Thursday, February 27, 2020

Encore Melaka: Impression Series

guysss masih ingat entry Weekend Gateway to Melaka hari tu?ingat tak building putih lawaaa yang menjadi tempat aku posing sakan tu?hehehe haaa tu laa Encore Melaka...masa pi hari tu, sekadar pi posing je laaa, tapi last week aku dapat invitation untuk layan performance diorang ni...haa jangan tak tau, building lawa ni sebenarnya dalamnya terletak sebuah teater a.k.a pentas pertunjukan yang aku boleh gelar world class performance!sebab apa tau, sebab aku rasa sebelum ni ada dapat this kind of performance bila pi luar negara je macam Thailand, China etc...hahahaha...so apa yang world class nya tu jom aku cerita...eh sebelum cerita, meh laaa sekali lagi aku bawa korang pusing bulidng Encore yang lawa gilaaa ni, katanya dibina dengan mengambil inspirasi timur bertemu barat gitu...bila nak buat pelamin tema awak bertemu saya plak ni. Eh.

kalo datang Encore Melaka ni memang tak sah laaaa kalo tak posing sakan kat dinding dia ni, memang insta-worthy hospot laaa kat Melaka skang ni...ramai gila orang kat luar bangunan ni duk posing...kita pun taknak ketinggalan la kan walaupun dah 2 kali sampai sini, dolu posing lain, kali ni posing lagik...hehehe pasangan pengantin pun ramai petang tu duk photoshoot kat sini...seriously lawa!
dah penat berpusing dan bergambar, kita singgah masuk toilet dia sat...kemain lawa haa toilet dia, terpaksa la kita posing seround dalam toilet dia pun kan...eh masa ni baru perasan ootd aku setema plak dengan bangunan ni...putih biruuu kekdahnyaaa....hahaha...dah sebelah toilet ni ada surau juga, tak dan nak singgah usha sebab nak cepat pi ambil tiket kami...hehehe...
lepas tu kami ke kaunter box office untuk mengambil tiket dari staff yang berurusan dengan aku sebelum ni, sempat laaa dengar dia menerangkan pasal Encore Melaka yang rupanya kalo sebut sebagai Onkore...hehehe kat sebelah kaunter box office tempat beli tiket ni juga ada sebuah merchandise store, so boleh la usha yaaa kalo nak beli pape souvenir nanti...so harga untuk masuk ke Encore Melaka ni adalah RM148 per pax bagi standard seat...kalo premium RM248 manakala VIP seat adalah RM568...macam mahal ya?haaa aku kalo pi oversea memang aku carik show dan performance begini, so aku tak rasa mahal laaaa dengan harga ni...tapi kalo korang rasa mahal, jangan risau, diorang sakan duk buat promosi sekarang ni...ada tiket buy 1 free 1 sekarang ni, pastu ada gak 50% off untuk senior citizen dan student...haaa murah la kan?hehehe...pastu kalo korang nak murah sikit beli tiket tu kan, korang leh guna promo code EMBLGDJ (valid till 31st May 2020) so leh dapat 5% dicsount tiket dia tuuu...then tiket korang kena beli thru web diorang iaitu https://encore-melaka.com/
so persembahan kami start jam 5.30 petang...so dalam 5.20 petang tu kami dah masuk dahhh...masa masuk ni excited lakan sebab katanya tempat duduk kami ni nanti akan berpusing 360 darjah!haaa menarikkan?ada 4 buah pentas sepanjang 240 meter sebenarnya nanti, so yang akan berpusing adalah seat penonton, bukannya pentas tau...haa leh bayang tak?haa ni kat bawah aku ada ambil gambar model teater ni...so kita duk kat tengah tu laaa, so yang bulat tu actually pusing nanti tau...kalo tak caya, masa menonton tu, masa nak tukar scene korang tengok atas, haa memang nampak tempat duduk yang pusing bukannya pentas yang pusing...hehehe...
ok dah masuk pun panjang membebelkan...hahaha so basically takleh bawa masuk kamera katanya, tapi handphone boleh!haaa tapi kalo dah bawa tu jangan risau, dia ada sediakan locker nak simpan barang kita tuuu...so apa lagi moh masuk ke dalam teater kitaaa...tempat duduk ikut tiket yaa, bukan free seating...hehehe tapi sebabkan tak ramai orang petang tu, kami dapat la duduk kat area tengah dan cun nak ambil video dan gambar!
sebelum masuk tadi kami diberikan pamplet mengenai Encore Melaka ni, so persembahan selama 75 minit ni akan melibatkan 200 orang local performers tau!haaa ramai tak ramai kannn atas pentas tu...dan ianya melibatkan beberapa siri cerita Melaka itu sendiri iaitu Parameswara, Cheng Ho, Nyonya, Six Mothers, Pregnant Women dan Wau....
masa awal persembahan tu kami semua dibawa merentas masa ke tahun 1400, tahun di mana Parameswara mula datang ke Malaya dan memberikan nama kepada Melaka ni...persembahan dia memang high technology la dengan multiple lifting platforms, bunyi dan pencahayaan serta 3D projection yang menghasilkan persembahan yang cantik dan memukau!aku suka...nampak real weh!terbaik!ok la korang layan gambar dari Parameswara sampai ke Cheng Ho yang aku ambil ni y...
dari cerita Cheng Ho keluar pula cerita Nyonya sebabnya katanya perkahwinan campur oleh anak kapal Cheng Ho dengan rakyat jelata Melaka laa yang hasilkan keturunan Baba dan Nyonya sekarang ni...alahai persembahan nyonya ni sangat la comel aku rasa...dengan warna warni, dengan lenggok gemalai para nyonya sekelian...memang mengasyikkan!hahaha...dah la colorful gilaaa...lawa!aku paling suka masa scene nyonya ni lah!hehehe....
oh ya lupa plak nak cakap, sepanjang performance ni diorang guna kan 3 bahasa iaitu Melayu, English dan Mandarin, eh kekadang keluar juga bahasa Tamil!hehehe...tapi ok la pada aku, kadang ada translation ditulis pada skrin layar tu, so paham je pun walaupun diorang sedang cakap cinaaa...takde masalah!hehehe...barulah muhibbah kan!
kemudian keluar pula cerita Six Mothers, aku tak pernah dengar cerita ni sebenarnya...tapi masa ni la baru tahu pasal budak yang dibela oleh 6 orang mak angkat dia, dari pelbagai bangsa!comel gila kan ada melayu, cina, india, portugis, nyonya dan apetah lagi...
dan satu lagi persembahan yang aku rasa lain dari lain adalah Pregnant Woman!siap ada air dan kolam atas pentas weh!real okayy...hahaha cantik dengan lighting dia semua, memang nampak gempak lah!bila air tu turun, dengan bunyi dia...perghhh serious laaa...sebab tu aku cakap layan digelar world class performance!hahaha takde kurangnya dengan performance yang aku layan kat China, Thailand etc...tak sangka Malaysia pun ada tau!hehehe...
then ada scene pasal Wau...aku tak sure plak Wau ni asal Melaka ke, tapi layan je lah kan...hehehe pasal cita cite sebenarnya...ada nak jadi pembuat wau dan macam mcam lagi...menarik gak la, cerita rakyat dia masa ni...layannnn...haa untuk setiap scene ni kan, bila nak tukar next scene je, tempat duduk kita aku bergerak pusing la...menarik la...
dan akhir sekali tetibaaa muka kita keluar kat skrin!hahahah...pastu semua performer pun keluarrr  dan buat tarian reramai...meriah habis aku rasa masa ni, dan rasa enjoy sangat layan performance ni...seriously, jalan cerita best, lighting gempak, audio pun sedap didengar...seriously korang kena cuba pergi sendiri nanti tau...hehe...
dah selesai 75 minit persembahan tu kami pun keluar la dengan happynyaaa...sempat isi borang feedback, kita puji la sikit sebab best kan...tak sangka ada tempat gini kat Malaysia...hehehe...so korang, apa lagi, sila laaa ke Encore Melaka ni ya, selain leh posing sakan keliling bangunan dia tu, korang leh la layan teater diorang yang best ni...dan masa kami keluar tu, masih terang...almaklum maghrib masuk lambat kan...so kami takdan la nak tunggu layan sunset, walaupun orang cakap lawaaaa sunset kat sini, takpela, mayb next time saje kami datang lagi...hehehe...

10 comments:

  1. bestnye..sy yg duk melaka pun x sampai lg kt situ..mesti kene gi gak ni...

    ReplyDelete
  2. Wow cantik jugak toilet dia ye. Nak pegilah nanti.

    ReplyDelete
  3. Wow indeed! Berbaloi lah tiket ngan semua technology involved kan. And good method untuk belajar sejarah negara. Bab sejarah ni aku suka.

    ReplyDelete
  4. DJ;

    Tapi susah gak nak maintain ... sebab macam tak ramai orang jer ! ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn tpikir gak tuh. So moh ler reramai meriahkannnn hehe

      Delete