Salam semuaaa...tak lambat lagi rasanya nak ucap Salam Kemerdekaan buat semuaaa...tak dan nak wish awal sebab aku baru balik dari Penang & Perak petang tadi...pastu melepek kepenatan sampai ke malam...hehehe tapi gigih nak juga buat post kemerdekaan....malam semalam aku tido kat rumah sue di Bandar Seri Iskandar, Perak...rumah baru diaaa....jadi malam semalam, aku dengan dia keluar ke Ipoh untuk celebrate merdeka katanyaaa...hehehe saje laa nak berjalan sebenarnya kan....almaklum last sambut merdeka ke new year nih aku rasa masa zaman belajar dulu....gigih sampai ke KLCC bersesak-sesak...hehehe
semalam kami dinner di Dubliner's Cafe dulu...aku akan cerita details trip kerja + santai ni nanti...lepak makan dan borak sampai 11 malam...kakak-kakak kertu dah lama tak celebrate merdeka, lupa plak pasal jalam akan jammed giler!makanya gigih laaa tersangkut dalam jammed lebih setengah jam walaupun jarak nak ke Stesyen KTMB Ipoh tak sampai 1 km...sobsss....tapi dah namanya rezeki, dapat juga menyelit kereta betul-betul depan stesyen tu...dekat 11.45 malam juga la baru sampai...fuhhh ramai giler orang...tapi takde celebration apa pun...sebab nak hormati MH370 dan MH17...kitorang just lepak tengok orang ramai bersantai....budak-budak muda duk main skateboard la....tepat jam 12 tengah malam, ada laa bunyi bunga api sikit-sikit...pastu nyanyi lagu Negaraku dan Merdeka...semua pun inisiatif sendiri orang kat situ...layan je laaa...tak lama pun lepak, dalam 12.15 pagi, kitorang pun gerak balik ke rumah sue semula... =D
pada 18 Ogos haritu pula, ada Majlis Kemerdekaan yang dirasmikan oleh YB PM kita...lokasi adalah di hadapan pejabat aku jer...iaitu Istana Kehakiman, Putrajaya...makanya ada laaa nama-nama paksa rela kena pergi kan...aku salah seorang yang terpilih untuk ke majlis ni..layan je laaa kan....meningkatkan semangat kemerdekaan sikit!sambil dengar ucapan YB PM serta menyanyi lagu Merdeka...memang meriah!
haaa gitu la kisah sambutan kemerdekaan aku buat tahun ni...dalam bergumbira, hati duk teringat juga pada mangsa dan keluarga MH17...sedikit demi sedikit jenazah yang dibawa pulang ke Malaysia...baki jenazah yang belum dikenalpasti dikatakan telah memasuki fasa sedikit sukar untuk pengecaman mayat...perlu bergantung kepada DNA test...Allahuakbar, semoga semua keluarga bertabah dan redho dengan dugaan ni...seluruh Malaysia mendoakan mereka....dan lately aku banyak dengar teori konspirasi pasal Malaysia yang menjadi sasaran pihak-pihak berkuasa besar dunia...jauh kat sudut hati, ada gerun juga....semoga Allah terus lindungi Malaysia, negara tercinta...semoga kita terus mengecap nikmat kemerdekaan ini dan tidak kembali dijajah seperti dulu kala....dan untuk diri sendiri, aku harap aku dapat merdeka kan diri aku dari sifat-sifat tak baik dalam diri aku nih....semoga aku akan menjadi insan yang lebih baik kelak...untuk korang semua juga, aku doakan semoga semuaaaaa MERDEKA!
Selamat Hari Medeka DJ...rupanya dah masuk 57 tahun kita MERDEKA kan..Alhamdulillah...kita boleh sambut dengan aman
ReplyDeleteSelamat Hari Merdeka gak JM!
DeleteMERDEKA terus MERDEKA
ReplyDeleteYe kak selamat MERDEKA!
DeleteLagi 12 hari royale trip. Haruslah semangat merdeka berkobar2, eh. Paling xleh tahan trip cherry blossom tu ha. Berdarah je mata.
ReplyDeletehahaha ko sibuk je la baca ticker aku tuh...kang aku baca ticker ko kangg...hahahaha royale trip masih tak study apa...hotel pun tak book...sbb kecuakan masa tu ada meeting besar...harap2 dpt lepas kan diri...huhuhu cherry blossom?ehem, sila jeles!
Delete