Thursday, December 4, 2014

VMY2014 ~ Sarawak :: Kuching :: Day 1, Part 2


bila dah lama melepak di Muzium Kuching, tekak pun dah rasa haus...tengok itinerary, terdapat Bemmers Cafe yang terletak di Petrajaya ni jugak iaitu di Jalan Duranta....pasang Waze dan berdesup kami ke sana!cafe ni style food court...ada banyak gerai-gerai kat dalam dia...sampai jer, banyak pula makanan dah habis!baru nak merasa mee kolok kat sini...last kami cuma order rojak ayam kongsi berempat...dan aku order teh C....
dah hilang dahaga, kami pun meneruskan perjalanan keluar daripada bandar Kuching, menuju ke arah Santubong...tujuan kami adalah untuk ke Sarawak Cultural Village!yeay kali ketiga ke Kuching baru ada kesempatan nak ke sini...perjalanan mudah saja sebab banyak signage dan juga nampak Gunung Santubong ni dari jauh!kiranya selagi nampak gunung tu di hadapan kita, kira tak sesatlah!hehehe dalam kereta kami duk nyanyi jer lagi Puteri Santubong Puteri Sejinjang, Menjaga Gunung Negeri Sarawak...haaa tapi sampai situ jer la yang tau...yang lebihnya humming jer laaa...hehehe
dalam perjalanan, kami sempat singgah di Masjid Institut Aminudin Baki, Cawangan Sarawak!cun betul view masjid ni berlatarbelakangkan Gunung Santubong!hehehe tapi yang kelakar masa tanya pakcik guard situ, mana Gunung Sejinjang?dia macam terpinga-pinga!hahaha eh ada ke Gunung Sejinjang?memandai jer kan...
selepas hampir sejam perjalanan, kami akhirnya sampai di Kampung Budaya Sarawak a.k.a Sarawak Cultural Village!jarak dari bandar Kuching cuma dalam 35km jer, tapi orang kat sini drive macam makan angin...pasrah jer la aku kan....parking kat sini kena bayar RM2, pastu terus kami menuju ke kaunter tiket...harga sebenarnya untuk masuk ke cultural village ni adalah RM60!tapi sebabkan kami gunakan passport kelab komuniti Mimmy tu, kami cuma bayar RM28 saja!tu pun dah siap-siap bayar pada Mimmy...kat sini cuma bagi jer pasport tu...lepas tu dia pun bagi sticker kepada kami untuk ditampal di tudung...ada macam-macam warna passport tu, tak sure apa maksud dia...
dah dapat sticker, terus kami masuk ke dalam...memula konpius juga mana nak start...tapi redah jer la ke dalam...ada kedai souvenir...tapi kami tak singgah pun...jalan sampai nampak signage arah untuk mulakan perjalanan....terdapat 7 buah rumah tradisional Sarawak di sekeliling sebuah tasik di cultural village ni...
pertama sekali kami sampai di Rumah Cina yang kebiasaannya terletak di atas paras tanah...even kat belah dalam rumah pun takde lantai simen, cuma beralaskan tanah je...kat dalam rumah ni ditunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh orang Cina di Sarawak ni...antaranya menanam dan memproses pepper....aku baru tahu yang lada putih dan lada hitam berasal dari tanaman yang sama...hanya pemprosesan yang membedakan antara keduanya....lepas tu ada juga memprosesan sarang burung....dan pembuatan turtle shaped cake...dijual kuih ni tapi kami tak beli pun....
kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Rumah Melayu di Sarawak pula...macam biasala rumah melayu mesti tinggi dan ada tangga kan...hiasan dalamannya pun tipikal melayu...lebih kurang dengan yang di Semenanjung juga...paling best ada jualan kuih-muih tradisional kat dapur rumah..bakar bahulu dan kuih kapit guna arang lagi tau...panas meletop-letop lagi tu...sedap!
seterusnya kami terus meniti titi kecil cantik mengelilingi tasik ni untuk menuju ke Tall House kaum Melanau pula...mendamaikan sungguh laaa pemandangan di sini...nyaman jer rasa...mayb sebab di kelilingi pokok-pokok tinggi kan....siaplaaa ada pangkin tempat orang nak lepak tepi tasik tuh...
Rumah Melanau ni berbentuk tall house...memang tinggi la....nak naik tangga dia yang diperbuat dari batang pokok tu pun rasa seram...hehehe kaum Melanau ni kebanyakannya tinggal berhampiran laut, dan zaman dolu kala senang la kalo nak kena serang dengan lanun laut kan...jadi sebab tu la diorang bina rumah ni tinggi bagi elakkan serangan lanun...kat bawah rumah Melanau ni ada aktiviti menari guna buluh tu...aku pun tak tahu namanya...belasah jer la main...hehehe


sebelum kami naik ke atas rumah Melanau, kami menuju ke pondok pemprosesan sagu!yeahhh excited nak makan ulat sagu katanye!hehehe sebelum tu tersinggah beli kuih tradisional orang Melanau ni..sedapp...ada macam rasa kuih peneram sikit...
Orang Melanau ni berbeza sikit dengan lain sebab diorang makan sagu sebagai makanan ruji...jadinya sebab tu sagu ni dibuat macam-macam jenis makanan...biskut, kuih-muih...dan paling epik sebab diorang makan juga ulat sagu tu...bak kata makcik tu, rasanya sedap giler macam udang!hahaha asie dengan sue boleh selamba jer pegang ulat tu!terus kensel cita-cita nak mencabar diri makan ulat sagu...hohoho aku nak tengok makcik tu makan, so aku cakap aku bayar la harga ulat tu kan...dia cakap mana boleh takat makan satu, sedap sangat kena makan banyak-banyak...hahaha!pitam!oh ye, dia cakap kalo nak makan tu, pegang belah hitam tu...gigit sambil bendalir dalam tu pecah memenuhi mulut kita, dan buang bahagian hitam mata dia tu...erk...
kemudian kami patah ke Rumah Melanau balik dan naik ke atas...nasib dia ada sediakan tangga biasa untuk pengunjung...kalo kena naik tangga batang pokok tu, harus aku tak naik!gayat hoih....kat atas tu takde apa sangat la...macam ada upacara apetah ikat reben warna-warni..layan jer laaa...
lepas tu kami meneruskan lagi perjalanan mengelilingi tasik...masa ni cuaca dah panas sangat dah....rengsa betul aku rasa...huhuhu dari jauh dah nampak lagiiii rumah yang tinggi!Rumah Orang Ulu katanya....terus memasing dah malas nak panjat tangga...hoho jadinya ambil gambar dari bawah je laaa....sambil tangan tak henti mengipas diri....
kemudian kami sampai di Rumah Penan...rumah ni macam kecil sikit...kat sini jumpa abang Penan yang cekci...malu aku nak ambil gambar...hehehe boleh cuba menyumpit kat sini...apa lagi, tak lepas peluang laa...bak kata perwira Penan, 'do not blow from your mouth, blow from your chest and stomach'...
dan kemudian sampai la kat tempat yang dinanti-nanti....Rumah Iban!rumah panjang okeh...tak sarawak laaa kalo takpi rumah panjang kan...hehehe kat rumah ni ada banyak bilik...kami masuk bilik orang sedang menenun...pastu kami jumpa orang berpakaian tradisional Iban, terus ajak bergambar bersama...rupanya diorang ni bakal buat persembahan nanti...masa ni aku tanya la kenapa ada bara api berasap dalam rumah tu...sekali dia cakap untuk asapkan tengkorak kat atas tu...erk?tengkorak?betol ke?dia cakap memang tengkorak betul...ada tengkorak manusia dan monyet...terus cuak okeh!cepat-cepat bergerak keluar!huhuhu
dan last sekali kami berjumpa dengan Rumah Bidayuh...nampak kena jalan jauh dan naik tinggi...terus jadi lagi malas....dah penat dan kepanasan melampau...jadinya tak koser nak mendaki tinggi-tinggi tu lagi...
dah abes pusing tasik dan ketujuh-tujuh rumah tradisional Sarawak, terus kami menuju ke teater untuk melihat pertunjukan budaya...kira ni klimaks bagi kunjungan ke cutural village ni laa...korang kalo ke sini, please take note masa bagi pertunjukan budaya adalah 11.30 pagi dan 4 petang...jadi sila plan masa anda ke sini berhampiran dengan masa pertunjukan budaya tu...rugi woo kalo tak pergi....sebabkan masa kami sampai ni teater tak buka lagi...jadi lepak jer la kitorang kat luar tu...ramai gak dah mula penuhi ruang depan pintu teater tu...
beberapa minit sebelum pukul 4 petang, baru laaa pintu teater dibuka...terus kami pun masuk...nasib dapat seat baik punya....tak lama tu bermula la persembahan tarian pelbagai jenis kaum...aku pun tak pasti kaum apa kan..just enjoy the performance la kan...ada juga lakonan oleh abam-abam cekci dengan sumpitnya...dijemput juga tetamu dari oversea join diorang sekali..last sekali diroang buat joget beramai-ramai kat atas pentas tu...nasib aku duk belakang, kalo tak konpem aku join sekaki...hehehe memang menghiburkan laaa persembahan kebudayaan ni...rugi kalo dah ke sini tapi tak masuk teater ni...dalam 45 minit juga la.berbaloi-baloi!
dah abes persembahan, sempat bergambar dengan abam cekci yang kelakar buat persembahan...tak abes-abes kata kitorang usha punggung dia...hahahaha!kelakar abes!dan lepas tu sempat la snap sikit gambar di luar teater sebelum kami bergerak meninggalkan Sarawak Cultural Village ni...sangat recommended tempat ni kalo korang ke Kuching!okey, perut dah lapar ni...jommm kita carik makan!

14 comments:

  1. saya suka p cultural village ni DJ...mcm2 rumah ada kan..? tiket tu mahal dah ya...p kuching best...blh makan2...aiii sedapnyerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la best kan sini...cuma panasss tu yg xtahan tuh...yup mahal kan tiket dia, nasib ada member tolong...

      Kuching mmg mkn best!

      Delete
  2. Ku lihat seorang dara pingitan berada di tingkap rumah Melayu tu... Keseluruhannya nampak menarik SCV ni tapi banyak yang dah agak uzur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha dara pingitan yg terhangat di pasaran tuh...hahaha!mmg mnarik en mie...tp xde la uzur pun, myb sbb buat rumah spt asal kot, mmg gitu okai kayu buruk kot...hehehe

      Delete
  3. Kalu datang Sarawak mesti hari2 nak menyedot Teh C tu... He He He... Gambo angkat bakol tu... Memang ada tokoh betul! He He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan.aku duk minum teh c jerr...hehehe tu model masuk bakul angkat sendiri.eh?

      Delete
  4. Ok nanti gi KK, masuk Sabah Cultural Village pula. Tarian bambu tu Kadazan pun ada gak, kitorang panggil Mogunatip. Ok ulat sagu tu buat aku terliur. Sekarang susah nak dapat wooo. Pasal asap tengkorak tu, memang betul. Tu kira aktiviti memuja beb. Diorang asapkan a.k.a bagi makan. So that roh tengkorak tu x kacau tuan. Gitula arwah Nenek aku pernah bagitau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup yg sabah pun nkpi gk nnti...aku kan pminat kebudayaan nih..hehehe

      Ko mkn gk ulat tu.sedap ker?ko mkn mentah ke masak?

      Haa ada gk diorg ckp psl tengkorak tu tengkorak musuh ape la.aku xphm sgt masa tu...hehe

      Delete
  5. macam maan rasa ulat sago tu....gemok2 pula

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. tu la memang best pun...boleh la terjah nanti mkl...hehehe

      Delete
  7. Macam mana nak dapat tiket murah tu... Hanya rm28... Ada rahsia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe rasanya xdpt dh kot harga tu sekarang ni...hehe

      Delete