Sambungan dari: Birthday Picnic di Taman Seri Empangan, 10Gram di Tamarind Square & Dorsett Putrajaya
okay hari ni aku nak share dengan korang satu kedai makan chinese muslim yang sangat laaa sedap pada aku dan aku dah bawa beberapa kawan dan order makan reramai kat pejabat pun dan semua setuju cakap sedap!member yang pernah pi China semua gila makan kat sini dan cakap serious macam kat sana!hahaha so sesiapa yang suka makanan China ala Xinjiang tu, moh la teruskan baca post ini...hahahaha so kedai makan yang aku maksudkan adalah Hot Meal Bah, Chinese Muslim Cuisine yang terletak di Cyberjaya...masa duk bincangan dengan Liana dan Dini nak makan mana, diorang duk cakap nak nasi la apa la, aku teringat pernah baca FB kawan cina aku yang makan kat sini...so dia cakap sedap...so sebab tu aku ajak Liana dan Dini mencuba makan di sini...masa kami sampai tak ramai lagi orang...dan kedai ni agak besar sebab ambil 2 lot kedai...
tanpa membuang masa, moh ler kita membaca menunya...excited sebab sama macam menu kat China...hahaha aku pernah ke Beijing dan Xian dengan Liana, dan pernah ke Shenzhen dengan Dini...makanya memasing excited la kan tengok menu sambil mengimbau kenangan lama...siap gelak gelak tengok menu tomato masak telur yang Dini tersilap order di Shenzhen dulu...hahaha ok menu sini ada banyakkk...ada macam macam jenis nasi goreng, lauk apetah lagi banyakkk gilaaa..memang rambang mata nak pilih!pastu dengan mi tarik la, dumpling, sate dan pau...eh memang banyak lah cite dia!hahaha...
ok dah setel order, kita pun tunggu la makanan sambil sembang pasal kenangan travel ke China dolu kala...lama dah la kan citernya...hahaha so tak lama tu sampai la minuman dan makanan kami satu persatu...aku cepat gak la servis dia pada aku...cumanya memula awal tu aku macam nak kata possed off gak...sebab aku order Chienese Tea (RM7) la kononnya, sebab nak feeling kat China kan, sekali teko dia bosor kauuu!melompat aku!nasib baik tak kena baju...hahaha demmm...nasib baik lekas lekas dia angkat dan ganti baru...huhuhu...then Dini minum Fresh Orange (RM8)...
dan untuk makanan pula, masa ni tak tahu portion dia besar so kami order makanan sorang satu!Dini ambil Mi Tarik with Beef Soup (RM9), Liana ambil Dry Fried Noodle with Lamb (RM15) dan aku ambil Fried Rice with Egg (RM9)....besar weh portion dia, memang kena share!hahaha tapi nasi goreng dia sedap gilaaaaa...sekali masuk mulut, ngappp ALlahuuu rasa macam jatuh cintaaa...serious sedap walaupun nampak bodo bodooo jer nasi dia kan...hahahaha mi tarik dia sedap la pada aku, tapi aku bukan penggemar sangat...hehehe...so nasi goreng telur dia ni memang dah jadi menu wajib aku setiap kali order di Hot Meal Bah ni tau...sedap!tak tipu!sumpahhh!hahahaha...
dan selain menu kat atas tu, memasing tamak nak order dan rasa menu lain gak...so kami tambah order Toothpick Lamb (RM25), Broccoli (RM18), Xinjiang Mantau (RM9) dan sateyyy....ada satey kambing (RM5) dan sateyy ayam (RM4)...dan semua pun sedappp...toothpick lamb tu, rasa nak nanges makan!hahaha sedap!brokoli pun sedap ya amat walaupun macam goreng kosong je...sate tak payah cakap, serious macam kat Xian weh!cumanya mantau dia je la pada aku biasa, tebal nau kulit dia...plus masa dia sampai kami dah kenyang ya amat, tu mungkin gak punca jadi rasa biasa je...hahahaha overall kami bertiga memang berzikir lah sepanjang makan kat situ...hahahaa duk sedap, sedap, sedap, sedap...hahahaha!
masa first makan tu adalah September 2020, pastu sehari sebelum kita kena PKPB semula pada awal Oktober tu, aku ajak Mrs dan Nily dinner kat sini...haaa penting bawa Nily ni sebab dia memang gila China, setiap tahun dia balik sana!hahaha...so kali dah bijak tak payah order banyak banyak nasi dan mi, so kami order nasi goreng telur je atas saranan aku...tapi kali ni memasing tamak order lauk!hahaha aku memang teringin nak cuba Cumin Mutton Chop (RM28), pastu bebudak ni nak juga makan lamb toothpick tu so layan kan saje, then kami order Hot Meal Bah Chicken (RM14) dan Sichuan Dry Fried Green Beans with Meat (RM18)....haaa cumin mutton chop tuuuu gila sedappp weh!kat tekak aku jauh lagi sedap dari toothpick!dah la banyak gila kambing dia, harga sangat berpatutan la pada akuuu...hahaha ya Allah kambing ni makan dengan nasi goreng tu, sempurna sungguh rasa dia...sesempurna cinta saya pada awak...ehhh...hahahaha!cumanya ayam tu biasa je pada aku...macam kurang fresh sikit...sama macam ayam kat China!hahahahaa...so kalo tanya aku, datang sini kau makan kambing je lah!hahahaha...serious terbaek!again kami bertiga memang berzikir sedap, sedap, sedap masa makan...Nily siap cakap aku approved kedai ni...hahaha...
dan seterus seterusnya, dah PKPB kan, tapi sebab aku masih kena kerja kat pejabat, so banyak kali juga la aku Grab Food dari Hot Meal Bah ni...dan satu lagi aku nak share dengan korang, ada satu dessert dia pun jadi kegilaan aku...sedap ya amat iaitu Crispy Oat Pumpkin (RM18)...sedap gilaa...memang berhantu, makan takleh stop!beef dumpling, chicken kungpao pun sedappppp!hahahah...aku kan pernah buat kerja gila sebab lapar gila aku tak makan tengahari sebab ada meeting, pastu aku tamak haloba dalam kul 3.30 petang tu aku order nasi goreng telur dan mutton chop dia, then aku makan sorang sorang!hahaha sedap gilaaa weh!seriousss hahaha...sedap gila...korang wajib cuba tauuu!
nampak sedap menu-menu dia...
ReplyDeletepat kan tak bole rentas 10km...
hahaha klu tak, konpom lunch esok dah pi singgah :D
Hahaha sabarr...insyaAllah soon abes kot pkp ni 🤣
Delete