aku tak sangka betul entry jalan-jalan ke Ipoh ini sangat mendapat sambutan hangat dari korang-korang yang membaca blog ini...hehehe tak sangka ramai yang berminat dengan Ipoh ni yer...kiranya aku telah mengorek hidden germ yang terdapat di Ipoh ni laaa buat tatapan korang...hehehe mana tau lepas ni ramai yang akan start enjin kereta untuk ke Ipoh pula kan?hehehe dan aku nak ambil kesempatan ini juga mengucapkan terima kasih kepada travelmate aku iaitu sue, irma dan asie...dan kredit lebih untuk asie sebab menyediakan itinerary untuk trip kali ini....aku cuma cakap-cakap je mana nak pergi, dia yang tolong finalise kan itinerary dan cari tempat-tempat wajib kat Ipoh ni...next next domestic trip pun, aku suruh asie yang buat itinerary...sebab dia dah terror dah buat itinerary.... =D
Sambungan dari: Visit Malaysia Year 2014 : Perak Darul Ridzuan ~ Ipoh : Part 3
Sambungan dari: Visit Malaysia Year 2014 : Perak Darul Ridzuan ~ Ipoh : Part 3
okey tibalah kita di entry terakhir di Ipoh ini...hambik kau, perginya sehari jer, tapi entry gebang tak hengat...overst!hehehe selepas berseronok-seronok shopping kacang puteyyy di Buntong, aku pun memandu kereta sambil makan maruku menuju ke belah selatan bandar Ipoh pulaa...destinasi kami seterusnya adalah ke Kellie's Castle!masa kami sampai je tetiba awan mendung berarak kelabu seolah nak hujan...ok masa ni ada sedikit seram...apesal nak kena mendung-mendung masa aku sampai nih?macam remang-remang gitu...terus kami masuk parking kena bayar RM2...
keluar dari kereta, terus excited nak ambil gambar berlatarbelakangkan Kellie's Castle...cantik sebab rumput kat sini menghijau...ambil gambar di sini masih lagi free...tak kena bayar....so ambil la sepuasnya gambar...tapi kami tak boleh berlama-lama sebab hari macam dah nak hujan..masa ni tengok ramai orang dah bergerak keluar dari Kellie's Castle...hati aku macam dah berat je nak pergi masuk castle tu...aku pikir ambil gambar dari bawah je pun dah cukup laaa....
sekali budak-budak ni nak masuk pulaaaa Kellie's Castle...siap dah pergi beli tiket lagi tau...bayaran RM5 dikenakan bagi setiap orang....terus kami melalui jambatan yang menuju ke arah Kellie's Castle...kena naik tangga sikit sebab castle ni terletak atas bukit...tapi tak mengah sangat laaa...aku pun bolehhh ape...hehehe masa ni nampak rumput-rumput agak tinggi macam tak berjaga la pula...dalam hati mula saspen dah membayangkan keadaan dalam castle tu..tak berjaga kah?kalo tak berjaga....erkk.....kot ada 'penjaga' misteri plak nanti...huhuhusampai je di atas tu, ternampak di sebelah belakang Kellie's Castle tu terletaknya bangunan berwarna kuning yang dah separa runtuh...rupanya itu adalah Kellas House, rumah agam milik William Kellie Smith...seorang jurutera asalnya tapi kemudian menjadi usahawan berjaya dengan getah dan lombong di Lembah Kinta ini...dia berasal daripada Scotland...Kellas House ini dibina pada tahun 1909 selepas 6 tahun mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Agnes dan mempunyai seorang anak perempuan....dan tinggal la mereka bahagia di dalam rumah agam yang cantik dan besar tu....walaupun dah separa runtuh, tetap boleh nampak akan kebesaran rumah tu...dahsyat betul zaman dolu kala rumah besar gini...
dan pada tahun 1915, dia dapat anak lelaki dan sebab excited dapat pewaris gitu, dia nak bina sebuah istana!siap bawa 70 orang tukang ukir dari Madras, India tau beserta batu bata dan marble dari sana demi membina sebuah istana bercirikan senibina Scootish, Moorish dan Indian!tapi sayangnya istana ini tak sempat siap dan dihentikan pembinaannya bila William Kellie Smith ni mati di Lisbon, Portugal pada tahun 1926....wife dia frust dan terus balik duk Scotland...sejak tu, semuanya terbengkalai...dengar cerita, ada company British ambil alih tempat ni lepas tu....tapi tak pasti kenapa tak siap sampai ke sudah....dikatakan kalo siap la istana ni dulu, akan ada lif dalam dia...dan menjadi sejarah lif pertama di Tanah Melayu pada masa itu...tapi tak kesampaian la pulok....huhuhu keliling kawasan Kellie's Castle ni macam estate...dengarnya ada orang India yang tinggal di situ merupakan cucu cicit tukang ukir yang dia bawa untuk bina istana ini dulu...terus jadi warganegara Malaysia lepas tuh!hehehe
haaa panjang kisah William Kellie Smith aku cerita tu..nak tahu lebih details, sila google sendiri yer....hehehe so jom ikut aku masuk istana ni...walaupun aku sedikit seram, sebab banyak cerita dengar pasal tempat ni...aku gigih kan juga hati untuk masuk..laju-laju je aku snap gambar dan taknak tengok sesuatu dengan terperinci sebab takut!hahaha bengong kan...dalam duk jalan ambil gambar, tersentak dan berdegup kencang jantung aku bila sampai kat satu balkoni dan baca board tu tulis Balkoni Serambi Berhantu!woihhh boleh tak board tu tulis baik-baik sikit?memang berdegup laju terus jantung aku masa ni...asie plak tak abes-abes sibuk nak bergambar kat situ...aku takde laaa...snap sekali, blah!huhuhu katanya ramai dah nampak hantu William Kellie Smith berlegar-legar kat situ...mintak simpang laaa aku taknak nampak dia...sobsss....
kemudian diorang ajak naik atas...ikut hati aku memang nak keluar je terus...tapi dah semua nak naik...terpaksa la naik...kat atas ni macam open space la...memang cantik pemandangan dari atas nih!tak rugi aku naik!walaupun kecuakan terlebih...tapi sampai atas ni sakan juga la nak bergambar kan...hehehe
habes kat atas tu, kami pun terus turun dan menuju ke bangunan berhampiran parking...kat situ ada mini teater la, kedai-kedai, cafe...kat sini terbaca promosi Paranormal Night Tour di Kellie's Castle!gila lah...ada ke orang nak join tour ni?bagi aku RM1000 pun belum tentu aku nak...eh tipu la taknak duit kan....tapi kalo aku join pun, aku tutup mata jer sepanjang jalan!hahaha so kat kawasan ni juga ada toilet, surau...so kami rehat sebentar kat sini....sambil usha-usha FM yang mahal sangat tu...tapi pasrah je la beli untuk diri sendiri....
selepas berehat, tunaikan kewajipan apa yang patut...kami pun mula nak gerak ke next destination!haaa masa ni ternampak peta pelancingan kawasan Batu Gajah ni...duk cari-cari tempat kami nak pergi selepas nih, sekali jumpa pulaaa...sempat tanya pakcik kat situ jalan nak pergi...lepas dah paham serba sikit, terus naik kereta dan gerak!agak mencabar perjalanan kali ini sebab signage takde langsung!so dah nak sampai area Tanjung Tualang, kami kena slow sikit tengok sebelah kiri mencari The Last Tin Dredge in Tanjung Tualang!haaaa sape tau apa itu tin dredge?hehehe dia macam kapal korek laaa...masa kami di jalan raya tu, usha je sebelah kiri sampai la nampak kapal korek tu dari tepi jalan...terus masuk kat jalan kecil yang menuju ke arahnyaaa....parking kereta, terus masuk ke muzium yang ada di situ...kena bayar RM6 kat sini....bila masuk dalam muzium tu, alahai sedihnyaaaa keadaanyaaa...kaca yang menempatkan bahan pameran pun siap berselotep sebab dah pecah...huhuhu bahan yang dipamerkan pun tak menarik sangat...kami layan je la tengok gambar dan baca info-info yang ada...tapi tak memberangsangkan langsung keadaan di situ....kapal korek ini telah dibuat pada tahun 1938 di England...kiranya kapal korek ni akan korek pasir yang mengandungi bijih timah, dah masuk dalam kapal tu adalah drum dan sistem yang asingkan bijih timah dan pasir tu....memang menarikkan kalo dapat tengok!
keluar dari muzium tu, kami pun berjalan ke arah kapal korek yang tersadai kat situ....besar giler rupanya kapal korek nih!tapi masa nak sampai di kapal korek tu, semerbak bau busuk mencengkam hidung kami!masing-masing dah tertanya apa bau ni?busuk giler....tapi orang tua-tua kata, jangan tegur!so kami diam jeee laaaa....dan masa yang sama ternampak sekumpulan mamat duk main motor scrambler kat situ?hoih apekah?memang tak terjagalah kawasan sekitar kapal korek ni...bersabar je la...kami pun terus berjalan dan bergambar mengelilingi kapal korek ni....memang tak berjaga...banyak dah berkarat...even jambatan nak masuk dalam kapal pun dah roboh....sepatutnya boleh masuk dalam kapal ni...tapi tiada penjagaan rasanya tempat ni..sayang betul la...tourism negeri Perak should do something....sayang warisan seperti ini dibiarkan sebegitu sahaja...
selepas hampir nak habes kami pusing keliling kapal korek ni, tetiba dari jauh terlihatt......laaaaa ada ladang lembuuuu rupanya kat situuu...patut laaa bau semacammmm je tadi!hahaha baru nak pikir bukan-bukan...rupanya bau taik lembu!haish!dan selepas itu kami pun naik semula kereta dan berkira-kira nak makan udang galah yang glemer di Tanjung Tualang....sempat la masing-masing duk search info di hp!tetapi penemuan yang mengecewakan bila semua duk cakap tak halal...halal diragui...sebab kebanyakan kedai di situ adalah kedai cina....so terpaksa la kami membatal niat murni kami untuk JJCM di Tanjung Tualang...sobsss....
dan dalam hati yang berduka, kami pun kembali menuju jalan pulang ke Ipoh....sempat singgah di Hentian Limau Tambun...nak beli buah tangan buat orang rumah...hehehe mengikut pembacaan di internet, kedai nombor 35 ni jer kedai orang muslim...so kami decide beli di situ jer...aku beli sebijik jer harga RM12...diorang berdua duk borong lagi....haish tak dapat bayang aku nak ngangkut barang-barang naik train nanti...
dan selepas itu, kami terus mencari kedai makan Ipoh Hainan Chicken Rice yang halal terletak di Anderson Road...wallawei....baru perasan perut tak berisi sejak tengahari!ni dah lewat petang dah ni....apa lagi sampai je di kedai ni, terus masing-masing order dengan tamaknya...siap ada extra nasi ayam lagi kan...hahaha lapar punya pasal...boleh tahan sedap makanan di sini...almaklum dah lapar, semua sedap kan!total makan untuk 4 orang kat sini adalah RM48 sahaja...okla kan dengan extra lagi, dessert lagi...memang berbaloi-baloi....susah nak jumpa nasi ayam hainan yang halal di Ipoh, so ini lah antara pilihan yang ada...harus cuba yer kalo ke Ipoh!tapi kalo kak Naramas Aman ada tempat makan yang lebih menarik, boleh la tolong cadangkan... =D
makanananana
selepas perut kekenyangan, kami dah tak larat nak jalan manaaa...terus ajak sue ke stesyen keretapi...lepak dalam kereta kejap....masa tu baru pukul 6 lebih...lepak, tido, borak dalam kereta...nak dekat jam 7 petang baru la kami keluar dan mula sumbat segala barang yang dibeli dalam beg...sakan la budak berdua tu menyumbat beg!limau bali je dah bape bijik tuh...belum masuk kacang puteyyyy lagi...hahaha dan kemudian kami masuk ke stesyen dan melanguk lagi...sempat solat maghrib dan isyak kat stesyen ni...lepas tu sue pun gerak balik...thanks sebab sudi jadi 'drebar' kitorang dalam trip kali ini...walaupun takde la drebar sangat sebab aku lagiiii banyak kena drive!hahaha
dan akhirnya, kami menaiki keretapi ETS menuju ke KL pada jam 8 malam...train malam ni agak lengang...tak ramai orang pun...so gerabak ana yang punya laa kan...terus ajak asie pi jalan-jalan ke gerabak lain...ada gerabak yang ada toilet, ada yang ada cafe kecil....so kami pi usha cafe dulu sebab sebelah gerabak kami jer...makanan dah takde...air pun tinggal sikit je...so terus kami order milo panas berharga RM2.50....fefeeling naik shinkansen la nih...hahahaha
lepas tu sempat pi usha lavatory toilet kat gerabak lain...wah bersih dan ok la toilet diaaa...aku teringat betapa horrornya toilet keretapi yang aku pernah naik ke Butterworth dulu...siaplaaa air takde masa aku kat dalam tu sebab tetiba train berhenti!huhuhu mana la aku tau kalo train berhenti, air dalam toilet takde...
dan akhirnya kami tiba di KL Sentral pada jam 11.30 malam dan terus berlari menuju ke ERL...nasib baik sempat naik yang jam 11.30 malam...tak payah tunggu yang 12 malam punya train...itu pun dengan lari tak cukup tanah!hahahaha sampai di Putrajaya Sentral dalam 10 minit sebelum 12 malam...naik teksi, dapat la harga murah lagi...RM10 untuk sampai ke pejabat...ambil kereta dan masing-masing balik ke rumah masing-masing...Alhamdulillah selesai trip singkat 2H1M kami di Ipoh....
terima kasih lagi sekali kat sue sebab belanja duit minyak sepanjang perjalanan kami di sana...dan dengan itu menjadikan perbelanjaan aku untuk trip kali ini hanyalah RM250 sahaja...termasuk tiket return ERL (RM19), tiket return ETS (RM60), Hotel (RM37), makan (RM70), entrance fee (RM14) dannn shopping (RM50)....haaa amacam?ada rasa nak pi travel ke Ipoh tak lepas baca entry aku nih...hehehe so sape-sape yang nak pergi tu, sila lah explore dengan lebih mendalam dan kongsi pengalaman korang pula yer...kita sama-sama promote keindahan yang ada di Malaysia nih!dan sebelum mengakhiri kata, aku nak bagi korang hayati lagu Mr Os ini!sangat sinonim dengan orang Perak!tak gitu Yong?hahahaha eh saya bukan berniat nak tiru gaya Supermeng kasik-kasik lagu yer, ni kali ajeeee aku letak...hahaha daaaa!
Oh kome, deghoyan dah berbunge
(dah berbunge)
Moh kite minang anok dare
(anok dare)
Anok dare, anok dare kote
(dare kote)
Teman jumpe di Padang Tenggale
(iye)
Kate deme, sakit jatuh cinte
(jatuh cinte)
Sakit lagi bile jatuh tangge
(jatuh tangge)
Kate deme, cinte itu bute
(cinte bute)
Nasib baik teman tak merabe-rabe
(rabe-rabe)
* Bile musim deghoyan
Deme mule bengkeng
Jangan silap sikit
Nanti deme tengking
Kalau musim deghoyan
Ramey berani nampor
Ape deme nak heran
Saman boleh bayor
Oh kome, dengoyan udah luroh
(udah luroh)
Lebih baik cepat pegi suloh
(pegi suloh)
Lambat sikit kome dapat habuk
(dapat habuk)
Kalau tido jawabnye tinggey pokok
(padan muke)
Duit deghoyan, yang tue nak ke mekoh
(nak ke mekoh)
Yang mude gatey nak menikoh
(nak menikoh)
Musim deghoyan banyok sedare mare
(ramey-ramey)
Bila nebas, seko tak nampak muke
(memang gitu)
Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com
Nama ja orang Malaysia..tapi Cik Nun tak penah jejak lagi sini..nak kena pergi nih..bukan jauh pun...apa pun selamat menunaikan ibadah puasa kak DJ....
ReplyDeleteHehehe selamat berpuasa juga buat Cik Nun....semoga ibadah kita diterimaNya pada Ramadhan kali ini...insyaAllah....
DeleteNamanya teman ni orang Perak tapi Kellie's Castle tu tak peghonah pergi. Tempat macam gitu, takut teman tak tidur malam.
ReplyDeleteAmboi terliur teman menengokkan gambor makanan tu...nasib baik tengok hari ini...kalau tengok esok...batal kot puasa :)
Lagu Deghoyan Dah Berbunga pun keluar jugak! Tu lagi rakyat Perak tu...bukan lagu Os.
hehehe memang agak seram la kak castle ni...tp agak cantik juga....so sekali pergi ni dah cukup laa.a..taknak repeat dah...hehehe
Deletedah mula bulan puasa nanti, kena kurang kan gambar makanan, kalo tak sian diri sendiri dan org lain juga...hahaha eh ye ke akan kurang...#berazamuntukbanyakberbukadirumah
Eh lagu deghoyan tu bukan lagu Os?saya ingat dia jer nyanyi dulu...hehehe =D
Banyak juga nyoping ye DJ... limau... kacang... bijih timah tak beli ker...:)
ReplyDeleteDalam tak berani... sampai bumbung juga dia panjat...
hehehe banyak ler en mie...untuk orang rumah katanyer...kang bising plak asyik berjalan...ni salah satu kaedah bribe la ni..hahahaha
Deletetu la dalam cuak tu, ada berani gak leee....sbb pikir syg plak tak naik bila dah smpai tu...hehehe tp memang tak sesia naik...cantik atas tu...hehehe
tiba2 teringin nak makan nasik ayam tuh! fuhh~
ReplyDeleteselamat berpuasa dj!
Nnti ko msk la nasi ayam utk buka..senang jer..ko kan tere masak...hehe
DeleteSelamat berpuasa di perantauan John...semoga kuat smngt bpuasa di musim summer... 20 jam oi!
aduhhh.....makin membara nak jejak Ipoh....akan kt cuba ye... :)
ReplyDeletenak naik train - sewa kete - jalan2 terokai Ipoh...hehhe
hehehe tapi bara kena padam jap...masa bulan posa nih...hehehe ke nak cuba berpuasa di sana....hehehe tapi panas-panas skang ni, sangap gak nak berjalan....hehehehe
DeleteIpoh Hainan chicken rice tu mmg best..dah la harga berpatutan.
ReplyDeleteeh bukan tempat kapal korek tu berhantu ke? haha
ha'ah memang sedap makan kat situ....hehehe ha??berhantu??nasib baik masa aku pi takde pape...sobssss....
DeleteWa haritu tak sempat nak pegi mini teater tu, dan tatau pulak ada kapal korek beso kat situ huhuhuh.
ReplyDeletePart makan tu memang kejam tau! lapar ni! Hahahah
aku pun tak masuk mini teater tu...takdan....hehehe kapal korek tu pun aku br tahu masa nak pi Ipoh ni....ada org cakap berhantuuuu...huhuhu
Deleteoh aku pun lapar bila tgk gambar nih!cessss!