Tuesday, May 19, 2026

Kenangan Tahun Ketiga di UPM (Oktober 2023 - Oktober 2024)


tahun ketiga di UPM ni merupakan the hardest year la pada aku...huhuhu dari segi personal dan research aku...beberapa minggu sebelum masuk semester baru, Dr kat Hospital Serdang bagitau dia suspect mak aku ada kanser hati...luluh betul hati aku masa tu, dengan mak aku dah menangis tak henti...bengkak la mata keesokannya tu, banyak sangat fikir malam tu huhuhu kami diminta refer ke pakar hati di Selayang semula untuk pemeriksaan lanjut...lama la dari September 2023 tu sampai pertengahan 2024 la juga, Alhamdulillah baru selesai semua dan Dr sahkan bukan kanser. Alhamdulillah, tapi serabut juga la dalam masa tu dengan research yang macam-macam hal...tu belum isu adik aku lagi yang memerlukan aku masuk campur, serabut juga la aku...dugaan sungguh...
dan pada Oktober 2023 tu juga la aku dah mula kena uruskan pensampelan untuk objektif yang tertangguh dek operation dan beberapa masalah...bukan mudah ya nak mula, hahaha aku duk procrastinate sebab macam susah, sampai sv aku sebut, saya faham bila kita dah dewasa ni jadi student, kita tend to procrastinate bila ada masalah, tapi saya rasa awak jalan je dulu mana yang boleh jalan sebab kita tak tau mana yang boleh selesai dulu...hahahaha lembut je sv aku tau hahaha dah kena gitu, gila kau nak procrastinate lagi? hahahaha so slowly kita mula...susun plan...tapi dugaan masa nak sampling tu laaaa fast-food kat Malaysia kena banned isu Israhell!menyebabkan beberapa outlet aku nak pi tak layan aku huhuhu...pening gak masa tu tau tak kena layan...macam-macam cara aku buat, sampai masa tu pending...ramai yang nak hulur bantuan masa ni, aku hargainya...tapi still payah...sampai lepas 2 bulan ding dong tak berjaya buat sendiri untuk beberapa outlet, aku teringat nak hubungi rakan belajar aku yang dulu pernah kerja di state, dia la yang bantu aku connect dengan boss dia masa di state dulu...Alhamdulillah besar hati bosnya nak bantu aku...siap bantu bagi staff, driver dan kenderaan untuk aku sampling...Alhamdulillah, dalam aku skeptikal ada yang taknak tolong, rupanya masih ramai yang baik dan tak jahat...bos nya siap cakap ke kawan aku, laa nape DJ tak call akak je, macam tak kenal...hahaha well, dulu aku fikir nak call jeee orang yang kenal laa, aku kena palau ya di satu state tuuu hahaha trauma tak hilang tau...hahahaha dan Alhamdulillah pensampelan ini selesai pada Disember 2023...
lepas selesai semua urusan pensampelan objektif ni aku pun amik kesempatan jumpa kawan-kawan dari daerah dan negeri yang terlibat bantu secara langsung dan tak langsung dan belanja diorang makan, tu je laa mampu nak buat tanda menghargai, selain aku masukkan nama-nama diorang masa kena present kajian lepas masuk kerja haritu hehehe Alhamdulillah 1 Malaya tengok masa tu hehehe...biar orang yang tak baik naya kita tu tengok sekali. Eh. tapi takpe, kita dah heal sepenuhnya dan insyaAllah takkan jadi macam yang tak baik itu.
tahun ketiga ni gak menyaksikan laaa analisis makmal aku yang juga banyakkkk drama diaaa weh! dari nak beli consumable, sampai ke instrument! ko bayang eh ada masa tu tiber SPE hilang tak dijumpai, pastu ada masa plak dah plan nak guna chemical, ada orang lain guna dan cakap ada lagi stok dalam stor tapi sekali takde, pastu masa ni laa instrument rosak takleh guna...bertubi-tubi...tapi Alhamdulillah, Allah hadirkan bantuan dan mudahkan urusan...ada je talian hayat yang membantu...member kat MARDI bekalkan chemical serta merta, member di Sungai Buloh bagi pinjam dulu SPE, then member di Ipoh bagi stok SPE banyakkk gilaaa hehehe dan paling best, rezeki, dapat bantuan dari Mentakab dalam menggunakan high end insturment...tu belum lagi glassware tak cukup, kita minta bantuan dari Selangor hehehe pastu masa guna insturment ada masalah dari segi intepretasi sekian, sekian pun ada bantuan juga Allah mudahkan walaupun serabut ya amat masa tu sebab inject tak keluar result seperti yang dikehendaki...Alhamdulillah rezeki, Allah bagi orang baik-baik walaupun ada jeee dugaan dan drama dia hehehe...layan je lah gambar hehehe...ni pun banyak aku dah delete hahaha tapi amik gambar memang terapi aku laa selama bergelumang dengan lab ni hehehee...aku enjoy tapi taknak ulang dah semua ini hahahaha...
start penghujung 2023 ni juga kami mula meeting untuk program mobility postgrad...untuk ke Vietnam...tak pasal masa ni kena jadi Timbalan Ketua Program tapi dah macam aku yang ketua, almaklum student paling tuaa hahahaha challenging eh masa ni nak kena profesional kan diri hahahaha ada masa kena marah ngan lecturer ada masa kena dengar luahan student...haish Kakak Dayah goyah gak tau kenkadang...hahaha tapi Alhamdulillah program went well jee...memasing gain knowledge dan dapat berjalan...aku selalu pesan kat budak-budak ni, belajar handle program macam ni akan bagi kita pengalaman dan pengajaran untuk masa depan kelak...aaa gittewww hakak biasa event internationale pun kita handle tau, tapi kat budak-budak ni kita tunjuk la kita pun ala-ala first timer. Eh! hahahaha...tak payah cite panjang lah, nak tengok details program ni dah cerita duluuu di Vietnam 1 dan Vietnam 2...
selain tu aku ada laa join beberapa aktiviti ilmiah sepanjang tahun ketiga ni...takkan nak lab je kan walaupun aku rasa seri muka aku hilang betul masa tahun ketiga ni...dah la sebelum tahun patah jari, ni patah hati plak kannn hahaha memang broken betul aku masa ni huhuhu ramai orang tak perasan tapi serious aku sampai dah macam lupa siapa Dayah J tu hahahaha aku rasa macam bodoh je, tah pape buat weh...macam-macam benda jadi...huhuhuhu... so masa ni adalaaa aku tolong jadi instructor untuk sv aku punya student pasal HACCP GMP, then join gak beberapa training dalam dan luar UPM tuuu haaa ada sampai jumpa member sendiri yang ngajar statistik di UIA hehehe senang lepas tu talian hayat aku tau hehehe...ada bengkel penulisan jurnal gak, acara tahunan kami...writing workshop gak fakulti buat...haa semua ni preparation ke arah menulis thesis laa aku buat...then aku join seminar kat Sunway University yang organised by co sv aku dan student dia yang kawan baik aku gakkk...siap tolong dia jadi moderator utk FGD projek PhD dia...menarik la dapat peluang gini kan hehehe...
oh selain lab tu, aku rasa paling merisaukan aku pada tahun ketiga ni adalah Seminar Result! huhuhu aku perasan tiap tahun, bulan Julai memang signifikan untuk #phDJourney aku tau...masa tahun pertama tu July 2022 aku amik Seminar Proposal, then July 2023 aku selesaikan Comprehensive Examination, then July 2024 plak aku ambil Seminar Result, dan fast forward dari ni, July 2024, aku viva! hehehe...so untuk seminar ni aku pernah cerita sikit sebelum ni, aku memang cuak habis, lagi plak bila tau lecturer yang paling aku taknak, jadi chairman sesi aku weh! huhuhu aku sampai tak lalu makan eh hahaha teruk kan aku punya la aku rasa masa ni aku hilang diri weh....rasa mcm lowest point betul...apa lahhh #phDJourney tu dah buat pada seorang DJ yang acah hebat dulu tuu hahaha orang tak nampak weh, aku je yang rasa segala macam doubt, inferiority, anxious semua ada...huhuhu...tapikan nak dijadikan cerita, rupanya seminar ni titik pusing #phDJourney aku...sebabkan aku rasa Alhamdulillah this seminar went well ngan semua panel, then lepas beberapa bulan aku minta video masa sesi aku dari member, baru nak tengok semula. Niatnya nak tengok balik soalan panel, eh masa tu macam slowly aku impress ngan diri hahaha cite macam kelakar tapi tu la feeling masa tu, bila tengok aku leh jawab semua soalan tu, steady jeee...slowly aku mula rasa eh, pandai je ko Dayah, eh boleh plak ko menjawab, oh ada juga ko knowledge tuu...pastu tengok plak panel cakap very good, angguk, interact dengan aku in a good way...slowly kan aku rasa aku mula heal...aku macam baru tersedar, eh keymonnn lama sangat Dayah kau hanyut sampai lupa diri ko siapaa...lama nau kau hidup merendahkan diri ni hahahaha lama sangat tenggelam dalam segala macam masalah PhD haa gitu huhuhu...tu la sape suh niat masuk belajar tu nak belajar je sambil tinggalkan 'nametag' kakak KKM tu kat luar pagar UPM hahaha haa kan patah seribu jadinya hati tuuu hahahahaa so since tu aku develop balik konpiden diri dan merancang ke arah graduasi...ecewah! so buat sesiapa yang rasa diri dia tak menyumbang kepada PhD aku tu, jangan risau, aku appreciate semuaaa, dari sekecil kecil bantuan ke sebesar-besar sokongan. Alhamdulillah Allah bagi aku memang ramai orang baik-baik sepanjang perjalanan ini...
dan macam biasa, tak DJ laaa kalau takde gambar bersosial dan makan-makan walaupun dia sibuk, hati dia galau, dia rasa dia di titik terendah dalam kehidupan hahahaha sebabnya kalau takde benda-benda sosial ini, dan juga makan-makan sedap, aku rasa terbenam habis aku hahahahaha weh aku gelak tau, tapi serious masa tu real feeling akuuuu tak pernah rasa hahahah sebab tu aku suka duk cakap aku patah semuaa masa buat PhD...tapi orang tak percayaaaa hahahaha demmit! semua kata aku nampak okay, nampak relaks je....choi!hahahahaha...ok layan gambar dengan pelbagai jenis manusia yang related dengan #phDJourney!
dalam previous post, penghujung tahun kedua di UPM kan aku kata kawan baik aku, Sue masuk belajar gak kat UKM kannn...haa hambik kau, sebabkan aku terlalu busy, dia pun busy dengan kelas dan lab...makanya memang jarang weh berjumpa walaupunnnn rumah sewa dia tak jauh dari rumah aku...aku rasa bersalah gak kat dia, aku sibuk suh dia sambung belajar masa aku tengah belajar juga ni hahaha tapi end up takdan weh...jumpa sesekali je dalam setahun ni...cumanyaaa penghujung tahun ketiga ni laaa...dia pun dah penghujung labwork dan start tulis thesis, aku pun dah mula slowly finalkan beberapa labwork dan dah mula susun-susun data dan template thesis...makanya kerap laa juga aku dan dia melepak di library dan kafe walaupun hujung minggu...memang takde life laa sejak Oktober 2024 ni sebab dia kena hantar thesis by end of Disember 2024...aku plak masa dah mula susun-susun kerja Oktober 2024 ni, aku dan sv aku decided untuk wrap up labwork mana patut dan mula ke arah menulis thesis...huhuhu...
dan bila mana nak kena mula menulis thesis tuuu, mula balik la galau aku hahahaha ke sana ke mari mencari mood dan ilham...payah benau dia nak dapat tau...susah gila nak dapat rentak tu tapi aku tak putus asa...kita slowly jeee but surely gitu kahkahkah...tapi galau dia bukan kaleng-kaleng eh...aku ni bab malas memang nombor syatuu...aku pun tak paham nape gatal nak sambung belajar hahahaha...aku siap pi kursus healing la, procratinate laaa hahahaha ok lah kita end kat sini je la dulu...Oktober 2024...kitonyo mula galau semulaaa walaupun kata tadi dah mula heal...tapi ni galau tang lain laaa...kasikk chanceee...bukan selalu kan DJ tu nak bergalauannn...eh!tapi hujung tahun ni aku galau je aku pi briskwalk kat UPM tu hahaha sesambil aku usha crush kat fakulti sebelah! sebabnya masa ni aku rasa crush aku dalam fakulti tuuu pergi sabatikal kat China! kahkahkahkahakah!oh ya satu lagi, patutnya bulan Oktober 2024 ni aku dah kena masuk kerjaaaa hehehe tapi aku dapat extension 6 bulan lagi sampai ke Mac 2025! Alhamdulillah, tapi lepas tu dapat lagi extension 6 bulan sampai Oktober 2025!
yeayy finallyyyy lepas 1 tahun setengah, berjaya gakkk siapkan post ni...opkos banyak skip laa jugak cite, ni aku story yang aku ingat dan aku rasa relevan laaa untuk kenanagan #phDJourney akuuu hehehehehe...okay sape baca sampai habis, angkat tangan! hhahaha matilanakkk ada ke orang baca blog lagik! hahahaha...ok bai muahciked!

No comments:

Post a Comment