sebelum aku sambung cerita aku ke Sri Lanka, aku nak cerita dulu perihal aku kena staycation di Hospital Pengajar UPM minggu lepas...hehehe so sebelum tu meh kita throwback, kronologi cemana boleh sampai staycation kat hospital tu hahahaa...pada 2 Jun 2023 (Jumaat), dua hari selepas aku dapat soalan untuk written CE...CE adalah comprehensive examination, salah satu syarat bergraduat aku...so untuk written ni, kami diberi soalan oleh supervisory committee untuk dijawab dalam masa 14 hari...so bayangkan hari ketiga dapat soalan, di pagi yang hening aku bergegas ke fakulti, dan masa nak naik tangga, aku terpijak jubah, dan tangan tengah pegang handphone, makanya instead of aku cuba bertahan tak jatuh tu dengan tapak tangan, jari kelinking aku yang tengah bengkok pegang phone yang landing dulu...lepas je kejadian tu, terus jari aku bengkok!masa ni aku bayang muscle snap je laaa...so aku buat dek je sebab takde la sakit sangat...masuk kelas dengar presentation member...
lepas 1 presentation, aku tengok jari aku dah biru, kat atas tempat bengkok tu...so aku pun keluar dan terus ke postgrad room aku, nak rendam ais la kononnya...bebudak ni tengok, terus diorang cari first aid dan balut jari aku...masa ni agaknya ketat kot, aku rasa sakit...so dah nervous la kan, bebudak ni suggest pi PKU...aku ni memula rasa mesti lambat, nak cari klinik swasta je...tapi diorang insist pi PKU, so sebab tak pernah pi, aku pun okay la...
wah bagus gak sini siap ada xray semua...so Dr xray kata dia tak nampak patah, tapi dia pasangkan je macam papan dan balut jari kelingking beserta jari manis di sebelahnya sekali...dan dia kata nak jumpa lagi 2 minggu, sebab tulang ni amik masa lama baru nampak if pape...haaa masa ni aku dah pasrah je, macam nak buat CE macam ni kan...huhuhu so petang tu aku siap-siap maklumkan pihak fakulti dna SV aku...diorang bagi je extend date penghantaran...Alhamdulillah...
sebab kan Sabtu, Ahad dan Isnin lepas tu cuti, aku memang takde la tengok CE tu...lagi aku baru nak adapt dengan limited jari kanan kan...ada tiga je leh guna...macam tak selesa juga laaa...tapi masuk Selasa tu, aku paksa diri pergi ke library untuk tengok semula soalan-soalan CE aku...slowly aku mula buat...aku taknak ambil kesempatan leh hantar lambat tu, aku tetap nak habiskan dalam masa 14 hari...gitu la niat aku...masa awal tu bila slow progress aku down juga huhuhu masuk seminggu jari berbalut, aku rasa tak selesa dan geli, so Jumaat seterusnya pada 9 June, aku ke PKU balik minta tukar balutan...bila buka je aku rasa nak muntah tengok tangan sendiri...kembang weh, sikit lagi nak berkulat je aku rasa...bau dia punnn huhuhu...busuk gila...nasib baik weh aku datang ni huhuhu ye la 1st time takde pengalaman kan...ingat takleh tukar langsung huhuhu....
masa nak buat dressing tu, aku maklumkan aku rasa susah nak menaip dan buat kerja bila dua jari tu berbalut sekali...makanya diorang tukar balutan tak berkain dan cuma pada satu jari je...haa siap bagi selotep extra, so aku boleh cuci sendiri sesekali..cuma dia pesan jangan kerap sangat buka sebab nak immobilised kan jari tuu...lega sangat masa ni sebab dah boleh gerak 4 jari kan...lebih mudah nak buat kerja...nak main handphone masa memandu pun boleh hahaha oh lupa nak cakap, sepanjang berbalut ni aku takde rasa sakit pun sebenarnya...cuma kalo tak letak kayu tu, jari aku auto bengkok...
dan Alhamduillah pada Sabtu, 17 June 2023, aku selesai menjawab written CE aku dengan jayanya...walaupun payah dimulanya, tapi Alhamdulillah Allah bagi aku kekuatan nak siapkan dan tak jadikan kekangan jari ni sebagai alasan untuk menangguhkan CE aku...syukur sangat walaupun 2 minggu ni memang aku memeram je duk library atau lepak Starbucks buat kerja...cabaran tangan injured semasa nak siapkan written CE ni akan aku kenang sampai bila-bila...syukur sangat bila dengan SV sebut dah tengok jawapan CE aku dan bagus!Alhamdulillah...
dan sepatutnya lepas 2 minggu, aku jumpa semula Dr di PKU pada 16 June, tapi dia bercuti pula, jadi tangguh jumpa pada 21 June...kiranya dah 2 minggu lebih dari kali pertama jatuh...masa ni dia xray sekali lagi, dan katanya dia taknampak patah pun pada jari aku, tapi dia pelik jari aku masih lebam walaupun aku tak rasa sakit...dan ianya masih bengkok...makanya dia pun buatlaa reference letter untuk aku ke Klinik Ortopedik di HP UPM...dia dah pesan kata UPM tak tanggung perubatan di hospital...nasib baik la aku ni pegawai kerajaan dan ada GL...nurse di PKU pesan terus pergi hari ni je HP UPM tu sebab nak cepat dapatkan date appointment, takut lambat dapat nanti teruk plak jari...so aku terus ke HP UPM dari PKU tu dengan tujuan nak dapat kan tarikh appointment jumpa Dr pakar...
sampai di HP UPM, aku first time sampai sini, dekat belakang Hospital Serdang je, dan lebih dekat ke UPM...parking sangat lah mudah yaa...terus dekat dengan lobi, dan Klinik Ortopedik plak memang kat belah luar je, sebelah lobi...so senang nak ke situ...aku ni kan pertama kali nak ke hospital gini, tak reti gak hahaha so aku ke depan klinik tu, dan tanya pada staff di situ...dia minta surat, dan suruh aku tunggu di dalam...tak lama tu ada nurse panggil aku, dia maklumkan ada Dr oncall akan datang tengok aku nanti, baru dia leh bagi date appointment...so aku pun okay je la, tungguu...masa ni berdebar gak sebab kawan aku cakap Dr kat sini muda dan handsome...hahaha adakan yang handsome akan attend aku sebentar lagi? hehehe...
dan tak lama aku tunggu, sampai seorang Dr yang segak dan handsome sungguh!Dr Afiq namanya...walaupun dia pakai mask, memang dapat rasa aura handsome dia...terus dia tengok tangan aku kat luar tu je, then tanggalkan kayu kat tangan tu...then dia cakap nak xray jari aku...aku cakap la aku ada bawak CD xray, PKU bagi tadi...dia kata dia nak tengok kat sini...okay la...masuk bilik xray kecil yang ada di klinik tu...lembut je dia melayan patient, siap pakai kan baju besi tu untuk aku, duk say sorry sebab takut aku sakit...gituu kan hahaha dia xray tangan aku siap gerak-gerak kan tangan, kiranya dengan dia sekali exposed pada sinaran tu...pastu dia suruh tunggu luar, tak lama tu dia datang semula dengan Prof Mano keluar dari bilik rawatan terus datang ke aku...Prof Mano belek tangan aku, Dr Afiq tadi tunjuk video xray aku, terus aku dengar perkataan operate, OT, warded blaa...blaa...blaaa...okay masa ni hilang kecomelan Dr Afiq tadi, aku dah cuak...apa ni? serious sangat ke jari aku?aku tak rasa sakit pun...huhu masa ni dahi aku dah mula berpeluh ya kecuakan...duk fikir kerja aku banyak tak siap, minggu depannya ada trip, lepas written CE ni aku akan ada oral CE plak lagi...apa nak operate bagai ni?
then aku dengan diorang masuk ke salah satu bilik rawatan...dalam tu ada sorang Dr lelaki cina tengah attend patient, Dr Kim tak silap aku...diorang suruh aku tunggu tepi tu...lepas selesai ngan patient tu, terus Dr Kim tu tengok aku...masa ni datang juga Dr Liew, dan kesemua mereka adalah pakar ortopedik tangan...masa ni diorang dah decide nak operate aku, secepat mungkin ya...sebab dah 2 minggu lebih, diorang kata makin lama nanti takut makin sukar...aku terus terang je cakap, aku ada trip ke Korea minggu depan tu...terus semua terdiam...hahaha pastu Dr Kim tanya tak boleh tunda ke, aku dah blur sebab semua dah bayar yaa...huhuhu then Dr Liew minta Dr Afiq buat lagi xray kat tangan aku dengan hyperextension, maksudnya, tolak lagi jari aku ke belakang masa ambil xray tu, untuk reconfirm ada patah tu...dan aku balik ke bilik Dr semula, Dr Liew pun cakap, confirm aku punya jari ni jadi bony mallet finger dan perlukan operation...so sebabkan aku kata nak ke Korea, dia punya pandangan, if buat minggu depan pun dan minggu ke 4, so dia berpendapat buat minggu ke 5 pun takde beza...sebab aku memang dah lambat PKU refer ke sini...so sebab dia cakap gitu, aku pun decided teruskan trip ke Korea!hahahaha...makanya diorang pun setkan date untuk aku warded pada Isnin lepas aku balik Korea dan Raya Haji...fuhhh...dan lepas tu aku kena pergi buat xray di Jabatan Radiologi dan buat customade pemegang jari macam kat bawah ni...haa comel sikit kan hehehe...fuh dari ingat datang sini nak amik date appointment je, sekali terus macam-macam kena...huhuhu...
petang tu dah tenang, baru la aku contact Abang Nuar, pakar bius di Hospital Serdang...dia tolong semakkan info aku sebab aku tadi blur habis tak dapat paham sangat...haa dia la contact member dia dan aku tau pasal bony mallet finger tu...dia explain la ke aku apa akan Dr buat nanti semua...aku siap lepak ngan dia untuk dapatkan konsultasi, sebab aku acah lebih pandai pi Google, dah takut nak buat hahaha...dan seterusnya pada Ahad, 25 June aku ke Korea!hahah secara solo ya...beli tiket masa stress buat CE hari tu...huhu pergi pun tiga hari je weh sebab sampai Malaysia balik tengahari Raya Haji...haha tu pun hampir takleh balik ya, sebab masa di airport sana, tetiba staff kat sana nampak tangan aku tu, dia kata patah so takleh naik flight...haa sudah, cuak betul masa tu...makanya aku cakap la bukan patah, so aku buka pemegang putih tu dan gerak-gerak tangan...baru dia kata ooo okay...huhuhu...haa lega la aku kan dapat gak makan king crab sebelum masuk hospital...hahahaa....
dan setelah sakan berjimba, pada 5 Julai aku pun siap la bawa beg tarik untuk warded...Dr Kim dah pesan bawa je bag nanti masa datang...masa ni sebenarnya aku masa konpius apa prosedur diorang nak buat...ye la hari tu blur, tergamam semua ada kan...so hari ni datang dengan lebih tenang dan bersedia....so sampai je, terus ke klinik dan tunggu turn jumpa Dr...masuk je bilik rawatan, jumpa semula dengan Prof Mano dan kali ni dengan Dr Kee...so duduk je ayat pertama Dr Kee, how's Korea...hahaha sebab dalam report aku tu rupanya tulis ye patient refuse to postpone trip to Korea...hahaha hampeh!hahaha...so kali ni diorang bincang sekali lagi, rupanya plan asal nak operate aku hari ni tapi di emergency OT, so tak perlu lalu prosedur ngan Jabatan Anaestesiologi a.k.a Bius...sekali diorang decide nak masuk OT sebenar, so kena lalu standard prosedure...Dr Kee maklumkan aku untuk masuk wad pada 12 Julai, dan operation pada 13 Julai, minggu depannya tu...masa ni aku memang tanya habis la semua yang aku nak tanya...siap aku tanya, so kiranya memang patah betul la ni ye Dr? sekali dia jawab, ni bukan kira-kira dah ni, memang patah...hahaha so diorang explain laa pilihan bius, pilihan operation...so Dr akan masukkan k-wire kat jari aku, dan Dr Kee kata biasa kalau dah lambat ni, kena open surgery je, means potong jari aku untuk masukkan wire tu...Allahuakbar seram gilaa...tapi hujung tu dia sebut gak, tapi diorang pernah sekali berjaya masukkan wire tanpa open surgery pada orang yang dah 6 minggu jatuh...so doa je la kan...so selesai ngan diorang, aku diberi banyakkk borang, esok dan lusa kena datang lagi...
6 Julai datang sekali lagi untuk ambil darah...sebab aku ada diabetes makanya kena la check semua tu kan...haa kena ambil darah ni kat Klinik Ortopedik tu je...alahai pandainya adik tu, sekali cucuk je dah dapat dah darah aku...banyak plak tu ambilnya tapi cepat dan hebat...hehehe suka aku...then kena juga ambil ECG dan juga xray sekali lagi...ntah berapa banyak kali dah laa xray dari PKU bawak ke HP UPM ni haa...pasrah je la...tapi kali ni aku lebih tenang la hahaha dan Alhamdulillah result semua okay...
dan esoknya, 7 Julai kena datang sekali lagi untuk temujanji dengan Dr bius plak...haa kat sini nasib tak baik sebab result darah aku semalam tak keluar lagi, makanya Dr test gula aku dan-dan tu juga...dah aku baru lepas makan masalahnya, makan sampai 11 ye bacaan gula aku!haaa terus plak aku gatal pergi cerita last appointment dengan klinik pun tinggi, Dr bising...so sebab kan tu, Dr bius nak suruh aku warded awal nanti untuk pantau gula aku...dennggg...hahaha tapi bab lain okay, aku pass untuk dibius...dia cek la dada aku, leher aku...dia explain kalau full bius macam mana, block (tangan sahaja) atau local bius...haa masa ni baru la paham...gituu...masa ni dia suruh masuk awal pun aku dah pasrah, walaupun kalau ikut Dr Kee, masuk awal sehari je dari tarikh operation...makanya disebabkan arahan anaes ni, aku kena masuk ward pada 10 Julai 2023...hahaha pasrah je laaa aku dah masa ni...
dan lepas tu aku pun cuba la selesaikan apa kerja yang patut sebab minggu depan nak warded da...seminggu plak tu kan...dah la seminggu lepas tu adalah oral CE aku, iaitu pada 21 Julai...makanya sebab tak tau apa keadaan aku lepas operate nanti, aku cuba la siapkan pape yang patut sebelum warded tu...siap meeting dengan SV juga update pape yang patut...huhuhu nervous weh...ni aku kira kali pertama aku nak masuk ward tau...lagi kena masuk OT plak kan...Allahu, siapa sangka sebabkan tersadung sikit je masa nak ke kelas, leh jadi panjang cerita nyaaa huhuh...haaa okay la dah panjang sangat, nanti aku sambung dalam Part 2 pula ya...alkisah aku di hospital bila dah warded nanti...haa sesilap ada Part3 plak, part aku sedang healing hahahaha sebab katanya wire tu kena pasang kat tangan sampai 6 minggu...sosbsss!haa makin lambat la habis cerita Sri Lanka aku kan...hahahaha....
Allahu akhabr.. bila baca macam lepas satu .. satu lagi.. dari satu masalah dtg masalah lain .. bertabah la Kak DJ.. pi korea postpone kes surgery nasib la kat hujung jari jer.. boleh lak kene tahan tak bagi balik malaysia ek hahaha... boleh buat novel dah nie :D
ReplyDeletehahaha kalo takleh balik, lagi pjg la akal aku duk sana hahahaha
DeleteAmboii makin diberi makin menjadi hahahah...
DeleteKuikuikui haruss
DeleteMoga cepat sembuh. Take care tau. Ohh patah jari tak boleh naik flight ke.
ReplyDeletetu la saje buat teruk je staf kat sana huhuhu
Delete