lepas kali pertama ke Mentakab pada pertengahan ke almost penghujung Januari, pada 8 Feb aku ke Mentakab lagi...kali ni bawa almost half sample yang dah aku extract...penat woo kerja seminggu pagi ke petang ni...kali lepas aku gerak dari rumah sehari sebelum masuk lab, tapi kali ni bijak sikit sebab rupanya tak jauh mana pun Mentakab tu, so kalo tak solat tu, sebelum Subuh dah leh gerak...2 jam lebih sikit dah sampai daaa...cuma gelap sikit la kat Karak tu nanti...
sebabkan macam awal sangat sampainya, makanya aku santai singgah breakfast...masa ni duk berkira-kira nak berhenti kedai mana sebab majoriti kedai penuh pakcik-pakcik balik surau melepak...segan la kita kan hahaha baru ku sedar perangai extrovert makan kedai sensorang tu jadi insecure gak bila masuk kampung ni bahahaha...pastu kan cuak, sebab kedai ni takleh guna QR code!aku dah la takde cash sangat hahahaha fuh sib baik tak mahal, ada la saki baki duit dalam beg duit aku yang dah lama aku tak buka tu hahaha...
dan sampai Mentakab dalam jam 9 pagi, terus laa kita run sample guna instrument di sanaa...masa awal ni takleh nak tengok lagi la kan...tapi nampak peak keluar tu kira okay dah la pada aku...masa ni pengalaman dan pengetahuan pasal analisis kurang sangat-sangat...hehehe tapi Alhamdulillah makin lama makin banyak belajar, walaupun tak pandai mana tapi ada sikit laaa penambahannya berbanding dulu hehehe
dan tengahari tu aku dengan geng-geng makmal keluar lunch di Lina Nasi Kukus...bak kata Farah, haa duk Mentakab ni takde la nak makan kafe-kafe hipster Dayah macam kat Putrajaya sana...hahahaha yeee tau, aku masuk kandang kambing ngembek ok hahahaha...tapi sedap je makanan sini, sambal dia power!TQ Nor belanja lunch tuuu...
dan petang tu Khuzma suruh aku balik awal je sebabnya penat aku gerak awal pagi kan...plus sample tu kitorang run je semua, so akan ambil masa semalaman...so lepas dah inject dan monitor okay tu, boleh tinggalkan aje laaa...dan aku gerak balik tu, aku ke Temerloh...malas nak stay di Mentakab sebab takde apa sangat...tak jauh pun dalam 15 km je...sampai Temerloh aku tak check in lagi, aku saje pusing-pusing kat bandar dia...last time pergi takdan usha...sempat la singgah pasar malam baru nak buka masa tu...
then aku check in hotel aku stay sebelum ni juga iaitu Merrinton Hotel...dan malam tu Khuzma ambil aku di hotel dan singgah ambil Nor sebelum kami ke Nasi Lemak Dendeng...masa ni kecoh pasal dendeng Khairulaming tu, aku komplen kat FB, sekali Nor komen kata nanti datang Mentakab dia bawa makan nasi lemak dendeng hahahaha sedapppp!aku suka...cumanya tak pedas sangat...kalo lagi pedas, lagi sedap aku rasa...hahahaa tapi baru la cuba makan nasi lemak dengan dendeng...
dan esoknya aku singgah sarapan di mamak berhampiran hotel dan terus ke makmal di Mentakab...lepas tu tengok sample dah habis run dan tiba lah masa integrate semua data tuuu...lama gak aku menung sebab macam tak best hahaha masa ni aku tak tau nak explain perasaan tapi aku rasa something wrong with the results...susah hati juga laa aku masa ni sebab ko dah la tak pandai, pastu macam block kepala tak reti nak fikir apa hahaha tapi takpela, lepas diskus apa patut dengan Khuzma, aku decided untuk balik dan diskus dengan SV aku dulu...aku nak study dulu data dan getback pada dia...sebelum balik, diorang bawa aku lunch di Podo Roso...sedap betul ikan bakar dia...tapi masa ni jiwa aku macam kosong, semua rasa tawar hahahaa...serabut rasa kepala sepanjang perjalanan pulang tuuu hahaha tu sempat singgah ajak Sinah makan Sureephorn Sureephorn tu kasik tenang jiwa sikit hahaha...
No comments:
Post a Comment