Wednesday, March 8, 2017

Food Tech Trip: Alor Setar, Kedah

pada November 2015, hehehe aku ada mesyuarat cawangan kat Alor Setar, Kedah...so ramai la kan kawan-kawan seprofesion yang memeriahkan mesyuarat yang diadakan di Holiday Villa Hotel, Alor Setar...masa ni konon-konon fit lagi, so 1st time pi mesyuarat bawa baju sukan dan kasut tau...hahaha gigih beriadah!
dah nama pun Food Technologist kan, so dalam mesyaurat kali ni siap ada lawatan ke kilang ayam!aku 1st time pergi kilang ayam ni...tapi yang berskala kecil la...tapi ok jer untuk gain knowledge kan...sambil jumpa kawan-kawan yang dah lamaaa tak jumpa...
selesai jer meeting pada tengahari Khamis, terusss geng-geng ibupejabat bersiap nak balik ke rumah...dah plan awal ada yang naik flight, ada yang naik kereta...aku pergi naik flight tapi balik naik kereta dengan Irma, Asie dan Zu!haaaaa nama jer nak balik kan, tapi haruslah banyak persinggahan dalam kepala ni...orang lain, naik kereta dari Alor Setar ke Putrajaya makan masa dalam 5-6 jam jer...tapi kitorang sampai 3 hari 2 malam kauu nak sampai Putrajaya...hahahaha...pertama sekali, dah selesai check out, kitorang terjah Pekan Rabu dulu...rupanya dah berpindah tempat ke kompleks yang baru dan lebih cantik...layan laa tengok dalam dan luar kompleks...benda wajib beli adalah ikan pekasam!hehehe...
dari Pekan Rabu kami menuju ke Muzium Padi yang terletak di Gunung Keriang, dalam 8 km dari Bandar Alor Setar...bentuk bangunan muzium ni dikatakan inspirasi daripada gemai padi...aku pun tak pasti gemai padi tu macam mana, tapi aku suka bangunan ni, nampak lain...bangunan warna keemasan padi, dihiasi plak dengan bukit batu kat belakang dia tu, iaitu Gunung Keriang...memang cantik!
sebanyak RM5 bayaran dikenakan untuk dewasa masuk ke dalam Muzium Padi ni...kalo kanak-kanak dan pelajar sekolah, cuma RM2 sahaja...murah sangatlah....masuk je dalam muzium ni, kitorang terus menuju ke Puncak Gunung Keriang...eh replika je laaa...naik 59 anak tangga menuju ke Aras 3...
rupanya kat atas ni, ada mural mengenai panorama dari atas Gunung Keriang zaman dolu kala...cantik weh pada aku lukisan ni yang menggambarkan perkampungan tradisional dan sawah padi yang luas terbentang saujana mata memandang...memang keliling 360 darjah lukisan tu...hehehe...cantik dan mengasyikkan!mural ni dikatakan yang terbesr dan tercantik di Malaysia...dan platform tempat kita berdiri tu berpusing secara perlahan-lahan...so duk lepak tak gerak pun leh layan view...
habis melayan perasaan di atas 'Puncak Gunung Keriang' tu kitorang pun turun ke Aras 2 untuk melayan informasi yang ada mengenai padi di Malaysia dan luar negara...banyak maklumat yang diperolehi dan dibincangkan masa ni...almaklum semua food technologist kan...seharusnya muzium berkaitan makanan serta jalan-jalan cari makan menjadi agenda trip kali ini...hahaha...
then kitorang turun ke Aras 1 di mana terdapat maklumat mengenai sejarah penanaman padi di Kedah dan banyak lagi informasi mengenai variati padi, peralatan pesawahan yang tradisional, tempat membanting padi dan macam-macam lagi lah...hehehe
dan kat Aras 1 ni juga ada Kedai Cenderahati...haaa leh la nak carik souvenir tu...adalaaa diorang jual fridge magnet, makanan ringan, baju, buku, mug, kraftangan dan sebagainyaaa...aku takde beli apa pun, usha-usha gitu jer...hehehe
dan lepas melawat Muzium Padi, kami pun terus bergerak ke destinasi seterusnyaaa...tapi dalam perjalanan, sempat laaa singgah minum petang di Sungai Dua, Pulau Pinang...mana lagi kalo tak ke Medan Selera Sri Tambang!nak melayan mee dan nasi goreng udang!tapi kali ni pesal tah, rasa kurang umpphhh mee goreng dia...tukang masak lain gamaknyaaa...hehehe
perut dah kenyang, ayuhh kita meneruskan perjalanan menuju ke destinasi berikutnyaaaa iaitu Taiping, Perak!malam pertama kami akan bermalam di sini...terasa jauh plak nak balik terus Putrajaya terus kan...hehehe ye lah tu, yang sebenarnya gatal kaki sangat nak berjalan...hahaha!

Wednesday, March 1, 2017

Nasi Kandar Lawood & Go Lokal Cafe, Suria Mall, Putrajaya

siapa pernah dengar nama Suria Mall?haaa ni mall baru tau kat Presint 3, Putrajaya...dia sama bangunan dengan Dorsett Putrajaya dan Pasaraya Hero...baru-baru ni aku pergi terjah Suria Mall ni untuk lunch...so sempat laaa melayan 2 kedai kat sana iaitu Nasi Kandar Lawood dan Go Lokal Cafe...

memula sekali kitorang terjah Nasi Kandar Lawood laaa sebab dah kelaparan kan waktu lunch...Nasi Kandar Lawood ni asalnya dibuka di Nilai, aku dah pernah terjah dulu...so bila dibuka di Putrajaya ni, haruslah menerjah juga kan...hehehe masuk-masuk je disambut mesra oleh staff kat situ...terus pi usha lauk...sekali staff dia cakap, leh duduk dulu...nanti diorang bagi menu untuk order....
terus kitorang pi carik meja...masa ni tak ramai orang lagi...banyak je tempat kosong...besar dan luas juga laaa kedai ni, selesa nak lepak...duduk je terus dapat menu...haaa ada Set Ayam dan Kuah kari Kaw uols kat sini...leh pilih Set Ayam Separuh kalo nak ayam goreng potongan 1/8 (RM7.50) atau Set Ayam Penuh untuk ayam goreng potongan 1/4 (RM10.50)...set didatangkan juga dengan kuah kari, sayur, papadom dan nasi putih...dan selain itu ada banyakkk menu untuk add on...kalo di Nilai tu yang famousnya telur ikan dia...
tidak lama menanti, makanan kami pun sampai...masing-masing ambil Set Ayam Separuh...lepas tu kitorang tambah telur masin dan Daging Hitam (RM6.50)...rasa dia?haaa sedaplaaa lagi makan pakai tangan dengan kuah banjir...kuah kari dia tu pekat likat...dalam dia tu ada kuah hitam...sedap la kari ni sebab dia kuat berempah dan pedasss...aku suka...ayam goreng pun ok...cuma aku turn off sikit kat sayur sebab aku rasa masam sangat acar dia tu...hehehe dannn daging hitam tu pun ok sebab daging dia lembut!
dah kenyang makan nasi, kitorang nak cari dessert plak kat Go Lokal Cafe...hehehe nak makan cendol durian!kat sini ada jual makanan macam mi rebus, mi kari semua tu...tapi kitorang dah kenyang so nak layan cendol jer...harga cendol asli kat sini cuma RM3...tapi kita leh add on pelbagai benda dengan tambahan harga di antara RM0.50 - RM3 sahaja...
dan akhirnya bertemu juga aku dengan cendol yang diviralkan di media sosial nih...hehehe pada tekak aku sedap jer cendol durian ni...aku siap tambah pulut tau...tamak punya pasal...masa ni makan ngan Wani, dia ambil jagung...pun dia cakap sedap...tak terlalu manis, gula merah tu pun just nice...durian dia pun sedap tak kuat sangat pada aku...hehehe...tapi tetap takleh lawan Durian King TTDI la...tapi still ok untuk aku...
dan sehari selepas pergi dengan Syahnaz dan Wani, aku bawa pula Ab, Mrs dan Dzuli makan kat sini...duk layan cendol durian, tapi Ab dan Mrs kata biasa jer...hehehe ye lah tekak orang lain-lain kan...maybe tekak mereka tekak maksum. eh. hahahaha tapi masa lepak ni, kitorang try makan Baked Macaroni (RM8)...eh sedap laaa pulakk...dari ambil satu, bertambah lagi satu...nyum nyum...
lepas makan kat Go Lokal ni, kitorang solat Maghrib dan nak pi dinner di Dengkil...ntah mana silapnya aku rasa tak selesa gila dalam perut dan tekak...sampai la kat Dengkil...rasa berangin satu badan...sakit kepala memulas-mulas...letak minyak cap kapak abes sekepala dan leher...makanan dah sampai pun takleh nak telan...bebudak ni suh aku pi muntah, tapi percaya tak, seumur hidup aku tak pernah muntah...aku tak reti camne nak muntah...huhuhu lepas jamah seketul ayam kecil, aku terus bangun...takleh jadi ni, diorang sedap-sedap makan, aku takleh nak telan makanan...haaa masuk toilet kedai tu yang sedikit hazab rupa paras dan baunya, aku tunduk kat toilet bowl, memula duk mual-mual...sekali kauuu 4 kali aku muntah...omg!first time weh aku muntah...tak tau la nak happy ke nak sadis masa ni...hahahaha tapi yang penting lepas muntah tu baru aku rasa legaaa...lepas tu baru leh makan sikit dan sembang sakan balik...aku telan juga air masam untuk hilangkan rasa pahit tekak...cumanya aku pelik kenapa jadi macam ni...tapi aku memang pening kepala dari tengahari sebab pi kubur, duk bawah panas terik matahari...so tak tau la, sampai skang pikir scientific explanation kenapa semua ini terjadi...tapi gagal menemui jawapan...hahaha eh panjang plak cerita pasal muntah...hahahaha...