Thursday, December 4, 2014

VMY2014 ~ Sarawak :: Kuching :: Day 1, Part 2


bila dah lama melepak di Muzium Kuching, tekak pun dah rasa haus...tengok itinerary, terdapat Bemmers Cafe yang terletak di Petrajaya ni jugak iaitu di Jalan Duranta....pasang Waze dan berdesup kami ke sana!cafe ni style food court...ada banyak gerai-gerai kat dalam dia...sampai jer, banyak pula makanan dah habis!baru nak merasa mee kolok kat sini...last kami cuma order rojak ayam kongsi berempat...dan aku order teh C....
dah hilang dahaga, kami pun meneruskan perjalanan keluar daripada bandar Kuching, menuju ke arah Santubong...tujuan kami adalah untuk ke Sarawak Cultural Village!yeay kali ketiga ke Kuching baru ada kesempatan nak ke sini...perjalanan mudah saja sebab banyak signage dan juga nampak Gunung Santubong ni dari jauh!kiranya selagi nampak gunung tu di hadapan kita, kira tak sesatlah!hehehe dalam kereta kami duk nyanyi jer lagi Puteri Santubong Puteri Sejinjang, Menjaga Gunung Negeri Sarawak...haaa tapi sampai situ jer la yang tau...yang lebihnya humming jer laaa...hehehe
dalam perjalanan, kami sempat singgah di Masjid Institut Aminudin Baki, Cawangan Sarawak!cun betul view masjid ni berlatarbelakangkan Gunung Santubong!hehehe tapi yang kelakar masa tanya pakcik guard situ, mana Gunung Sejinjang?dia macam terpinga-pinga!hahaha eh ada ke Gunung Sejinjang?memandai jer kan...
selepas hampir sejam perjalanan, kami akhirnya sampai di Kampung Budaya Sarawak a.k.a Sarawak Cultural Village!jarak dari bandar Kuching cuma dalam 35km jer, tapi orang kat sini drive macam makan angin...pasrah jer la aku kan....parking kat sini kena bayar RM2, pastu terus kami menuju ke kaunter tiket...harga sebenarnya untuk masuk ke cultural village ni adalah RM60!tapi sebabkan kami gunakan passport kelab komuniti Mimmy tu, kami cuma bayar RM28 saja!tu pun dah siap-siap bayar pada Mimmy...kat sini cuma bagi jer pasport tu...lepas tu dia pun bagi sticker kepada kami untuk ditampal di tudung...ada macam-macam warna passport tu, tak sure apa maksud dia...
dah dapat sticker, terus kami masuk ke dalam...memula konpius juga mana nak start...tapi redah jer la ke dalam...ada kedai souvenir...tapi kami tak singgah pun...jalan sampai nampak signage arah untuk mulakan perjalanan....terdapat 7 buah rumah tradisional Sarawak di sekeliling sebuah tasik di cultural village ni...
pertama sekali kami sampai di Rumah Cina yang kebiasaannya terletak di atas paras tanah...even kat belah dalam rumah pun takde lantai simen, cuma beralaskan tanah je...kat dalam rumah ni ditunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh orang Cina di Sarawak ni...antaranya menanam dan memproses pepper....aku baru tahu yang lada putih dan lada hitam berasal dari tanaman yang sama...hanya pemprosesan yang membedakan antara keduanya....lepas tu ada juga memprosesan sarang burung....dan pembuatan turtle shaped cake...dijual kuih ni tapi kami tak beli pun....
kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Rumah Melayu di Sarawak pula...macam biasala rumah melayu mesti tinggi dan ada tangga kan...hiasan dalamannya pun tipikal melayu...lebih kurang dengan yang di Semenanjung juga...paling best ada jualan kuih-muih tradisional kat dapur rumah..bakar bahulu dan kuih kapit guna arang lagi tau...panas meletop-letop lagi tu...sedap!
seterusnya kami terus meniti titi kecil cantik mengelilingi tasik ni untuk menuju ke Tall House kaum Melanau pula...mendamaikan sungguh laaa pemandangan di sini...nyaman jer rasa...mayb sebab di kelilingi pokok-pokok tinggi kan....siaplaaa ada pangkin tempat orang nak lepak tepi tasik tuh...
Rumah Melanau ni berbentuk tall house...memang tinggi la....nak naik tangga dia yang diperbuat dari batang pokok tu pun rasa seram...hehehe kaum Melanau ni kebanyakannya tinggal berhampiran laut, dan zaman dolu kala senang la kalo nak kena serang dengan lanun laut kan...jadi sebab tu la diorang bina rumah ni tinggi bagi elakkan serangan lanun...kat bawah rumah Melanau ni ada aktiviti menari guna buluh tu...aku pun tak tahu namanya...belasah jer la main...hehehe


sebelum kami naik ke atas rumah Melanau, kami menuju ke pondok pemprosesan sagu!yeahhh excited nak makan ulat sagu katanye!hehehe sebelum tu tersinggah beli kuih tradisional orang Melanau ni..sedapp...ada macam rasa kuih peneram sikit...
Orang Melanau ni berbeza sikit dengan lain sebab diorang makan sagu sebagai makanan ruji...jadinya sebab tu sagu ni dibuat macam-macam jenis makanan...biskut, kuih-muih...dan paling epik sebab diorang makan juga ulat sagu tu...bak kata makcik tu, rasanya sedap giler macam udang!hahaha asie dengan sue boleh selamba jer pegang ulat tu!terus kensel cita-cita nak mencabar diri makan ulat sagu...hohoho aku nak tengok makcik tu makan, so aku cakap aku bayar la harga ulat tu kan...dia cakap mana boleh takat makan satu, sedap sangat kena makan banyak-banyak...hahaha!pitam!oh ye, dia cakap kalo nak makan tu, pegang belah hitam tu...gigit sambil bendalir dalam tu pecah memenuhi mulut kita, dan buang bahagian hitam mata dia tu...erk...
kemudian kami patah ke Rumah Melanau balik dan naik ke atas...nasib dia ada sediakan tangga biasa untuk pengunjung...kalo kena naik tangga batang pokok tu, harus aku tak naik!gayat hoih....kat atas tu takde apa sangat la...macam ada upacara apetah ikat reben warna-warni..layan jer laaa...
lepas tu kami meneruskan lagi perjalanan mengelilingi tasik...masa ni cuaca dah panas sangat dah....rengsa betul aku rasa...huhuhu dari jauh dah nampak lagiiii rumah yang tinggi!Rumah Orang Ulu katanya....terus memasing dah malas nak panjat tangga...hoho jadinya ambil gambar dari bawah je laaa....sambil tangan tak henti mengipas diri....
kemudian kami sampai di Rumah Penan...rumah ni macam kecil sikit...kat sini jumpa abang Penan yang cekci...malu aku nak ambil gambar...hehehe boleh cuba menyumpit kat sini...apa lagi, tak lepas peluang laa...bak kata perwira Penan, 'do not blow from your mouth, blow from your chest and stomach'...
dan kemudian sampai la kat tempat yang dinanti-nanti....Rumah Iban!rumah panjang okeh...tak sarawak laaa kalo takpi rumah panjang kan...hehehe kat rumah ni ada banyak bilik...kami masuk bilik orang sedang menenun...pastu kami jumpa orang berpakaian tradisional Iban, terus ajak bergambar bersama...rupanya diorang ni bakal buat persembahan nanti...masa ni aku tanya la kenapa ada bara api berasap dalam rumah tu...sekali dia cakap untuk asapkan tengkorak kat atas tu...erk?tengkorak?betol ke?dia cakap memang tengkorak betul...ada tengkorak manusia dan monyet...terus cuak okeh!cepat-cepat bergerak keluar!huhuhu
dan last sekali kami berjumpa dengan Rumah Bidayuh...nampak kena jalan jauh dan naik tinggi...terus jadi lagi malas....dah penat dan kepanasan melampau...jadinya tak koser nak mendaki tinggi-tinggi tu lagi...
dah abes pusing tasik dan ketujuh-tujuh rumah tradisional Sarawak, terus kami menuju ke teater untuk melihat pertunjukan budaya...kira ni klimaks bagi kunjungan ke cutural village ni laa...korang kalo ke sini, please take note masa bagi pertunjukan budaya adalah 11.30 pagi dan 4 petang...jadi sila plan masa anda ke sini berhampiran dengan masa pertunjukan budaya tu...rugi woo kalo tak pergi....sebabkan masa kami sampai ni teater tak buka lagi...jadi lepak jer la kitorang kat luar tu...ramai gak dah mula penuhi ruang depan pintu teater tu...
beberapa minit sebelum pukul 4 petang, baru laaa pintu teater dibuka...terus kami pun masuk...nasib dapat seat baik punya....tak lama tu bermula la persembahan tarian pelbagai jenis kaum...aku pun tak pasti kaum apa kan..just enjoy the performance la kan...ada juga lakonan oleh abam-abam cekci dengan sumpitnya...dijemput juga tetamu dari oversea join diorang sekali..last sekali diroang buat joget beramai-ramai kat atas pentas tu...nasib aku duk belakang, kalo tak konpem aku join sekaki...hehehe memang menghiburkan laaa persembahan kebudayaan ni...rugi kalo dah ke sini tapi tak masuk teater ni...dalam 45 minit juga la.berbaloi-baloi!
dah abes persembahan, sempat bergambar dengan abam cekci yang kelakar buat persembahan...tak abes-abes kata kitorang usha punggung dia...hahahaha!kelakar abes!dan lepas tu sempat la snap sikit gambar di luar teater sebelum kami bergerak meninggalkan Sarawak Cultural Village ni...sangat recommended tempat ni kalo korang ke Kuching!okey, perut dah lapar ni...jommm kita carik makan!

Wednesday, December 3, 2014

VMY2014 ~ Sarawak :: Kuching :: Day 1, Part 1

Sambungan dari: Pre Kuching Trip :: William's Corner, Kelana Jaya!

8 November 2014 - seawal jam 3.45 pagi kami dah bangun bersiap...jam 5 pagi kami pun bergerak menuju ke KLIA2 dengan kereta aku...malas nak call teksi...terus ke parking KLIA2....sebenarnya boleh je parking kat Putrajaya Sentral dan kemudian naik ERL...tapi sebabkan ahad nanti kami sampai dah tengah malam, takut makin lewat pula sampai rumah nanti...nak parking di Tune Hotel yang katanya lagi murah kadar bayaran, aku plak takut terlewat sebab tak biasa lagi ngan KLIA2 ni...jadinya, senang cerita, parking jer di KLIA2...rate dia sehari RM46...bahagi 4 orang, takde la mahal sangatkan...lagi pun kami pergi cuma 2 hari 1 malam...

sampai di KLIA2 terus menuju ke departure hall...masa lepak kat luar surau tunggu turn, terserempak dengan wife dan anak Prof Kamil!wahhhh excited aku...tapi tak berani tegur pun...hehehe pastu kami menuju ke departure gate, masa ni terserempak lagi....again semua segan nak tegur...huhuhu pastu kami pun melepak jer laaa kat seat yang adaa...sampai jam 7.30 pagi, flight meninggalkan KLIA2 menuju ke Kuching...
masa ni aku tengok kat luar hujan dan gelap...dalam hati dah cuak...teringat kenangan petir masa flight ke Surabaya dulu....tapi lepas tu masing-masing ngantok tak hengat punya...terus lelap!tapi aku sedar sekejap-sekejap...flight memang banyak kali gegar giler....sebab hujan!tapi aku paksa diri tido semula sebab taknak kecuakan!hohoho sampai ada masa aku sedar, cabin crew duk kalut bagi arahan semua duduk dan crew yang tengah hidang makanan pun cepat-cepat duduk...again cepat-cepat paksa diri tido balik...nasib laaa aku memang ngantok tahap gaban dan berjaya tido kan diri...huhuhu kalo tak mau 2 jam perjalanan tu rasa macam 4 jam!huhuhu Alhamdulillah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 9.15 pagi...

selesai segala urusan di airport, aku terus keluar jumpa dengan wakil dari Aris Rental Services, syarikat kami sewa kereta...kena sign beberapa dokumen, then buat bayaran RM300 untuk 2 hari + RM300 untuk deposit...yeay!dah dapat kereta, ayuhh kita ke Bandar Kuching!sebelum tu sempat la kami isi minyak RM40...
destinasi pertama kami adalah ke Restoran Kopi O' Corner yang terletak di Bangunan MARA, Jalan Satok...bila set Waze, dia bawa kami ke Bangunan MARA yang lain...sampai sesat barat kami jadinya...aduhai pasrah jer la...perut dah la berkerongcong ni...tak sampai-sampai plak ke destinasinya...lepas dekat setengah jam pusing tempat yang sama, aku decide tutup Waze tu dan cuba ikut kata hati...ecewah....kami pernah jer sampai ke sini dulu, tapi ingat-ingat lupa sebab masa tu bukan kami drive kan....dan Alhamdulillah akhirnya sampai juga kami ke Restoran Kopi O' Corner ini....
sampai jer, ngam-ngam juga si Mimmy sampai...dia ni budak sama keje ngan aku gak tapi kat Sarawak laa...asie yang contact dengan dia...dia nak bagi kami passport masuk ke cultural village nanti...dapat harga murah...hehehe masuk je restoran, cari tempat duduk dan terus order....aku ambil laksa sarawak takde sayur, sue makan mi jawa special, irma makan roti prata yang cantik tuu....rasanya?ok jer laaa...laksa tu ada rasa rempah-rempah sikit, so tak kena sangat ngan tekak kamik...hehehe makan pagi kami ini ditaja oleh Mimmy!thanks Mimmy! =D
bila perut dah kenyang, baru lah kami bersemangat nak meneruskan misi di Kuching nih...hehehe walaupun hasrat asal nak JJCM jer, tetap la kena explore juga apa attractions yang ada di Kuching ni kan...seterusnya kami menuju ke Muzium Kucing yang terletak di Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Petra Jaya...muzium ni terletak di atas Bukit Siol yang membolehkan kita melihat pemandangan bandar Kuching ni...
masuk ke dalam Muzium Kucing ini adalah percuma...tapi bayaran dikenakan bagi kamera dan telefon yang digunakan untuk mengambil gambar...RM3 untuk telefon bimbit dan RM4 untuk kamera...kemudian akan dapat sticker dan perlu ditampal di kamera ataupun telefon bimbit yang akan digunakan untuk mengambil gambar dalam muzium tu....
jom kita masuk dalam muzium!kat sini terdapat lebih 2,000 pameran, artifak, tugu mengenai kucing dari seluruh dunia!kucing dikatakan haiwan yang bertuah....memang mabuk dengan kucing la bila masuk muzium nih...hahaha keadaan dalam tu sedikit panas membuatkan aku cepat-cepat ambil gambar nak keluar...takde la besar mana muzium ni, tapi banyak pameran kucing kat sini...bagi penggemar kucing, memang meroyan la kalo masuk sini...hehehe
masa di sini la aku baru tau yang zaman dolu kala, kucing ni pernah dianggap sebagai agen syaitan...kira watak jahat la kan...selama ni duk tengok comey jer, macam haiwan yang lemah je kan...tapi lepas tu kucing kembali menjadi haiwan kesayangan manusia, dipuja kerana kecomelan nyaaa...tapi aku tetap tak suka kucing...sebab aku pernah kena cakar sikit lagi nak kena mata masa kecik-kecik dulu....huhuhu
kat muzium ni juga aku baru tahu yang kucing yang berumur setahun, tahap kematangan dia macam manusia berusia 18 tahun!hahaha patut la irma cakap kucing dia baru setahun jagung, dah pandai merenyam carik kucing jantan!hahaha pastu kang mula laaaa hilang dari rumah, balik-balik dah bunting!hahahaha
lepas dah abes pusing muzium tu, sempat la aku usha gerai cenderamata yang terdapat di situ...terus sambar fridge magnet yang simple jer dengan harga RM10 bagi 5 keping....saja la buat kenang-kenangan kan....dan lepas tu kami pun terus balik ke kereta untuk ke destinasi seterusnya!