Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Negara: 22 Ogos 2014

pagi tadi, masuk kereta dengar radio menyebabkan hati dan jiwa meruntun jer....hari ini merupakan hari berkabung buat negara kita....hari 'kepulangan' jasad mereka yang terkorban dalam tragedi MH17 ke tanahair....Alhamdulillah semua jenazah daripada Amsterdam dah selamat sampai di KLIA pagi tadi...masa istiadat penghormatan jenazah dijalankan, aku tengah meeting...tapi sempat juga aku larikan diri kejap masa hujung-hujung istiadat nak selesai tu...ramai juga yang join sekali duk depan tv kat pejabat aku...sampai big boss pun datang join...siap suruh semua bertafakur selepas pintu van jenazah terakhir ditutup...sayunyaaa....sedihnyaa....kematian itu pasti...cuma kita sendiri tak tahu macam mana saat kita datang kelak...tapi dalam tragedi yang kita lihat ni, tersembunyi hikmah buat mangsaaa....bayangkan seluruh Malaysia bahkan dunia, mendoakan kesejahteraan mereka di sana, solat jenazah buat mereka...semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang yang beriman...Syurga buat mereka yang terkorban...
aku juga doakan semoga baki lagi mangsa MH17 dapat dicam dan dikebumi dengan segera...dan semoga keadilan buat mangsa-mangsa MH17 dapat ditegakkan kelak!Aminnn....dan takkan dilupa jugaaa...buat MH370....walau di mana juga ianya berada, semoga sentiasa di dalam rahmat Ilahi...permudahkanlah ya Allah urusan untuk mencari MH370...Aminnnn!

Isnin lepas aku join Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibarkan Jalur Gemilang bersama PM di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya....terdapat board memperingati MH370 dan MH17 di situ...aku tak lepas peluang memberikan sedikit kata buat keluarga mangsa...semoga mereka terus tabah!
mereka mungkin bukan ahli keluarga kita, bukan sahabat kita....tapi kita rakyat malaysia....sama-sama turut merasakan kesedihan daripada 2 tragedi ini...dan ianya turut melibatkan MAS yang selalu dekat di hati kita...dan yang paling memberi kesan kepada aku adalah kerana aku seorang yang agak kerap ke awan biru...walaupun bukan bersama MAS, tapi tetap memberi kesan yang mendalam...mati itu pasti...tak kira di atas darat, di tengah laut atau di awan biru...semoga Allah melindungi kita semua daripada segala mala petaka dan musibah....semoga diberikan kita pengakhiran yang husnul khatimah...Aminnn.....

4 comments:

  1. Alhamdulillah kerana jenazah mereka selamat tiba..sayu je bila tgk liputan langsung di TV..apabila keranda di bawa masuk ke van janazah..semoga mereka berada bersama orang-orang beriman di 'sana' amin...Af-Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la JM sebak je arini kan..huhu lg tgk gmbr anak2 mngsa...sedihnyaaa...huhu moga mereka ditempatkan di klgn yg beriman...

      Delete