hai koranggg hahaha lamanya aku menyepikan...ada lagi keee yang mencari-cari update di sini hahaha sorry la aku busy gilaaaaaa...ada beberapa dateline yang aku kena kejar haritu sampai tak cukup nafas aku rasa huhuhuhu dah tua-tua ni sampai tak tido malam aku tau...Alhamdulillah semua went well...now aku dah relaks sikit, so boleh laaa membuka blog ini semula...hehehe meh la kita hapdet albanyakkk post tertangguh hahaha...cerita birthday trip tahun lepas pun tak habis lagi kan...hahahaha...
Sambungan dari: Birthday Trip: Jakarta - Bandung Day 3
hari seterusnya di Bandung, kami ambil breakfast buffet di hotel jer harag Rp50,000 sorang...haa okay gak la banyak pilihan menu, much better dari makan kat restoran semalam...makan pun tenang-tenang sambil tunggu pak supir...hari ni dengan ipar dak Ayung sebab Ayung ada another group untuk dia entertain....layan...hari ni plannya kita nak explore Utara Bandung pula...ke arah Lembang...
Lembang ni tak sejauh Ciwidey semalam...dalam sejam lebih kot...dan tempat pertama kami terjah adalah Orchid Forest Cikole...konsep hari ni adalah bergambar sampai pengsan sebab semua tempat kita pi adalah tempat bergambar cantik-cantik hahahaa yang first ni seharusnya kawasan luas hutan pinus, ditambah dengan cuaca sejukkk...memang best!entrance fee masuk sini adalah Rp100,000 seorang, then kena bayar untuk kereta Rp30,000...layan je laaa gambar ya...kawasan luas, dari pintu masuk kita akan jalan macam menurun ke bawah...banyak tempat cantik untuk bergambar, kami nak singgah makan di Golden Pine, cafe dalam tu yang viral...tapi kemain panjang waiting list dia, so kita gamble je letak nama, then nanti kita patah balik laaa...sebab kat bawah tu nanti ada buggy leh hantar kita ke atas semula...kalo jalan kaki, tak koser aku nak mendaki semula hahaha...
masa kami sampai semula ke kafe tu, nama kami dah terlepas...Sue memula tengok dah givap...eh sib baik aku pi tanya hahaha dia kata boleh lagi masuk walaupun baru terlepas hahahah Alhamdulillahhh...so terus Sue amik meja, aku beratur order makanan...layan kopi dan desserts je la kat sini, saje gatal nak bergambar je kat kafe viral hahahaha...lawa laa bunga-bunga chenta penuh dalam tuuu hehehe....
dari Orchid Forest kami ke The Lodge Maribaya pulaa...kat sini entrance fee dia leh tunjuk tiket train Whoosh je, dia bagi percuma nanti...lawa la sini dengan background hutan pinus dia tu...nak turun bawah tu kena naik cable car, cantikk...tapinya kat bawah tu, semuaaa aktivitas dia kena bayar hahaha tapi aktiviti dia semua bergambar je laaa...naik hot air balloon je, naik swing ke...nak naik semua kena bayar, nak beli gambar dia pun kena bayar juga hahaha bertabah laa kan demi sekeping gambar untuk instagram hahahaha aku layan la sekeping naik swing...tu pun mula takuttt sebab nampak halus je tali, tapi bila tengok gambar Sue cantik, eh takleh jadi ni hahahaha
pergi dua tempat je pun tapi sebab besar makanya sampai petang gak la...pastu plak macet weh sebabnya kat sini pun cuti umum rupanya, Maulidurrasul tak silap aku huhuhu dan akhir sekali di Ciwidey kami singgah di Dusun Bambu untuk very late lunch...kat sini ingat boleh guna gak tiket train Whoosh, sekali takleh sebab tiket tu untuk balik ke Jakarta, dia kena guna tiket yang dah guna or lepas laa...huhuhu so kena la bayar Rp30,000 seorang...layan...kat dalam ni cantik dan besar gak, tapi malas dah nak explore, lapar..
so kami decided untuk ke Purbasari, salah satu restoran yang ada dalam ni...terletak di keliling sebuah danau indah...masa tu dah nak senja...view dia masyaAllah cantikkk sangat!siap ada band petang tu, layan...kami makan menu indonesia kat situ, harga dia memang mahal sikit la hahahaha semua kami makan tu harga Rp400,000...tapi nasib baik sedap!hahaha harga sesuai view laaa...memang layan makan sejuk-sejuk tu hehehe...best!
dan sebelum pulang leh pi claim air panas, aiskrim dan pokok bamboo kat sini hehehe kita layan kopi dan aiskrim je la...pokok bamboo malas nak semak beg hahahahaah...dan lepas tu kita masuk kereta menghadap jem gilaaaa nak sampai semula ke Kota Bandung...weh level jem dia, level hazebedah tau tak...gila lah tak gerak langsung tu huhuhu
sampai di Kota, kami ke Kartika Sari sekali lagi...kali ni nak membeli terus mana yang perlu hahaha apa lagi penuh la sekotak memasing dengan pelbagai jenis brownies dan dessert famous hahaha belikan juga untuk member yang tak dapat join sekali trip kali ni sebab demam tuuu hahahaha...baru tau masa ni Kartika Sari ada servis percuma bungkus dalam kotak yaaa...herlok senang nak pegang...
dan last sekali sebelum balik bilik kami je Jalan Braga...yaa ampun penuh gilaaaa manusia...meriah!aku sampai blur sebab tak tau sini ada apa...Sue yang nakpi sebab nakpi cari dinding yang ada kata-kata indah tuu hahahaha layan je la, yang aku nak bergambar ngan setan hahaha banyak gila setan kat sini memalam weh!hahahah comel je setan-setannya...tapi bukan percuma ya kena bayar seikhlas hati!hahahahaha...ok bai!
Cantiknya cafe tu. Seronok jalan2.
ReplyDelete