Thursday, June 13, 2024

3 Days Cafe, Bandar Puteri Bangi

ada satu kafe unik kat Bandar Puteri ni...dia buka 3 hari je seminggu, Jumaat-Ahad...sesuai la dengan nama dia 3 Days Cafe...pastu style kat luar kedai, dan buka malam...tak sure siang buka tak sebab aku pi tu malam, dan dia susun kerusi kat parking kereta...abang aku la duk ajak makan sini sebab dia kata ada chicken pie yang sedap...so kita layan kan aje...sampai terus buat order dan bayar ya...menu dia western dan harga okay la berpatutan juga pada aku...
pergi reramai, makanya banyak la makanannya kan...satu persatu sampai, jenuh aku nak snap hahaha tapi air dia pada aku ceroi hahaha tawar je...tapi bagus la untuk kesihatan hahaha makanan dia konsep jalanan kan, so takde la proper presentation pun...dalam paper wrap tu je dia letak makanan dan pada aku okey je la makanan dia...spaghetti dia biasa je...tapi dengan harg RM12 tu aku takde la high expectation sangat hehehe pastu chicken pie, lamb chop, salmon dan steak pun sama pada aku ok dan biasa...takde la sedap gilaa...sesuai dengan harga dan gerai jalanan dia...harga affordable...tapi kalo dah makan sampai 10 orang tu, tak berapa afford gak la aku kan hahahaa...overall okay la...

No comments:

Post a Comment