Friday, October 20, 2023

Solo Trip to Sri Lanka ~ Day 5.1


hahaah weh lama gila aku tangguh sambung cerita Sri Lanka ni...hahaha aku tak tau laa apa tah yang busy sangat tu kan huhuhu lama gila dah trip ni, bulan Februari kan, ni kang sampai next year Feb pun tak setel lagi kan hahaha...ni pun sebenarnya dah banyak kali tulis post ni tapi stop hahaha ok sepanjang malam di Nuwara Eliya ni aku tido dalam kesejukan weh!awal pagi bangun memang berkabus kat luar...sejukkk!awal pagi aku terus bersiap untuk check out...
jam 7.45 pagi aku dah turun sarapan...aku pesan kat staff situ bawa turun beg aku...malas aku nak bawa sendiri sebab berat hahaha so pagi ni sarapan aku best sikit sebab dia bagi dhall yang sedap dan pedas...so makan ngan roti tu, sedap la...beriya gak aku makan sebab hari-hari sebelum ni tak kena sangat ngan tekak aku....hahaha makan sekadar nak elak lapar je...sobsss!
jam 8.30 pagi aku gerak tinggalkan Nuwara Eliya untuk menuju ke Kandy...Alhamdulillah cuaca nampak cerah berbanding dua hari sebelum ni...cerah..perjalanan menurun dari Nuwara Eliya tu penuh la tepi jalannya orang duk menjual sayuran macam di Cameron Highlands tu...aku amik gambar dari dalam kereta je la, malas nak berhenti...
dan kami singgah di Damro Labookellie Tea Centre and Tea Garden...haaa tempat ni laa Tharanga duk meratib kat aku muchhh better dari Kinellan Estate yang aku duk nak sangat pergi kelmarin kat Ella tu hahaha lawa laa view kat sini sebab cuaca pun cerah kan...cantik!aku sukaaa...sakan la dia suruh aku posing depan tu nak ambik gambar aku...lama eh pelbagai angle, sib baik lawa, sejuk hati aku hahahaha....
then aku masuk la dalam area bangunan tu, ada lounge dan kita leh minum teh secara percuma, ada tempat jual teh juga...masa ni member aku tiber call ada isu, so aku duk layan sembang laa sambil tunggu orang serve teh untuk aku tuuu...then lepas minum teh tu, aku dibawa untuk masuk ke kilang...kilang yang Tharanga duk kata better sangat tu hahaha tapi memang brand Damro Labokellie ni consider high end nya brand laa kat Sri Lanka...mahal sikit harga dia banding brand lain...
sorang staff bawa aku masuk ke dalam untuk visit kilang teh...haaa memang la sebab dah brand terkenal, harus la jaga food safety kan, memang jauh lagi bersih la banding Kinellan Estate hari tu hahaha even kita takleh direct masuk kilang pun tapi ada area kita leh lalu dan tertutup untuk tengok kawasan pemprosesan...ala-ala kilang kat sini la yang ada pensijilan KKM...hahaha ok je pada aku, cuma aku suka je Kinellan Estate tu sebab tak jumpa dah ala gitu kat Malaysia ni, lagi masa aku pi audit sebab aku audit kilang dah ada sijil...hahaha tapi bagus la staff ni duk cerita ke aku pasal kilang ni...
dan di penghujung tu, aku dibawa tengok sekali lagi pelbagai jenis teh yang dihasilkan di sini...baru nampak beza pelbagai jenis teh tu dari segi bentuk dan warna...baru faham konsep daun teh yang sama tu dengan pelbagai kaedah boleh hasilkan pelbagai jenis teh yang berbeza warna, rasa dan aroma...gitu...tu pentingnya belajar teknologi makanan ya....hehehe...
dah habis visit kilang tu aku pun singgah la membeli sedikit ole-ole untuk orang rumah...aku pun tak reti sangat, ambik je la mana nampak menarik tu...banyak sungguh jenis teh nya hahaha dan masa ni aku nak bayar harga teh LKR4500, so aku pun bagi 1 note LKR5000...pastu masa dah siap semua, dia bagi aku barang, dia amik LKR500 dari mesin duit tapi letak tepi tak bagi ke aku...masa ni panas gak hati aku...walaupun takde la banyak mana tapi sebab dia menipu...so aku geram...aku minta gak baki, dia emosi sambil bebel apetah memula tak nak bagi, tapi aku berdegil dan bos dia dah jeling, baru dia bagi ke aku...huhuhu eh geram betul...
then kami meneruskan lagi perjalanan ke Kandy...dalam perjalanan ni memang lawa la sebab lalu gunung ganang lawa...ada beberapa kali gak Tharanga stop nak suruh aku ambil gambar...paling cantik masa ada satu lookout point di Ramboda tuu...lawa sangat...sejuk hati aku balik hahahaha habis semua pelusuk Tharanga ambik kan gambar aku...lawa la siap nampak a few air terjun dari sini, memang cantik!
then teruskan lagi perjalanan ke Kandy, sebelum masuk bandar Kandy, sempat singgah rumah Tharanga jumpa mak dia...dia duk beli sayuran dan teh kat Nuwara Eliya tu, so dia nak bagi la ke mak dia dah alang sampai kampung tu kan....aku okey je laaa...sambil tu mak dia bagi aku olive Sri Lanka...aku makan la macam masam sikit...layan je laaa hehehe...
dan akhirnya lepas beberapa jam perjalanan dan banyak persinggahan, sampai la kami di Kandy...destinasi pertama adalah ke Royal Botanical Gardens, Peradeniya...aku sebenarnya datang sini macam takde any expectation pun, masuk ni sebab memang dah lalu, plus memang salah satu must visit di Kandy katanya...haaa dah la blur bila Tharanga turun kan je aku depan pintu masuk, dia kata dia tunggu luar ni...aku dah macam, eh sape nak ambik gambar aku hahaha so dalam blur aku terus beli tiket berharga LKR2000...then masuk ke dalam sambil tengok peta...hahaha aku tak study apa...by the time melangkah masuk ke garden, aku nampak buggy!hahaha terus aku pi tanya harga!hahahah sekali terkejut dia kata LKR1000 untuk satu buggy, eh laju kepala fikir, RM15 je? per pax ke per buggy, dia kata buggy...haaa pantasss aku bayar!hahaha lega...dari blur terus segar kepala aku...righ decision eh amik buggy sebab besar gilaaaaa garden ni!pusing jalan kaki mau sehari tak habis hahaha...
dan rezeki aku rupanya Allah bagi guide yang best gilaaaa...Uncle Ranjit!ya Allah best sangat dia sangat passion dengan kerja dan garden ni, dia cerita macam-macam ke aku, siap sakan ambilkan gambar aku kat semua tempat...seronok sangat dengar dia bercerita tu tau...aku rasa rezeki sangat dalam blur tak tau nak buat apa, Allah bagi uncle yang best gila ni...aku dah tak ingat la tiap cerita tu sebab dah lama tapi aku tau best dan banyak gila pokok dalam ni yang unik, dari pelbagai negara dalam dunia...berusia beratus tahun daaa...uncle siap berhenti, turun petikkan bunga atau daun nak bagi aku bau ke, pegang ke...aku ni ada masa malas nak turun gak hahaha tapi serious seronok dengar uncle cerita...
masuk satu kawasan tu uncle cakap ada drunken tree hahaha rupanya memang berliuk liuk pokoknya macam mabuk hahaha comel je aku rasa...kelakar gila uncle ni...sila la cari kalo korang ke sini tau hehehe then paling best ada masa aku sakan ambil gambar, dia panggil aku dia kata aku kena jalan jauh sikit, dia nak bagi aku hadiah...aku dah saspen la apa nyaaa...huhuhu....
sekali dia nak tunuuk kat aku rupanyaaaa pokok yang ditanam oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama...huhuhu masa ni aku rasa sayu gilaa...weh baiknya uncle ni huhuhu serious bergenang gak air mata aku...bukan sebab pokok ni tapi cara layanan pakcik tu yang bersungguh nak kita happy jalan dalam tuuu...dia appreciate kita datang dari mana, sampai gigih nak juga jalan tunjuk aku pokok ni...huhuhuhu...
haa korang sambung je la layan tengok gambar ni...aku penat nak cerita hahaha sebab kalo nak cerita memang banyakkk sangat pokok unik dalam garden ni, sangat worth the visit pada aku walaupun aku bukan jenis suka dengan flora dan fauna ni hahahaa tapi dengan ada nya uncle ni aku rasa best sangat!seronok dengar cerita dia...ada sekali tu dia tanya aku lapar tak, aku pelik la...aku cakap tak, uncle lapar ke aku tanya dia...sekali rupanya dia nak tunjuk aku pokok buah dia macam sosej hahahaa pastu dia kata takleh makan nanti mabuk, dia tengok kat dokumentari...wahhh see semangatkan dia, dia passion sampai rajin tengok dokumentari tau...
sepanjang ngan uncle ni, ada la sesekali dia cerita kat aku tu, ada orang lain yang jalan sendiri, so dia memang tak lokek cerita gak kat orang tu walaupun kalau ikut orang tu bukan bayar dia pun kan...bagus gila uncle ni aku suka...berjam juga aku dalam tu seronok...hahaha penghujung tu aku bayar pada dia LKR500 dan ucap terima kasih banyak...then aku terus keluar cari Tharanga...terkejut dia aku duk lama dalam tu sorang hahahaha dia tak tau aku jumpa uncle best!hahahaha...dah aku laparrr, moh carik makan!

8 comments:

  1. woww header dah tukooo! beriya cari part 1, rupanya baca dahhh. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha maap laaaa citer lama baru nak sambung taip hahahaa

      Delete
  2. Wow cantik gila Botanical Garden dorg banyak pokok2 unik. Suma gambar cantik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sangat cantik...ni pun banyak lg tak upload hahaha ada satu tasik tu, dia nya bentuk ikut bentuk sri lanka...cantik!hehehe

      Delete
  3. Terpegun pulak tgk kilang teh dia bersih sangat2..

    ReplyDelete
  4. Hahaha! Baru sempat baca hari ini. Cute betul gambar DJ pakai sari petik daun teh tu.

    ReplyDelete