Thursday, September 10, 2015

Tempat Makan Best di Kota Kinabalu, Sabah: The Salt Pepper, Metrotown, Kota Kinabalu

semasa #prebirthdaytrip aku ke negeri di bawah bayu baru ni, aku berkesempatan untuk menerjah ke kafe milik Bibie Karim yang baru sahaja dibuka di Kota Kinabalu...kafe yang diberi nama The Salt Pepper ini terletak di Blok D, Lot 7, Metrotown, Kolombong, Kota Kinabalu... beroperasi dari jam 7 pagi hingga 6.30 petang...dan dengar khabarnya disebabkan sambutan yang hangat, masa operasi bakal dipanjangkan dari jam 7 pagi hingga 9 malam...

pada hari kejadian, aku dan sue tiba di Kota Kinabalu International Airport dan dijemput oleh Bibie...kemudian kami terusss menuju ke kafe dia...sampai jer terus excited sebab sebelum ni duk tengok dalam FB dan IG jer kan...akhirnya pada hari kedua kafe dibuka, kami dah menjejakkan kaki di sini...kira perasmi juga la nih...gituuu...
kafe ini berkonsepkan moden kontemporari dengan warna kegemaran aku, merah!dan juga putih...kombinasi yang memang panassss...hehehe masa kami sampai ni, Bibie cakap tempat buat air tak siap penuh lagi...tapi bebaru ni tengok dah siap pasang kabinet semua dah...jadinya gambar aku ni kira outdated sikit laaa tang tempat buat air tu...
duduk jer terus order air lemonade (RM2.00) yang menyegarkan...aku suka sebab tak berapa manis...takde naik mencanak sangat gula aku...huhuhu...dan kemudian kami dihidangkan dengan talam kekasih ku insung...hahaha!thanks Bie sebab buatkan aku kuih talam sempena nama boipren aku nih...terima kasih kerana sentiasa menyokong hubungan kami...kuih talam ni memang antara specialties di kafe ni dan dibuat sendiri oleh Bibie...memang sedap!aku suka gila talam insung yang kaler pink tu...kuih talam ni memang sentiasa ada di kafe ni tapi setiap hari bertukar warna dan jenis la kuih talamnyaa...harga pula RM0.50 sebijik...memang berbaloi!
dan kemudian aku dan sue order Nasi Ayam Penyet...satu lagi menu istimewa di The Salt Pepper ni...tapi paling takleh blah sue nak share nasik tuh ngan aku!hoho pasrah je la aku...tapi plating memang kerlas, ala-ala makan kat kedai Indonesia tau...atas mangkuk kayu ayam penyet tu...hehehe dan rasanya, memang terbaek!ayam tu digoreng garing...sambal tu pula pedas meletop dan sedap...sup daging tu pun sedappp...memang best!kena dengan tekak dan perut kami...walaupun hati meronta, aku pasrah je laaa share nasi ayam penyet dengan sue...
disebabkan rasa tak berapa nak kenyang sangat, aku tambah order Soto Daging...ok yang ni bila makanan sampai aku konpius sikit...sebab bila Bibie sebut soto, aku bayang soto ada nasi impit, begedil semua tu...rupanya kat Sabah ni bila sebut soto tu dia macam mi/mihun sup laaa...hehehe so yang sampai ke aku adalah mihun sup daging...pun sedappp...tapi kalo ada kicap cili lagiiii sedap!hehehe...
memang beriya kami berdua makan sampai tak sedar Bibie snap gambar...kalo sedar awal, mesti dah siap posing kan....hehehe...memang puas hati kami dapat makan kat The Salt Pepper ni...selama ni duk dengar je Bibie pandai masak, dan akhirnya dapat merasa air tangan dia sendiri...nyummeh!untung laaa laki dia nanti...#bukaninsung
lepas dah kenyang, jom kita selfie sikit!muka bahagia dah kenyang makan nasi ayam penyet dan soto daging...lepas ni nak meneruskan perjalanan lagi, baik hati Bibie kasi pinjam ke kami kereta diaaa...tak perlu lah kami nak mencari kereta sewa lagi semasa di Kota Kinabalu...jimattt kos...
dan ni aku share menu yang terdapat di The Salt Pepper...tapi bak kata Bibie, menu ni masih dalam trial and error...mungkin nanti dia akan update menu-menu baru di kafe ni...buat yang tak kenal Bibie lagi, ada ke?hehehe haaa aku tempek sekali lagi muka dia kat bawah ni...dengan ucapan, jemputlaaa datang ke The Salt Pepper di Metrotown, Kota Kinabalu...selain boleh makan sedap-sedap, korang juga boleh berjumpa dengan kakak kpop ni...boleh minta share info mengenai korea, dan juga boleh berselfie bersama kakak kpop yang famous ni...haaa apa lagi korang, kalo datang ke Kota Kinabalu tu, masukkan kafe ni dalam itinerary tau!
dan kat bawah ni aku share sikit gambar-gambar dari IG tokey The Salt Pepper iaitu Bibie Karim...kalo korang nak tau update dari masa ke semasa mengenai kafe ni, pi la terjah IG dia ye!harga menu yang aku sempat tanyakan pada Bibie adalah Nasi Ayam Penyet (RM6.50), Soto Daging (RM5.00), Rojak Ayam or Daging or Bakso (RM5.00), Rojak Special (RM7.00), Laksa Sarawak (RM5.00), Soto Ayam (RM5.00) dan Mi Kari (RM5.50)...
selain tu setiap pagi kafe akan menyediakan kuih talam...mulakan hari anda dengan senyuman dan talam dari The Salt Pepper ok...harganya hanya RM0.50 sebiji...besar dan sedap...memang berbaloi...dan kafe juga menyediakan teh dan kopi secara percuma untuk minum pagi di kafe...untungkan?hehehe...haaa tunggu apa lagi korang?sila laaa terjah The Salt Pepper! =D
buat Bibie Karim, semoga perniagaan ko ni semakin maju dan terusss maju...nanti nak buka cawangan lain, sila ajak aku invest...hehehe!

22 comments:

  1. DJ;

    Kuih Talam tuh kuih serimuka ker? Sebab nampak macam ada pulut kat base dia !

    DJ;

    Siapa Jejaka Bertuah tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enghaz serimuka one of talam...ada byk lg yg xde pulut pun ade...mcm talam cendol tu...

      Haa bertuah?sape insung ke?hahahaha biarlah bibie yg jawab #malusambilpintalhujungtudung

      Delete
    2. Jejaka xbertuah sebenarnya En Ghaz. Kesian jejaka tu si DJ ni TERmengaku bf dia pula, Confuse jejaka tu sebab setahu dia selama ni saya kekasih awal & akhir dia.

      Sekian DJ, aku dah jawab soalan En Ghaz.

      Delete
    3. kahkahkahkah ada unsur2 cemburu yang terlampau di situuu...hahahahahahaha!

      Delete
    4. Hahahahahahaa ... amat misteri sekali Jejaka Insung yaaa ... kalah misteri teragung abad nih !!!

      Delete
  2. jelesnyaaaaaa sebab ko dah rasa sambal ayam penyet tu. sebab aku meronta ronta ckp dgn bibie yang aku nak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh meronta je la ko.tiket bli obersi je...cuba bli pi kk tu haaa...kuikuikuu

      Delete
  3. semoga kedai si bibie ni makin maju
    tunggu kitorang datang yer

    ReplyDelete
  4. Aku nak gelak guling dulu. Promo baik punya. Wei dah xmerasa air tangan aku. Sebab ada tukang masak please. Ayam penyet je aku marinate & sambal tu. Lelain, aku bagi resepi & menu je. Kan sekarang dah tukar profession jadi tukang buat air. Hashtag bukan insung tu buat aku panas hati. Tu pasal ko dapat kuih dah mereng & xlawa. Insung xrela. Thanks again DJ. Thanks Azra! Sila lah datang terjah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe takpela, marinate ayam tu n sambal tu kira air tangan ko laaa...hehehe air tu ko kna crik menu baru yang lagi meletoppsss ok...hehehe upsss insung oppa...pls jawap soalan enghaz tu pls...hahahahaha!

      Delete
  5. must visit nih. tapi ntah bila aku nak gi KK nih.

    BK. bak sini 10 gambar kedai kau aku buat entry promo kat blog aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko kalau datang aku seriau sikit haha. Ha bolehlah tolong promo kot orang Hitaly nak datang. Tapi nak bagi gambar camne Meng.

      Delete
    2. huntong laaa supermeng buat special appearance kat thesaltpepper...pastu nanti ko amek banyak2 gambar dia bie share dalam wassap...kahkahkah

      bie ko kena pos ke meng gambar tu rasanya...kuikuikui...

      Delete
  6. meletops blogger ni ...semoga maju jaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak.klo ke KK nnti jgn lupa ke sini yer!

      Delete
  7. Assalam akak nak g kk blh naknode mkan utk 40 org.kalau blh whastapp akak 0176190210.tq

    ReplyDelete
  8. Assalam akak nak g kk blh naknode mkan utk 40 org.kalau blh whastapp akak 0176190210.tq

    ReplyDelete
  9. Masih beroperasi lagikah kedai ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih kak mahh...cuba la kalo ke sana...

      Delete
  10. taksabar nak baca blog meng upkan kedai nih..bagus tul link masing masing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh meng pi kdai bie? Xtau punnggg...

      Delete