Wednesday, November 5, 2014

VMY2014: Perak, Part 3 ~ Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta, Kampar & Dubliners Cafe, Ipoh


sampai saja di Kampar, kami terus menuju ke Bandar Baru Kampar...nanti di sebelah kanan jalan, sebelum Petronas akan kelihatan signage besar Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta...yeay!bangunan dia macam kilang-kilang jer...sampai jer dah jam 3.30 petang!ada lebih kurang setengah jam je lagi sebelum muzium tutup!cepat-cepat masuk dan jumpa pak guard di situ...nasib baik dia bagi masuk lagi....oh ye, thanks to blogger Lilyriani...sebab dari blog dia la aku tahu kewujudan muzium ini...
untuk masuk ke muzium ni, tiada fee yang dikenakan...tapi tetapp pak guard nak bagi tiket kan...ambil jer laaa...dia nak rekod kot bilangan orang yang datang...hehehe oh ye, muzium ni kalo weekdays dia buka dari 9 pagi hingga 1 tenghari jer....cuma kalo weekdays atau public holidays jer dia buka sampai 4 petang...
masuk je dalam kawasan pagar ni, kami decided untuk terus masuk dalam bangunan dulu...sebab kot-kot dia nak kunci dulu kang bangunan tu kan....kat belah dalam bangunan ni terdapat pelbagai pameran berkaitan bijih timah...sejarah bagaimana seekor gajah bernama Larut yang menjadi milik Long Jaafar telah menemui bijih timah di dalam hutan sekitar 1840an dulu....jadi sejak tu la Perak ni menjadi popular dengan bijih timah....tak lama tu mula la pelombong-pelombong cina pun datang dan menguasai perlombongan ini...
kat dalam ni juga terdapat replika-replika orang yang bekerja di perlombongan nih...serta tempat kerja lombong dulu kala...opss jangan tiru aksi menggatal dengan patung di bawah...desperado sungguh la kann...main urut-urut la plak....hakhakhak....
selain itu terdapat banyak lagi pameran berkaitan perlombongan bijih timah di Perak sdalam muzium nih...terdapat replika lombong, gambar kerja-kerja perlombongan yang sedang berjalan, hasilan daripada perlombongan bijih timah dan juga macam-macam lagi...ada juga diceritakan sejarah kemasukan rakyat daripada negara cina disebabkan aktiviti perlombongan yang semakin meningkat ini....tak lama kami di bahagian dalam muzium ni, pak guard dah intai-intai nak kunci muzium masa nih...
kemudian kami ke bahagian luar muzium pula...menariknya muzium ni sebab di bahagian luarnya dibuat replika aktiviti perlombongan bijih timah...ada yang sedang mendulang dan melombong menggunakan peralatan-peralatan kecil...

jalan lagi ke tepi dan belakang muzium, terdapat pelbagai lagi replika manusia yang sedang menjalankan aktiviti melombong bijih timah....memang menarik la pada aku kan....hehehe ada yang sedang menarik, mengetuk dan mengangkat...
selain itu, terdapat juga pelbagai jenis jentera dan mesin yang pernah digunakan dalam aktiviti melombong diletakkan di sini...memang betul-betul punya jentera dan mesin..bukan replika...besar-besar mesin yang digunakan....owner tempat ni katanya salah seorang orang yang menceburi bidang perlombongan ni..mungkin jentera dan mesin ni diambil dari company dia sendiri kot...
selesai aktiviti melawat muzium, maka selesai la juaaa trip menjelajah perak kami pada kali ini...jadi sebelum pulang ke rumah baru sue di Bandar Seri Iskandar, harus la nak mencari makan dulu...lapar giler...so sebab kan diorang cakap nak cari makanan local, gigih aku search di internet...kat Gopeng dan Kampar ni memang ramai cina...jadi payah juga nak cari kedai melayu...cari punya cari, aku jumpa Kedai Kopi Pak Din...terus kami menuju ke pekan Kampar...direction yang diperolehi adalah berdekatan Pejabat Pos...berpusing-pusing la kami mencari...rupanya dah lalu banyak kali tapi tak nampak...kedai ni terletak di deretan kedai-kedai campur la cina melayu...gigih ni aku pergi kedai pakdin...hujung sekali...sampai je depan kedai dia, tutup daaa...ceh....pergi kedai melayu sebelah dia gak...masa ni aku nampak dah anjing berkeliaran walaupun kawasan belah kedai melayu...huhuhu tanya makcik tu kenapa pakdin tutup...sekali makcik buka cerita yang tiada kepastian kesahihannya...dia cakap pakdin dah lama meninggal...yang jaga kedai sekarang laki baru bini pakdin...taksedap dah katanya tapi still ramai orang sebab orang tu 'membela'...erk?aku kaget jap...tetiba rasa macam termasuk dalam cerita Tamar Jalis...hohoho dengar je la makcik membebel, pastu aku blah...malas dah nak makan situ kalo buka pun pakdin tu sebab nengok anjing berkeliaran jer..sobsss....#idontwanttotouchadog

lepas tu kami patah balik ke Bandar Baru Kampar...decided makan kat Old Town White Coffee je laaa...haaa apa lagi macam-macam laaa kami order...kelaparan weh...hehehe makan kat sini, kaklong belanjaaa...mekasih irmaaa moga murah rezeki...Alhamdulillah....
perut dah kenyang, hujan mula renyai-renyai...kami pun bergerak menuju ke rumah sue...dalam 30 minit perjalanan...sampai rumah je, kitorang terus bergelimpangan depan tv dek kepenatan...rehat, mandi, lepak, melanguk...lepas maghrib sue ajak pergi Ipoh!almaklum dah lama dia tak bergonjeng kan....lagi plak malam ni adalah malam ambang kemerdekaan...harus lah throwback kenangan lama zaman muda bersesak-sesak nakpi celebrate merdeka dan new year..hahaha irma dan asie malas nak keluar...so aku pergi ngan sue jer ke Ipoh...

pertama sekali kami ke Dubliner's Cafe yang terletak di Kinta River Walk....kat sini siap ada lampu ala i-city lagi...memang meriah...kami berdua order lamb chop dan chicken chop...masa menunggu agak lama gak la....sampai makanan, terus cepat-cepat makan...ok la food dia...harga berdua makan adalah RM42...
lepas tu kami bergegas menuju ke Dataran Stesyen KTMB Ipoh!nak countdown katanya!sekali jalan jammed giler dah..pasrah...haaa nak tahu kisah sambutan kemerdekaan tak berapa jadi aku ni leh usha di sini....aku dah pernah update masa sehari lepas merdeka hari tu....hehehe kami kemudian selamat sampai di rumah sue dekat 1 pagi..asie dan irma tengah melayan Running Man rupanya!hahaha sakan sampai tak tido lagi kan...
dan keesokan harinya....kami lepak breakfast di kedai berhampiran rumah sue, dan kemudian terus bergerak menuju ke Kuala Lumpur...sebelum kembali ke Putrajaya, sempat singgah di Ampang untuk hadiri perkahwinan opismate kitorang...perahsia sungguh cik pengantin ni sampai semua terkejut giler dapat kad dia...agak last minute gak la...masa kat sini, disebabkan kepenatan dah, cepat-cepat je kami jumpa pengantin, makan dan hijack sekejap pelamin pengantin...hahaha ko mampoo?buat macam pelamin sendiri okeh..nak tunggu sendiri punya pelamin ntah bila tah...silap-silap pelamin anganku musnah ko...hahahaha!
haaa nak jadikan cerita, disebabkan jemputan last minute pengantin baru ni la menyebabkan plan kami nak pi ke pantai timur selepas seminar di Penang bertukar menjadi perjalanan di Penang & Perak sahaja!hohoho takpela, takde rezeki nampaknya nak berVMY2014 ke Pantai Timur...kita sambung ke 2015 plak la nanti eh...fuhhh....selesai sudah kisah perjalanan kami....macam terperasan tahun ni banyak kali plak ke utara kan...kan...lagi-lagi Ipoh ni haaa....hehehe rezeki.... =D

16 comments:

  1. part mengurut tu kelakar...sekali patung tu cakap 'sedap lah yang urut"...mesti terus PITAM hahah

    Alaaa...jgn cakap camtu..DJ muda lagi masih ada peluang utk naik pelamin..lain lah JM ni mmg dh lama musnah ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha amboi ko punya imaginasi jm...kalah iolss...hahaha tp masa tu tpikir gk buatnya patung bersuara, pitammmmm...hahahaha

      Jm, kita kan dah ada design kad kawin..eh?

      Delete
  2. baru nak ckp mcm JM cakap. tapi aku nak tanya.. kau urut ke meraba?

    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha oit oit ada gaya meraba ker?aku ikhlas okeh mngurut abg yg gigih membanting tulang tuuu....

      Delete
  3. relax la DJ, umur masih muda, ada jodoh tak kemana...not bad la muzium ni, macam best je tengok, mungkin kurang iklan kot, tu ramai yang tak tahu. masuk pun free jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha relaks je orga...saje je tuh ngada2 berpelamin...hehehe mayb lokasi muzium ni kot menyebabkan ianya tak femes sangat...kalo tak berapa gigih, memang payah gak nakpi kampar ni melalui plus hiway tuh...hehehe

      Delete
  4. Stylo suingguh....gaya menambat hati jejaka tampan Malaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tang mana la yg stylo tu mkl?hahaha menggagau je lebih saya nih...hahahaha

      Delete
  5. Confuse... Mana satu orang... Mana satu patung... Mana satu tetamu... Mana satu pengantin? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha ok, aku suka tang mana tetamu mana pengantin tuhhh...hahahahaha!

      Delete
  6. best jugak perak ni kannn... lama tak datang perak... ^_^

    oh ye... dah siap entry tag.. ^_^

    http://anilwanina.blogspot.com/2014/11/10-random-facts-about-me-when-im.html


    vavavvaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..ada banyak lagi tempat nak explore kat perak nih...tapi tunggu sambung tahun depan je laaaa....hehehe

      oraitttt dha baca!terbaik!thanks tau!

      Delete
  7. Amboi scandalicious ngan Abam Cangkul kan. Tunggu ambang merdeka tu...gila lama dah perap cerita eh. Ok xnak komen kang ko cari point smash aku balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ngn abam cangkul jer yg mampu...nk wat camno...hehe

      Eh ok per atleast update ikut turn tau....hahaha!

      Delete
  8. Wah.. menarik tempat nie.. tq, sharing.

    ReplyDelete