yeahhh aku mahu gigih menghabiskan cerita Surabaya aku nih sebelum sabtu nih....semoga mampu bergigihan....sebabnyaaa sabtu ni aku akan ada another oversea trip!eh?
Sambungan dari: Sempoi Trip ke Surabaya Day 2 Part 1
Sambungan dari: Sempoi Trip ke Surabaya Day 2 Part 1
daripada atas Mt Penanjakan, jeep mulai menurun ke kaki gunung...laju plak tu jeep-jeep tuh turun...diorang dah biasa agaknya dengan tempat tu kan...masa turun bukit ni, dapat lihat kawasan padang pasir di bawah diseliputi oleh kabus lagi...perghh cantik!mengujakan sungguh walau dalam kecuakan menurun curam gunung tuh...
sampai di bawah, dah nampak dah padang pasir yang dilalui awal pagi tadi...memang takde trek la...jeep ni semua main redah ikut masing-masing...again aku seronok main potong-potong jeep lain!main redah jer langgar lubang bagai...hahaha syiok!dan kami terus menuju ke kaki Mt Batok dan Mt Bromo...
sampai di kaki Mt Batok, kereta dah kena diberhentikan...kereta tak dibenarkan melepasi pagar yang dibuat untuk ke kaki Mt Bromo...katanya sebab nanti mengganggu bacaan gerakan gunung berapi di situ...haaa di kaki Mt Batok ni ada banyakkk jeep sedang parking, dan banyakk kuda sedang menanti untuk membawa pelancong terussss ke kaki Mt Bromo!oh ye, korang nampak kabus kat dalam gambar-gambar di bawah ni...cantik bangat!
turun jer dari jeep memang terus kami didatangi oleh penjaga kuda menawarkan khidmat...terus kami berbincang mengenai pendakian ke Mt Bromo...memandangkan aku dan dini bersaiz extravaganza, kitorang rasa berbelah bahagi nak naik ke tak kuda tu...hahaha gigih la penjaga-penjaga kuda mencari kuda terbesar kat situ untuk kami...
dalam pada tu kami terus berbincang lagi sama ada nak mendaki atau tidak Mt Bromo...di sebelah sudut duk pikir alang-alang dah sampai, baik lah naik...tapi di sebelah sudut lagi cakap dah rasa macam nakpi toilet nih...mana plak nak cari toilet kang...dah la nak jalan ke kaki Mt Bromo dekat 1km!nak daki lagi nanti?nak naik kuda, simpati menebal...hahaha lepas tu dini pula buka mulut taknak daki sebab ada minor slip disc...lepas tu sue plak cakap sakit perut...ahhh sudahhh....ditambah pulaaa semua cakap lapar!kalo daki tu, mesti lagi lambat nak makan!haaa punya lama diskusi kami kat situ...dan akhirnya kami decided, cukuplah bergambar dan melihat Mt Bromo dari jauh saja....mungkin tiada jodoh antara kita...ecewah...hahaha dasar kan...pasrah.....
oh yer, untuk pengetahuan korang...selain daripada melihat sunrise dan Mt Bromo daripada Mt Penanjakan macam yang aku buat....korang juga boleh daki Mt Batok ni untuk melihat sunrise...pemandangan dia memang lagi superb la kan...kalo nak tengok, leh jenguk ke blog Zilla untuk melihat keindahan sunrise dari Mt Batok...tapi kena daki lebih sikit la kan...dan paling kebetulan, masa kami ke sana mrwong asyik cakap kami salah masa...kalo sehari lewat, dah boleh ikut dia daki Mt Batok bersama 1 group wanita dari Malaysia...dan sangatlah kebetulan, group itu adalah Zilla and the gang...dan aku sangat bersyukurrrr kami sampai awal sehari...kalo kami follow group tu, haruss emosi semua orang sebab gerenti kami daki paling slow...silap-silap tengahari baru sampai puncak!kehkehkeh....
selepas bergambar di kaki Mt Batok, kami meneruskan perjalanan ke Savannah pula...perjalanan melalui jalan padang pasir yang tidak rata...memang masa tu sedikit hazabbb sebab menahan rasa nak terkucil...toilet memang takde la kan...so terpaksa tahan...kali ni Pak Edi bawak sedikit slow sebab tau kami dah nak terkucil...Savannah ni kalo aku tengok dalam gambar orang kawasan dia hijau saujana mata memandang...tapi mayb sebab aku datang gunung-gunung tengah 'batuk', maka menyebabkan pohonan di sekitar macam nak mati...kekeringan...so sedikit coklat-coklat laaa Savannah aku...
sekejap je kami lepak di Savannah...terus ajak Pak Edi gerak ke tempat seterusnya...masa meninggalkan Savannah, kami perasan ada kawasan pokok-pokok kecik yang cantik sebab ada sisa-sisa air pagi kat pokok tu...cantik sangat!Pak Edi cakap tu pokok telon yang digunakan untuk buat minyak telon baby tu...eh kitorang lagi excited sebab 1st time tengok...terus Pak Edi tolong ambilkan pokok tu sikit dan bagi kitorang bau...wahhh memang bau minyak baby laaa!siap berminyak-minyak lagi pokok dia tu...
dan seterusnya kami menuju ke Watu Singa yang terletak di tengah-tengah lautan pasir kawasan Bromo ni pula...sebenarnya ia merupakan sebuah batu yang dikatakan menyerupai singa...tapi dah tak berapa nampak disebabkan oleh abu dan pasir daripada Mt Bromo sewaktu ianya meletus...ada kisah mengenai Watu Singa ni...tapi aku tak berapa paham...so sila google sendiri okeh!kami just ambil gambar dia jer, pastu kami bergonjeng bergambar di tengah padang pasir yang luas tuh!aksi melompat tak berapa jadi...sila abaikan...hahahaha
puas berpoya di Watu Singa, kami dibawa pula ke kawasan Pasir Berbisik...dekat jer dengan Watu Singa tu...kata Pak Edi, dulu ada 1 lubang berhampiran situ...jadi bila angin bertiup, akan kedengaran bunyi seperti berbisik...jadi sebab tu tempat ni dinamakan Pasir Berbisik...tapi sekarang takde dah...jadi tempat orang bergambar je laaa...so kitorang pun turun la ambil gambar juga...tapi lubang tak jumpa dah...
habis jer di Pasir Berbisik, maka selesai laaa tour Bromo kami...haaa kalo korang nak tau, tu la antara tempat wajib pergi atau gerenti ada dalam pakej kalo korang ke Bromo ni...tapi kalo nak lebih advance macam naik Mt Batok ke, naik Semeru, Ranu Regulo semua tu, kena la berbincang lanjut dengan pak supir korang...dan seharusnya untuk aktiviti semua tu, kena extra masa dan caj la kan..takleh la nak buat on weekend macam aku ni....ok, dah setel semuanya, Pak Edi bawa kami semula ke Hotel Cafe Lava di Cemoro Lawang....kami tak perlu bayar pape pun pada Pak Edi ni sebab semuanya diuruskan sudah oleh mrwong...senang kan....
sampai di Cemoro Lawang, terus kami masuk ke Cafe Lava untuk breakfast...di sini disediakan buffet breakfast dengan harga Rp40,000 seorang...pilihan makanan tak banyak sangat...tapi sedap juga...kat sini kami makan la dengan sepuasnya!almaklum kelaparan tahap gaban...lepas tu kami siap-siap pergi toilet, ada yang tukar baju semua di situ...
sebelum pulang, sempat kami singgah di Toko Pak Edi yang terletak di sebelah cafe tersebut...nak cari souvenir Bromo...haaa jumpa la juga fridge magnet Bromo di situ...aku dah tak ingat berapa harga fridge magnet yang aku beli...maybe Rp15,000 kot sekeping..tapi kami ada dapat diskaun sikit daripada Pak Edi...
dan kemudian pada jam hampir 9 pagi, kami pun mula bergerak meninggalkan Cemoro Lawang....meninggalkan Bromo di belakang kami...sobsss...rasa sedih meninggalkan tempat yang begitu indah....tapi sedihnya kejap sajaaa....sebab lepas tu semua bantai membuta!nasib pak supir laaa mendengar alunan orkestra kami!hahaha dan seterusnyaaa ke mana kami pergi dengan trip sempoi ini?tungguuuu....sebab sempoi sangatlah tripnya!hahaha

