Friday, July 19, 2013

Daebak! Warga Emas buat roadtrip to Mekah!

fuhh banyak plak lately cerita psl orang2 yg buat roadtrip melalui benua2 di dunia...perjalanan yg memakan masa berbulan2, merentasi berpuluh2 sempadan negara...kalo sblum ni aku tertarik dgn cerita ByRoadToMalaysia dlm post sebelum ni, now lagi tertarik2 dgn cerita 2 org warga emas, berusia 70 thn!sedang dlm perjalanan dari Malaysia menuju ke Mekah Al-Mukarramah!fuhhh...diorg naik pajero yg dah berusia 16tahun...MasyaAllah...semoga mereka berdua dilindungi dan dirahmati Allah di sepanjang perjalanan pergi dan balik...Amin....really inspiring la kan diorg ni...semangat btol...if nak follow cerita uncle & aunty yg baru gerak smlm or kelmarin ni...tak sure sgt....leh follow FB anak dia...Kamarul Azwan....aku copy paste artikel dari Online Portal-Wanista yg ditulis oleh Aida Sue ni....

Inspirasi : Ekspedisi Pasangan Warga Emas Menaiki Kereta 4WD Dari Malaysia Menuju Ke Mekah ~ Oleh Aida Sue
Kita selalu mendengar ekspedisi pengembaraan manusia yang menjelajah ke serata benua dengan menaiki pelbagai kenderaan dan ada yang berjalan kaki. Tetapi berita mengenai pengembaraan oleh warga emas yang berumur 70 tahun jarang kita dengar. Apa yang saya ingin kongsikan adalah kisah inspirasi pasangan ibu bapa kawan saya, Kamarul Azwan, yang juga merupakan bekas pemain boling negara, yang baru sahaja memulakan pengembaraan mereka dari Malaysia menuju ke Arab Saudi dengan menggunakan kenderaan Pajero 4WD yang sudah pun berusia 16 tahun! 

Encik Kamarul Zaman Abd Rahman dan isterinya Puan Kamsiah yang kedua-duanya berumur 70an telah memulakan pengembaraan Sabtu lepas pada pukul 8.30 pagi tadi dan mereka memang dari dulu ingin mengembara dan pengembaraan mereka menggunakan jalan darat yang bakal melalui Thailand, Laos, Vietnam, China,  Tajikistan , Uzbekistan , Turkmenistan , Iran , Iraq , Kuwait , dan seterusnya Arab Saudi. Pasangan ini berharap agar mereka sampai ke Shanghai atau Xi’an di China untuk menyambut Hari Raya dan sampai di Jeddah dan Mekah sekitar bulan Oktober depan untuk menunaikan ibadah Haji.

Menurut Kamarul Azwan lagi, ibu bapanya kini sudah selamat tiba di Songkla, Thailand dan akan menyambung perjalanan mereka pada keesokkan hari menuju ke Bangkok. Encik Kamarul Zaman juga telah membeli nombor telefon Thailand supaya mudah untuk menghubungi ahli keluarga mereka dan menggunakan perkhidmatan internet untuk memuatnaik gambar sepanjang perjalanan mereka ke Mekah di laman Facebook.

Bagi anda yang ingin mengikuti kisah perjalanan pasangan ini, anda boleh lawati lamanFacebook Kamarul Azwan, sebarang bantuan kewangan mahupun apa-apa sahaja, anda boleh mesej mereka di alamat emel : k.azwan@ohsem.net

Kami doakan perjalanan Encik Kamarul Zaman Abd Rahman dan isterinya Puan Kamsiah dipermudahkan Allah swt dan supaya hasrat pasangan ini menunaikan ibadah Haji di Mekah terlaksana. Semoga kisah ini menjadi inspirasi pada anda di luar sana! Umur bukan penghalang untuk anda capai apa yang anda inginkan kerana yang penting anda berani mengejar impian anda.

4 comments:

  1. JM pun kagum denga mereka..umur 70 tahun..masih sihat walafiat..Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..dalam masa org lain mudah naik flight je pi buat haji, diorg pilih jalan ini....moga dipermudahkan urusan mereka..Amin..

      Delete
  2. I've read about this too! Semoga Allah s.w.t permudahkan perjalanan mereka. InsyaAllah. Impress sangat2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....tu la sgt2 kagum...yg muda ni pun belum tentu semangat mcm tu sekali...

      Delete