Tuesday, November 4, 2014

VMY2014: Perak, Part 2 ~ Istana Kenangan dan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar & House of Heritage, Gopeng


dari Sayong, kami menuju pula ke Istana Kenangan yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar...istana yang lebih dikenali dengan nama Istana Adabi sebab bentuk dia macam dalam logo dan iklan adabi dolu-dolu...masa sampai ni tak boleh masuk la pulak....jadi layan gambar daripada luar je lah...cantik senibina istana ni...pernah menjadi tempat tinggal keluarga diraja Perak satu ketika dahulu dan kini ianya adalah sebuah Muzium Diraja Perak....
kemudian sue bawa pula kami ke Masjid Ubudiah, salah satu masjid terindah di Malaysia!dan masa tulis blog ni aku baru tahu yang kubahnya diperbuat daripada emas!wahh kemain jauh aku cari masjid berkubah emas sampai ke Brunei, rupanya kat Kualeee ni pun ade...ate cantiknyee masjid nih...dah la latarbelakang langit membiru...ahhh jatuh chenta dibuatnyee!gambar yang aku letak kat bawah tu mengundang kontroversi di FB, semua pakat duk jaki ngutuk aku berdoa kat luar masjid...dah berlipat plak lengan baju tu...hahahaha...takleh la model nak beraksi sikit kan...kot bergambar dalam masjid pun nak tayang, lagi parah la kan...
di sebelah masjid ini terletak makam diraja negeri Perak...masa aku pi ni, ada makam yang masih baru dan tiada binaan di kelilingnya...tak pasti yang mana satu makam Almarhum Sultan Azlan Shah yang baru mangkat...tapi memang penuh kat situ kubur keluarga diraja sejak zaman dolu kala lagi...
daripada Kuala Kangsar, kami kemudian bergegas menuju ke Gopeng pula!gigih berkejar menuju ke Gopeng Heritage Museum yang terletak di No 28, Jalan Eu Kong, Gopeng...muzium ini dibuka pada jam 9 pagi 3 petang sahaja...ngam-ngam kami sampai pada jam 2.30 petang, so bergegas la masuk melihat apa yang ada...masuk adalah percuma...rupanya muzium ini adalah sebuah rumah lama orang cina...jadi terdapat pelbagai peralatan, barangan lama-lama dan antik yang dipamerkan...kami pantas la berjalan melayan bergambar di dalam tuh...masa kat dalam ni, terasa kembali ke zaman dolu kala...barangan yang dah takleh tengok zaman skang ni, masih boleh dijumpai dalam rumah ni...
kemudian kami naik ke bahagian atas pula...melihat lagi barangan antik yang terdapat di rumah nih...masa tengah aku dan sue di atas, dah dengar asie dan irma jerit-jerit suruh turun sebab diorang nak tutup pintu dah...hahaha apa lagi tak sempat nak naik kat loteng dia...dah kena turun!takpela, takde rezeki...janji dah dapat tengok apa yang patut kan...
sampai kat bawah, pintu dah tutup daaa...hahaha terpaksa minta tolong auntie buka kan pintu...sebab tak reti nak buka sendiri..almaklum pintu zaman dolu kala, mana la kami reti kan...lepas tu kami berhajat nak usha street art di Gopeng nih...dengarnya sini pun dah mula buat lukisan di dinding-dinding terbiar tuh...tapi sebab kan jam dah 3 petang, kami ada satu lagi destinasi yang ingin ditujui di Kampar pula, makanya terpaksa la meninggalkan Gopeng secepat mungkin...sebab tempat yang nak dilawati di Kampar tu, tutup pada jam 4 petang!haish memang racing la kami menuju ke Kampar!

16 comments:

  1. Good morning,
    This is interesting.... is planning to do a road trip -Kuala Lumpur-to Kuala Kangsar to Ipoh, just wondering how far from Kuala Kangsar to Gopeng, is it on the way to Ipoh? Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi elaine, gopeng is located between KL and Ipoh..but nearer to Ipoh, about 30mins driving...if you're from KL, u'll find the gopeng exit b4 simpang pulai, ipoh n kuala kangsar...

      Delete
  2. idea yg bagus..buat Heritage Museum..byk barang -barang antik..piring hitam, meja solek..huhu..menggamit kenangan..kena gi jugalah ni..tapi kalau balik kpg, selalu elak jalan lama ni, sebab banyak traffic lights, selalu ikut highway je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah menarik gak tempat ni....kalo ikut highway senang gak sebab dia tak jauh sangat dari exit Gopeng tuh...hehehe boleh cuba nanti!hehehe

      Delete
  3. belum pernah jejak kaki ke kuale nih..selalu org pos gambar masjid yg cantik ni...bila agaknya leh sampai sana eh..alau ada geng baru best kalau g sorang2 mati kutu je..kutu pun x leh hidup lama x de kawan nk borak

    Hambooi...bukan main aksi menjawab telefon tu ye hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dekat jer kualeee ni JM...boleh jer terjah on weekend!hehehe banyak gak tempat menarik di Perak nih...layan btol tgk Discover Perak kat astro sakng nih...hahahaha

      hellooooo abdul wahubbbbbbbb!

      Delete
  4. unik jgk la... nnt p sana.. boleh request kt mmbr bwk tempat nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe wah ada member sudi jadi drebar tu, untung laaaa...hehehe sana memang susah nak jalan kalo takde keta ni...lokasi antara attractions tu jauh2...heeee

      Delete
  5. Setiap kali SS tengok Istana kenangan tu... Mesti igt iklan rempah adabi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kan...ktorg siap nyanyi2 lagi tau lagu dia...sambil berangan buka tingkap istana...hahaha

      Delete
  6. Dah 2-3 kali terjah istana adabi tu tp xbukak2 blk pun lg. haihhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yekee?apesal laaa aku tgk ada org pernah masuk?hehehe

      Delete
  7. Ada ke ngutuk ko doa luar masjid. Hahaha kontroversi sangat kan. Yang penting niat katanye. Kot jeles tengok ko relaks berdoa siap pakai spek hitam bagai. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tu diorang ni suka jeles ngan aku....dah biasa kehidupan harian diva, ramai yg menjelesi...hahahaha

      Delete