Wednesday, December 19, 2018

Makanan Halal di 7 Eleven Thailand

last weekend aku pergi Hatyai dan Songkhla, Thailand dengan Asie...sepatutnya trip dengan Irma sekali, tapi sebabkan mak Irma baru meninggal dunia, so Irma tak nak pergi...so later aku akan cerita details la pasal trip ni...tapi buat sementara tu, aku nak share sikit information mengenai makanan Halal di 7 Eleven kat Thailand ni...hehehe selama ni kalo masuk 7E kat Thailand, aku layan beli seaweed, keropok dan mi segera yang halal...tapi lately banyak plak orang share pasal makanan halal yang sedap dalam 7E ni kan, so dalam trip kali ni sakannn aku masuk 7E beli makanan!hahaah dan yang paling utama aku nak share tips membeli ready-to-eat (RTE) food macam burger, sandwich, hotdog di 7 Eleven Thailand.

1. Bukan semua RTE food ni ada logo HALAL ye, so kena tengok betul-betul. Ada tu yang sama brand macam CP, tapi certain product ada Halal, certain tiada Halal kerana dihasilkan di kilang yang berbeza.
2. Ada 7E yang bagus, diorg memang asingkan Halal food dengan yang tidak Halal. Siap ada label besar tulis HALAL. So memudahkan kita nak membeli. Tapi kebanyakannya tak asingkan. So pepandai laa kita memilih, macam pilih jodoh. Eh.
3. Terdapat beberapa jenama popular yang menjual RTE food yang ada Halal seperti CP, 7 Eleven dan BKP...yang penting BACA LABEL! Jangan main bedal je ambil. 
4. Semua makanan RTE ni dipamerkan dalam chiller, so kita boleh request mereka panaskan dalam microwave supaya sedap sikit makan. Semua packaging RTE food ni memang microvable, so ok jer takde safety issue. Cumanya kena bayar dulu la, sebelum minta mereka panas kan.

Seriously so far 4 jenis RTE food yang aku cuba semuaaaa pun SEDAP!black pepper chicken steak tu dah macam GCB kat mcD kita tau, sedappp...harga pun murah...burger shrimp dan fish pun sedappp..eh semua lah sedapp...hahaha...pastu aku share tips ni kat group BBM dan MBC, ada yang pertikai pasal microwave yang digunakan bercampur dengan produk tak HALAL...ok good question, meh aku jawap berdasarkan pendapat aku...semua makanan tu dimasukkan dalam microwave bersama bungkusan dia, dia cuma potong sikit je hujung plastik tu untuk panaskan makanan...so takde la sampai merecik apa dalam tu kan...so insyaAllah tiada cross contamination berlaku...dan sekiranya anda masih meragui kehalalan nya, korang bawa balik je la makanan tu, panaskan sendiri...atauuu leh makan sejuk-sejuk gitu je...selamat...hahaha...dan aku dapat info dari komen orang di BBM yang 7E berhampiran ASEAN Night Market tu ada sediakan microwave yang berasingan untuk produk Halal...
selain dari RTE foods tu, ada banyak lagi makanan halal lain...antara yang menjadi kegilaan aku dan Asie masa trip ni haruslah kopi Arabus ni kan...ada perisa caramel, latte, mocha...sedap!susu Meiji tu pun famous juga...dan paling famous adalah susu teapot tuuu...hahaha siap ambil order bawa balik Malaysia tau...punya lah gigih!hahaha...coke with coffee tu pun not bad...hehehe...

10 comments:

  1. kenapa seven e kita tak menarik? hahaha

    ReplyDelete
  2. ehe betul2 banyak tu bawak balik yang Teapot tu.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Sama la akak pun ke hadyai kinggu lepas.kenapa tak jmpa ehh.

    ReplyDelete
  4. Yessss..akak pun masuk 7e cari susu pisang meiji.memang syiok la masuk 7e siam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tu la best sgt!xsabar tggu next trip to thailand lg. Hehe

      Delete
  5. Gambar last sekali tu, hasil borongan ko ke? Kenapalah xde 7E macam tu kat siniiii. Boleh aku lepak 7E je makan burger etc, xyah kena masak bagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah hasil tuaian la tu...hahaha xpyh kata kt korea, kt mesiaaaa pun nanhadooo...

      Delete