari seluruh Malaysia boleh dijumpai kat sini...baru tengok list main menu dan all-day sets je dah buat aku pening nak buat pilihan...semua nampak tempting!harga pula berpatutan juga...tak terlalu mahal...
lepas usha main dishes, kita usha pulaaa light bites, dessert dan minuman yang ada di sini...again memang mengancam sanubari bila tengok menu dan gambar...rasa semua pun nak dicoba tau...dan paling best dia ada tea set untuk 2 orang...menarik sangat laaa hai aku nengok...nasib dah malam, takde koser la nak ngedik-ngedik order tea set yang comel tu kannn...
selain menu yang dinyatakan kat atas ni, ada promotion set untuk weekdays kat Sepiring Uniquely Malaysian ni...dengan harga serendah RM13.90, kita boleh pilih any menu dalam gambar kat bawah ni dan akan dapat free iced peach tea...tapi promosi ni cuma valid pada weekdays jam 11 pagi hingga 3 petang dan 6 petang hingga 9 malam...dan dengan tambahan RM1.99, boleh dapat dessert...menarik kan...
lepas dah order, kami sambung sakan bersembang lagi...dan tak lama tu satu persatu makanan pun sampai...kira cepat juga la pada aku servis dia...untuk dessert aku order durian pancake (RM11.50) yang sangatlah creamy dan sedap!memang sedap betul durian dia tu weh...cuma sebabkan manis sangat, aku berjaga-jaga la juga kan...takleh makan banyak sangat sebab tadi dah balun waffle dan caramel latte...hehuuu...manakala dessert yang lain pula ada yang ambil sekali dalam promotion set iaitu Pulut Hitam with Tong Yuen...aku tak rasa pun dessert yang ni, so tak sure sedap ke tak...tapi nengok abes je memasing makan...
untuk main dish, aku order salah satu recommended menu iaitu Nyonya Nasi Ulam with Ayam Percik (RM20.90)...nyum-nyum nasi ulam dia tu, cuma a bit kering tapi overall sedap!dah la kerabu dia bagi tepi tu sedap...ayam percik tu pun sedap...cuma kalo lagi panas lagi sedap kot hidangan ni...siap ada keropok lekor tu dalam set ni...memang kenyang gila aku makan...hahaha dan untuk Mrs Smile pula dia order Hainanese Chicken Rice (RM17.90)...portion dia besar kot, tapi paling takleh blah bila tengok steamed chicken tu masih berdarah...terus aku panggil staff situ suruh masak balik...hohoho aku kalo nasi ayam ni tak berapa gemar steamed chicken, rasa macam tak masak je...
dan Azra pula layan Spicy Smoked Beef Pasta (RM15.90) yang pedas dan sedap!rasa dia takleh nak gambar kan tapi kena la ngan tekak aku...ala-ala gulai lomak daging salai tuang atas spaghetti la pendek cerita...hahaha sedap, harus coba kalo minat makanan pedas...Dzuli pula layan Curry Laksa (RM15.90) yang tak berapa nak sedap katanyaa...aku ada la ceduk sikit kuah dia, biasa je laaa pada aku...maybe sebab aku bukan penggemar laksa, so tak pandai sangat laaa nak rasa sedap ke tak...dan Nana pula ambil Nyonya Laksa (RM15.90)...Nana ni memang pandai gila masak Nyonya Laksa, aku pernah makan dia masak memang sedap!sekali bila dia makan kat sini, mengecewakan...lagi sedap yang dimasak...and bila aku rasa tu, yuppp aku setuju la dengan dia...yang Nana masak tu jauhhh lagi sedap!yang ni rasa lemak je, takde pun rasa udang walaupun besor udang dia campak kat atas laksa tuh...
overall makanan kat sini ada yang sedap, ada yang biasa-biasa jer laaa...tapi kalo ada peluang aku nak juga datang lagi try tea set dia tuh...hehehe saje la kan ngada-ngada berhi-tea bagai...masa tengah makan-makan dengan rancaknya, Jea pun sampai...ni kira special appearance la ni...hahaha orang Tepen datang woi...dia ada trip tak lama lagi, tuuu ada kat sekitar Putrajaya tu...kiranya makan-makan kali ni sempena nak jumpa-jumpa dia juga la...ada beberapa ahli jemaah yang first time jumpa Jea masa ni...dan sepatutnya makan-makan ni ada sekali KakJem dan Zilla...tapi last minute KakJem kena food poisoning dan Zilla tidak dapat dihubungi...mesti kes handphone tertinggal kat opis nih...hehehe...pape pun memang best kumpul lepak macam ni sekali-sekala...macam-macam kisah travel yang keluar...sampaikan kedai nak tutup, staff situ datang suh bayar bil cepat sebab cashier nak tutup dahhh...hahaha baru sedar dah lewat wehhh...keluar je kedai lampu dah tutup dalam IOI City Mall tu...haish awat cepat benor tutupnyeee...hahahaha...geng-geng ni kalo bersembang memang tak ingat dunia dan tak sah laaa kalo tak kena halau or tutup lampu...hehehe!ok korang InsyaAllah next time kita jumpa lagi yer!
Proud of our colourful heritage, our menu carries an exciting variety with recipes from all corners of Malaysia. It is this harmonious blend of flavours that makes us all 'uniquely Malaysian'. And just as Malaysians love sharing meals from Sepiring, we enjoy serving homegrown meals in a welcoming atmosphere that rekindles a joy worth sharing with friends and family over and over again. 

Sepiring - bringing people together one plate at a time.

12 comments:

  1. menu still sama cam relish.. tukar nama kedai je.. dulu relish under The Chicken Rice Shop kalau x salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo yeke...aku xtau pun kewujudan relish tu sbnanye...hehuuu

      Delete
  2. ooo ni la kedai relish tu eh... jauh lak nak pi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada cwgn lain meng...kt midvalley ada gk...

      Delete
  3. dessert dia aku rasa ok..tapi food dia memang kureng sikit
    tapi licin gak aku makan kecuali ayam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe aku suka nasi ulam tu...ayam tu klo roasted lg sedapp kot...

      Delete
  4. gitew kan... meja jea ngan azra kosong. tak de pinggan. diet ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dah kemasss...haha mkn sorang 2 piring tauuu...hahaha

      Delete