Friday, December 4, 2020

Rumah Makan Sri Muallim, Tanjung Malim

aku selalukan kalo ke Tanjung Malim mesti pi makan Pau Yik Mun je, sampai tak sedar seberang jalan Pau Yik Mun tu ada satu lagi kedai makan yang wajib singgah kalo ke Tanjung Malim ni iaitu Rumah Makan Sri Muallim!haaa rumah lama berusia lebih 100 tahun ni telah diubah menjadi kedai makan 2 tingkat dengan lauk pauk kampung yang menarik...haa jom ikut aku terjah sini...hehehe...
kat sini kita leh pilih nak makan kat dalam rumah belah atas atau bawah atau duk di luar je...berdekatan dengan lauk pauk yang banyak gilaaa ni...serious banyak gila sampai tak mampu nak snap satu satu makanan yang ada...masa kami sampai ni diorang baru buka, so memang banyak bekas makanan yang masih kosong lagi, tapi tu pun dah bikin kami rambang mata tau nak makan apa...hahahah seriously semua nampak menarik...dari ulam, sambal, lauk pauk pelbagai jenis...haish...haa kat sini leh pilih la nak makan nasi campur terus atau hidang...nanti dia bagi pinggan kat kita...pinggan plak ada je pinggan plastik zaman skang ni or pinggan kaca bunga zaman dulu...haruslahhhh kami nak makan berhidang guna pinggan kaca bunga kan...hehehe...so selesai pilih lauk, nanti dia akan letak dalam dulang dan bawa ke meja kita...
kelebihan datang awal ni leh la pilih mana nak duduk kan...so sebab suka bergambar kami decided nak makan di atas...walaupun berdua tetappp pilih bilik dengan meja rendah tauuu...hahahah cantik kat atas ni, teringat rumah arwah moyang aku di Taiping dulu...ala ala gini gak laaa...cantik...suka aku dengan rumah lama macam ni...hehehee...so sakan la ambil gambar sana sini kan...
bila adik tu naik hantar makanan kami, sakan laa kami bergambar dulu kan...suh adik tu tolong ambilkan gambar, ambil gambar flatlay...ya ampun nasib takde orang tengok perangai dua perempuan ni...tapi aku suka laa setting dia ni...cantik dan klasik gitu tauuu...siap dengan alas dan kipas lama atas meja...pinggan lama lagi, dalam dulang lagi...cantik!heheheheh....
ok jom tengok menu yang kami makan...kami ambil udang masak cili api yang freshhhh, sambal kentang yang sedap sangat, ayam masak kicap yang sedap, sambal belacan pun sedap, rendang tok yang lembut gila dan marvelous serta sayuran ulam...ya ampun semua pun sedappp...ingatkan tak habis, sekali habis wehhhh sebab sedap sedap makanan dia...dua perempuan yang konon diet amik nasi satu je share, sekali nasi macam tak cukup hahahaha...meratah lauk je la kan...overall aku rasa makanan kat sini sedap, kena dengan tekak aku...dan total kami makan adalah dalam RM50...aku rasa ok je laaa ada udang, ayam dan daging kan...so apa lagi guys, kalo lalu Tanjung Malim tu, boleh laaa cuba makan di sini ya!

6 comments:

  1. Sebelum PKP dulu selalu jugak gi tanjung malim. Duk lalu lalang depan rumah ni tp, duk pandang sepi je. Sebab ingatkan rumah org 😂. Ade satu haritu kitorg tetiba tergerak hati nak tgk asal rumah ni selalu bnyak kereta. Rupenye kedai makan daaaa..hahaha. and yes, makanan dia semua sedap².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kannn xpnh perasan pun sbb biasa terus pi yikmun je...skali sedap rupanya makanna dia plus byk gilaaa pilihan!

      Delete
  2. Replies
    1. Haah kna duk dlm baru feeling. Duk luar biashe biashe jeee

      Delete
  3. Besar sangat restorannya yaa.. Ramai kah Dj orang yg makan kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah besar. Ramai masa kami sampai xde sgt sbb br buka 10 pg. Masa balik tu turun penuh dah orang...

      Delete