Thursday, February 15, 2018

Jahhet Fine Meat, Bandar Baru Bangi

baru-baru ni masa malam Sabtu, tinggal aku dengan Mak Abah je, so aku ajak diorang makan kat luar je...lama plak rasa tak bawa diorang makan best kan...so aku bawa diorang terjah Jahhet Fine Meat di Bandar Baru Bangi...dia terletak di belakang Bangi Gateway tu je...cuma jalan dia tersorok sikit la sebab banyak building kat situ tak berpenghuni lagi...
konsep kedai Jahhet Fine Meat ni macam Me'nate laaa...pilih daging dalam chiller, then dia masakkan...ada banyak pilihan daging Wagyu, Angus, Grain Fed, Lamb dan Salmon yang ada dalam chiller tu...pilih je laa nak yang mana sebab semua dah siap harga dalam tu...then pilih side dish apa, serta sos apa...kalo pilih makanan dari chiller ni, harga dah masuk sekali free flow drinks...
selain menu daging dalam chiller tu, ada banyak la menu lain yang boleh kita order di sini...ada starter, ada salad, ada spaghetti, sides dish, mussels dan juga sausages...bergetar rusuk aku menaip ni weh...hahaha lapar!lagi bila tengok lamb syabu tuuu...hahaha...staff kat Jahhet Fine Meat sangat bagus la melayan weh...satu satu dia explain...Abah aku asyik pujiii je...hehehe...
aku dan mak ambil Cappucino dan Abah amik teh tarik...sedap gila ok...aku suka!Abah dan Mak pun sukaaa...siap bertambah!then tak lama tu sampai laa Mushroom Soup With Garlic Bread (RM8) dan JAHHET Salad (RM16)...ok la both menu ni kan...aku la makan salad tu sampai nak muntah...hahaha banyak gila salad dia...konon acah-acah diet la ni...hahaha...
then sampai laaa Striploin Grain Fed Mak Abah yang berharga antara RM48.40 ke RM61.20...harga mengikut berat la kan...kami pilih cara masak medium well dengan sos black pepper...sedappppp gilaa weh daging diaa...lembut dan juicyyy...sos dia pun sedappp sangat!aku suka gilaaa....Abah aku yang cerewet dengan steak pun duk puji sedappp...then sampai pula Lamb Shabu (RM25) aku...pun sedappp...aku makan pakai tangan je weh...malas nak makan pakai garfu...senang nak ratah daging kambing yang sedap tuuu!nyummeh!overall semua orang happy makan malam tu...
sebabkan share gambar dalam group family, minggu depannya tu, Adik aku balik terusss ajak ke sini lagi...kali ni dia yang belanjaaa...so apa lagi, layan la memasing order...aku dah tak ingat harga berapa sebab orang bayar kan...tapi kami ambil Grain Fed dan Angus Striploin la malam tuu...then ada juga ambil lamb dannn Carbonara Mussel!semua daging macam biasa la sedap kannn...paling sedap yang Adik ambil la, Angus Striploin...harga pun dekat RM100 kann...hahaha pasrah!tapi Carbonara Mussel tu sedappp...aku suka...so aku bayangkan spaghetti dia pun mesti sedap, sebab sos dia ni sedap!next time nak kena datang lagi layan spaghetti dia pulak lah...hahaha burpppp Alhamdulillah... 

17 comments:

  1. macam menarik je..boleh la terjah nanti

    ReplyDelete
  2. wahhhh nampak sedap gilerrrrrrrrrrrr..

    ni yg rasa esok nak hasut yabang tiyenbi aka incek hubby makan kat sana nih..hahaha..cuti lama mereput jer dok umah....bosannnnnn

    ReplyDelete
  3. ni anak menantu arwah ustaz Haron Din punya restaurant...servis n kualiti food mmg terbaik...owner pon x berlagak....highly recommended...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke tak tau la plak...memang sedap dan staff dia friendly...

      Delete
  4. Sorry to say la tapi communication/service for this restaurant is very bad. Ive already booked a day before and then the next day diorang call cakap dah fully booked. And then i asked whether the Ala carte will be available after the buffet and they said yes. Lepas tu datang 8.30 cakap menu semua habis. Bukan nak cakap apa, sanggup berlapar dari buka puasa nak makan sini. No doubt la makanan dia sedap but they should fix their services dulu.

    ReplyDelete
  5. Jahhet fine meat kepunyaan anak Tuan Guru Haron Din. Kena pi makan ni.

    ReplyDelete
  6. Ada apa2 perbezaan tak kedai di Kg Pandan Vs Bangi?

    ReplyDelete
  7. Makanan dia mmg sdp tak dinafikan tapi servis dia x brp nk ok la. Tp still nk pi lg vila teringat steak dia yg sdp tu 😋

    ReplyDelete