Friday, November 7, 2014

Birthday Trip ke Brunei Darussalam: Hari 2.1 ~ Tutong & Oil and Gas Discovery Centre, Seria

Sambungan dari: Birthday Trip ke Brunei Darussalam: Hari 1 ~ Dari KLIA2 ke Brunei Darussalam

hari kedua di Brunei, kami bangun pagi dan terus bersiap...plan asal sepatutnya kami checkout dari Hotel Jeruton hari ni...sebabnya akan bermalam di Miri...tapi sebabkan plan telah bertukar, jadi kami decided untuk sambung stay di sini lagi 1 malam...nasib baik hotel di Miri tak bayar lagi...takde la burn duit kami...turun bawah, aku check out bilik hasnan dan ambil depositnya...deposit untuk bilik aku pula aku buat sambung bayar untuk 1 malam lagi...harga direct dengan hotel lagi murah rupanya iaitu $40 sahaja...dalam 8.30 pagi En Razali tiba di lobi hotel...terus dia tegur aku dan bagi kunci...rupanya semalam bila dia dengar aku cakap nak pergi ke Seria dan Kuala Belait hari ni, dia tukar bagi kami pakai Vios!dia cakap takut tak selesa naik wira...wahhh best kan?harga tetap sama tau...best best!duit sewa kereta tak payah bagi lagi, nanti masa pulang kunci baru bayar katanya..lega aku...ada la lagi duit aku nak berjalan ni...hehehe
dah masuk kereta, apa lagi laju laaa kami bergerak meninggalkan hotel!aku suruh dini bawak dulu sebab aku baru nak familiar dengan peta...sebab skill memandu kami berdua sama cekap..tapi tang baca peta, aku lagi cekap!dini peta terbalik pun dia tak sedar!hahaha daripada Jerudong, kami terus menuju ke Tutong-Muara Highway....straight jer highway ni untuk menuju ke Kuala Belait...dalam 30 minit perjalanan, kami singgah di Tutong untuk mengisi minyak...isi minyak RON97 di Shell dengan harga $0.53 sahaja seliter membuatkan hati berbunga-bunga...hahaha murahnyaaaa...aku isi $10 jer tau dah dapat lebih half tank!hahahaha i loike!eh tapi harga tu hanya boleh dapat kalo kereta tempatan tau...kalo kereta luar seperti Malaysia, mahal gak dalam $1.40 kalo tak silap aku....

dah selesai isi minyak, kami pusing kejap Tutong nak cari kedai makan...main redah jer mana yang terjumpa dulu...kami nampak Restoran Sanesha ni...terus parking kereta dan masuk...old school giler okeh kedai dia...kerusi dia macam dalam cerita P.Ramlee yang belanja perempuan, pastu perempuan tu bawa adik beradik dia ramai-ramai makan steak tuh....hahaha kat sini kitorang order roti canai dengan ayam goreng...mula-mula ingat biasa je kan...sekali dah makan, perghhh terbaik wei!roti canai dia crispy!meletop-letop dalam mulut aku...hahahaha memang terbaik!total makan kami berdua adalah $5,60 sahaja...
perut dah kenyang, kami pun meneruskan perjalanan ke Seria dan Kuala Belait...kedua-dua tempat ni terletak 1 arah perjalanan menuju ke Miri!tapi sebab plan dah bertukar, kami takde la sampai ke Miri kan...sepanjang perjalanan, memang lengang jer...pastu banyak papan tanda zikir kat tepi jalan tu...terus insof...sentiasa berzikir bila ternampak tuh...oh ye, kat Brunei ni walaupun highway, takde toll pun tau...best!jimat duit aku...
pastu paling best adalah walaupun kat highway, boleh buat u-turn!hahahaha dah tu u-turn bukan sikit-sikit...terus libas lintas 2 lane bertentangan tuh!sebab tempat nak pusing tu berada di luar 2 lane tu...eh paham tak maksud aku...ah, pepandai la korang imagine sendiri...tak reti aku nak explain nyer...hahahaha pastu had laju kat highway hanyalah 100km/j sahaja...lemah betul aku...nasib dini yang drive...tapi kalo hujan jer, automatik had laju jadi 70km/j sahajaaa....pasrah....
selepas 40 minit perjalanan, akhirnya kami pun tiba di Seria sebuah pekan yang menjadi tapak pertama minyak dijumpai di Brunei...sebab tu la Seria ni menjadi sebuah tempat yang penting di Brunei...tujuan kami ke sini adalah untuk ke Oil & Gas Discovery Centre (OGDC) yang merupakan sebuah pusat pembelajaran dan rekreasi sempena menghargai industri oil & gas yang menjadi nadi utama penggerak ekonomi Brunei!OGDC adalah milik syarikat minyak terkemuka di Brunei iaitu Shell...
sampai di OGDC kami terus masuk ke bangunan utama dan ke kaunter informasi...di sini kita boleh beli tiket untuk masuk ke exhibition hall dan juga main go kart!untuk dewasa, masuk exhibition hall perlu bayar $5 dan untuk go kart pula adalah $3...lepas beli tiket, ada seorang petugas tanya kami nak ke mana dulu..harus lah kami pilih untuk naik go kart dulu!walaupun panas giler tengahari buta ni kan...
sampai di tempat simpanan go kart, sekali go kart manual daaa....hahaha mati-mati ingat pakai letrik ke, rupanya kena kayuh sendiri okeh!apa lagi, gigih la 2 budak gemok ni mengayuh go kart kat tengah panas tuh...hahaha eh lupa plak, kitorang main go kart ni di taman mini seria ni....kiranya sampai di sini, boleh assume dah pergi lah seluruh seria!hahaha sebenarnya tempat ni lebih kepada untuk kanak-kanak belajar keselamatan jalan raya dalam bentuk interaktif dan menarik...tapi sampai kat orang tua ni, kami buat tempat tu macam litar lumba!siap main racing okeh, pastu main brek mengejut sambil berpusing ke belakang..haaa korang dapat bayang tak?hahaha pastu gelak besar, memekak kat situ...nasib masa ni takde orang lain..kitorang jer...tu buat macam rumah sendiri...
habis main go kart, dah berpeluh-peluh...kami menuju pula ke exhibition hall...nasib ada aircond...leh menyejukkan kembali diri...masuk je dalam exhibition hall ni, kena register nama dulu..pastu kami pun berjalan ke dalam...ada bahagian formation of earth yang banyak pamerkan info dan maklumat berkaitan bagaimana bumi terbentuk, cerita pasal karbon la, batu-batu zaman paleolitik, mesolitik etc...waaaa masa ni aku dah rasa boring terus!giler tahap kesainsan dia tu buat orang tua macam aku takleh terima dah...hahaha lagi masa-masa bercuti nih kan...hahahaha
lepas tu masuk dalam sikit, ok ada banyak pameran macam kat expo sains zaman sekolah dulu...tunjuk minyak dan air tak bercampur la, pastu pump minyak laaa...boleh la sikit kat tempat ni kan sebab boleh main-main dengan alatan tu semua...
kemudian masuk pula ke bahagian menceritakan sejarah penemuan minyak di Brunei nih...dan bagaimana bandar Seria ini membangun menjadi sebuah daerah pengeluaran minyak terbesar di Brunei...kalo pergi ke Seria ni, feel dia lebih kurang sama macam pergi ke Kerteh, Terengganu cuma Seria ni lagi besar laaa...
lepas tu terdapat pulaaa maklumat berkaitan kehidupan di atas rig...setahu aku, orang yang kerja atas rig ni kayooo tapi takde life la kann...member aku laki dia kerja sini....gaji masyuk tapi dapat jumpa sebulan sekali jer....sobss aku plak yang sedih mendengarnyaaa...
dan kemudian adalah part paling best kat dalam nih!hahaha baru dibuat dan dibuka pada April 2014!dengan temanya....playing with light!haaa kat sini banyak la permainan, pameran yang berkaitan dengan lampu....macam lorong lampu yang mengikut rentak kita berjalan nih...memang best!berkali-kali aku dengan dini berjalan kat situ nak kasi keluar lampu warna warni dan bunyi...hehehe pastu ada pula lampu yang boleh tulis nama kita...harus lah tak lepaskan peluang kannn...
ada juga cahaya warna-warni yang boleh kita buat bayang-bayang....cantik...hehehe puji diri sendiri kann...pastu yang best yang bayang hitam tu...sebabnya kalo kita petik jari ke, gerak laju keee akan keluarlaaaa bintang-bintang....best best!gayat pun ada...macam mana dia leh buat gitu eh?hehehe pastu kalo buat bentuk bulat, keluar plak buih-buih...hahaha menarik!
kemudian kami nak masuk ke bahagian puzzle iaitu bahagian terakhir dalam exhibition hall nih....ternampak pula basikat ke apetah ni yang boleh pusing-pusing...dengan konpiden tanya staff situ boleh naik ker?hahahaha pantas diorang tengok kami atas bawah kan...almaklum besi tu aku nengok nipisss jer kan...seat dia pun alahai kecik bebenor!terus sedar diri dan lupakan niat!
di bahagian puzzle and illusion ni pun menarik!dasar pemalas berfikir kan...asal main pape jer, semua tak berjaya abeskan...dan-dan panggil staff yang ada situ mintak jawapan terus!malas nak pikir...hahaha jadinya banyak juga laaa puzzle yang 'berjaya' kami selesaikan di sini...hahaha!
habis je melawat exhibiton hall...kami siap-siap pergi toilet semuaaa...dan terusss nak meninggalkan OGDC ini...masa lalu kat tempat orang main go kart, ramai plak kanak-kanak sedang bermain...lagi-lagi anak omputih...dan-dan aku turun tingkap dan jerit-jerit kat diorang sambil buat lambaian ratu...hehehe

18 comments:

  1. Go kart mengayuh tu yg paling tak tahannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kannnnnn berpeluh ketiak woih!hahahaha

      Delete
  2. comel je DJ naik go kart hehe

    kt suka DJ g mana2...mesti akan cari tempat2 best...sampai kan kt teringin nak g Alor Setar...bleh x cmtu hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe yezzaaa suka jer share tempat best dengan orang kat sini jugakkkk....moga lebih ramai terbuka hati nak jenjalan jugaakkk....hehehe haaa silakan ke alor staq pastu lajak terus ke perlis...hehehe

      Delete
  3. saya dok brunei 3 tahun tak pernah pegi pon OGDC tu.. hehehhe.. nasi katok mmg sedap.. tapi kalau hari2 makan boleh muntah.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa kena la try nanti pergi mimie...hehehe dah alang-alang ada kat sana tu....

      ye la nasi katok tu kan kosong jerr....sekali sekala boleh tahan laaa.....hahahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Alaaa mkl lg byk...hehe tp mmg kaki jln pun...hehe

      Delete
  5. Bercuti sambil belajar ni DJ....

    ReplyDelete
  6. Haha!! tahap kesainsan yang melampau yer DJ.. Agaknya kalo saya masuk terus rasa nak pengsan otak tak boleh nak terima ilmu time-time bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu la psl!nasib masa awal2 je...pastu ok dah...klo x pning gk...hahaha

      Delete
  7. Brunei memang dalam list.. tapi macam tak sangka pulak banyak tempat best bole pegi.. ok bole cari tiket.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa tgh free seat promo tu...apa lagi, sila la terjah...tapi nasihat org berpengalaman, tak payah lama sgt lah...hehehe

      Delete
  8. sepanjang aku keje kat shell brunei tu, tak penah aku jejak kaki kat OGDC... padahal boleh kate hari2 drive depan area nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha biasa ar beb...kita klo yg dpn mata selalu 'xnmpk'...hehe

      Delete
  9. Huiyoooo naik cart gitu kan. Imej warna warni tu lawa, al rainbow gitu. Sibaik pacik keta tu baik hati kan, sibaik tukar keta. Siap xnak deposit gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu la mmg rezeki jupe en razali tuh...murah dan baik hati plk tuh...hehe

      Delete