Sunday, February 23, 2014

Visit Malaysia Year 2014 : Federal Territory of Putrajaya ~ Cruise Tasik Putrajaya

Sambungan dari: Visit Malaysia Year 2014 : Selangor ~ Farm In The City

ok setelah lama berhibernasi dari menulis blog ini, meh aku nak sambung cerita selepas ke Farm in The City tempoh hari...kita skip sekejap cerita Banda Aceh dan Bandung ye....hehehe ok selepas bersukaria di Farm in The City, tetiba mak cakap nak naik cruise di Putrajaya...haaa apa lagi, moh kita ke Putrajaya!bertahun duk sini tak pernah laaa kan terasa nak naik cruise nih....so sampai je kawasan Masjid Putra, binaan yang menjadi simbolik dan mercu tanda Putrajaya, terus berhenti ambil gambar kejap...panas sangat masa nih!nak buka mata pun payah!hehehe sempat juga snap gambar Jabatan Perdana Menteri yang gah berdiri itu...1st time okeh!
then kami pun bergerak turun menggunakan escalator di sebelah Tourism Booth di perkarangan Masjid Putra....untuk menuju ke jeti menaiki Cruise...disebabkan masa ni Cuti Hari Wilayah, diorang bagi diskaun 50% selama seminggu...tiket dewasa sepatutnya RM30, tapi dapat RM15 sahaja...perjalanan cruise adalah selama 45 minit...ok la kan...berbaloi-baloi....tapi disebabkan kami sampai situ pada 2.30 petang, so kena la tunggu cruise pada jam 3.00 petang...so lepak je la kat situ...menanti masa...penat melayan si zara yang berlari ke hulu ke hilir...kasi cium dia sampai penyek sikit!geram aku!hahaha
tepat jam 3 petang, kami pun berjalan menuju ke cruise...yeay!tak sabar nak memulakan pengembaraan merentasi tasik yang mengelilingi Putrajaya...cruise ini boleh menempatkan ramai orang dalam satu masa...time kami naik ni, lebih kurang separuh juga tempat duduk berisi...ok la kan...selesa....bahagian dalam ada aircond...tapi boleh juga lepak di deck...tapi kecil je kawasan dia....
kemudian cruise mula bergerak meninggalkan jetinya dan Masjid Putra....menyusuri Tasik Putrajaya...lalu di Presint 2 di mana terletaknya Jambatan Seri Wawasan...jambatan yang menyambungkan Presint 2 yang terletak di 'pulau' Putrajaya dengan Presint 8!masa ni la baru aku sedar Putrajaya ini adalah sebuah 'pulau' yang dikelilingi tasik!ok selama ni memang tahu ada banyak jambatan di Putrajaya, tapi tak sangka pula ianya berbentuk pulau!sobss duk sini bertahun baru sedar dan tahu...tapi takpela, it's better late than never right... =D oh by the way, pembetulan...sebenarnya ada 8 jambatan ye di Putrajaya...dalam post aritu, di Tasik Seri Empangan, aku cakap ada 7 jambatan kan...
selepas Jambatan Seri Wawasan, masih di Presint 2...akan terlihatlah Monumen Alaf Baru atau Tugu Millenium...merupakan monumen negara yang pertama dibina khas untuk Putrajaya....kat bawah tugu ni, Tun Dr Mahathir dah tanam kapsul masa yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 nanti!kat sini juga ada Umai D'Lake Cafe...sedap juga makanan kat situ...paling aku suka ada cucur udang cicah ngan kuah kacang...marveles weh!
kemudian cruise menyusuri pula Presint 3...terlihat binaan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin...atau lebih dikenali dengan Masjid Besi!masjid kedua di Putrajaya ini dibuka pada tahun 2009...masjid dengan binaan 70% daripada keluli ini dibina tanpa kipas dan aircond...cuma menggunakan gas penyejuk juga angin daripada tasik...binaan masjid ini sangat cantik dan moden!cuma kadang aku terfikir juga kenapa ada sampai 2 masjid dalam jarak yang dekat...ianya terletak lebih kurang 2 km dari Masjid Putra...tapi katanya untuk menampung sejumlah penduduk dan penjawat awam yang ramai...apa pun, Masjid Besi kini merupakan mercu tanda baru di Putrajaya!
kemudian melalui kawasan pejabat-pejabat kerajaan...sebenarnya sepanjang tasik ini memang penuh dengan pejabat-pejabat kerajaan....dan sampailah kami di Jambatan Seri Saujana...yang menyambungkan Presint 4 ke Presint 7...antara jambatan tercantik di Putrajaya laaa pada aku.... =D
dah hampir separuh perjalanan...zara dah mula boring...hahaha mana taknya..opah tak bagi bawa dia keluar dari cruise tu..ke bahagian deck depan...so last sekali dia main sana, main sini la dalam cruise tu...mula tak duduk diam...layan je laaa kan....
kemudian kami tiba di Presint 5...melihat Jambatan Seri Gemilang yang gah berdiri...di sisi 4 bangunan tertinggi di Putrajaya...juga kelihatan PICC....serta berdekatan Marina Putrajaya ada bangunan sedang dibuat...rupanya ia adalah universiti pertama di Putrajaya!Herriot Watt University...dengarnya Tony Fernandes yang bawa university tu ke Malaysia..dulu dia belajar di sana!wah....akan menjadi tempat tumpuan pelajar luar negara pula Putrajaya lepas ini.... =D
kemudian kami melintasi Jambatan Seri Gemilang...lalu di kawasan empangan Putrajaya....ada juga rumah bertani Tun Mahathir!comel kan..siap ada rumah untuk bertani lagi tau..ntah bila laa dia nak bertani tu....macam sibuk je...hehehe
dan selepas melalui kawasan-kawsan perumahan di sekitar Putrajaya, akhirnya kami tiba semula di kawasan Presint 2...ternampak dari jauh Masjid Putra dan Jabatan Perdana Menteri...yeay berakhir sudah perjalanan selama 45 minit kami di atas Cruise Tasik Putrajaya!memang menarik dapat melihat pelbagai binaan yang hebat di sekitar Putrajaya...lambang kemajuan negara!
selesai menyusuri Tasik Putrajaya...perut pun lapar semula...haaa apa lagi...terus menuju ke Ayer@8....aku teringin nak makan di Newsroom Cafe...nampak interior dia macam cantik kan...sampai je, memang takde orang la..kawasan ni memang takde orang sangat lagi...cafe ini cantik dan mendamaikan...mengambil inspirasi dari bilik berita...penuh dengan buku, mesin taip dan benda-benda berkait rapat dengan penghasilan berita zaman dolu kala...
alas meja makan pun suratkhabar lama...hehe cuma mungkin disebabkan tak ramai customer lagi, menu adalah limited...so kami order nasi beriani + nasi arab...menu special di sini la...sambil menunggu makanan, boleh ambil tidbits...free flow...wah memang sedap biskut coklat tuh!terasa macam kembali ke zaman dolu kala!hahaha pastu bila menu sampai, alahai, mayb dia frozen foods, so masa dia panaskan guna microwave, tak panas mengikut masa yang sesuai...so bahagian dalam ayam dan daging terasa masih sejuk...sobss....so terus sentap!safety okeh menda ni...huhuhu so memang perlu improve lagi laa dari segi kualiti makanan tu...then kami pun pulang dalam kepenatan melayan zara seharian!sampai rumah, semua pengsan! =D

8 comments:

  1. baru last year merasa naik cruise ni. i pegi lunch cruise, sambil berlayar kita makan. lepas makan naik atas deck, amik gambar.. gigih posing walau matahari mancanak atas kepala.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo yeke...tak nmpk plk cruise ada lunch dan dinner tu...hehe wah sakan bergambar atas deck tgh pns terik...harus gigihkan...haha

      Delete
  2. DJ...lamam enyepi..mana pigi :-)

    Cruise Putrajaya?...kat situ rupanya tempat nak naik..baru tahu...teruk tak ahaha..RM30?..best aaa dapat diskaun...kalau naik waktu mlm mesti lagi best kan sejuk.pastu ada lampu2...

    Byk lagi attraction akt putraya ni kan..tak lama lagi akan bukak Waterfront Uptown Putraja setiap hari Jumaat - Ahad dari jam 7am - 2am di Presint 2 area menara monumen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi bndung la JM...blik dr sana, mcm xsihat dan bz dgn kerja...tu mls update blog...hehe

      Naik mlm mmg best, tp sbb sy pkai kamera biasa ni, msti susah nk amk gmba...hehe

      Eh ada uptown?wah makin meriah laaa mlm di putrajaya!hehe

      Delete
  3. Aku ada planning nak nak cruise ni waktu malam. Pastu lepak makan kat D'Slero. Ko tengok ye angan2 ku bakal jadi kenyataan. Sob.

    Tolonglah si BamBam sangat comel. Rasa nak gigit pipi dia. Memang patut selalu kena cium penyet ngan Mak Ngah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboihhh angan2 ko...aku tggu je menjadi kenyataan tuh!hahaha

      dia cuma akan pasrah kita cium kalo dia nak pape dr kita...kalo takkk, haish dilibasnya muka aku kalo nak cium dia!hahahaha

      Delete
  4. siapa nak merasa naik free Cruse Tasik tu mai sini hari 31/8/2015 yg akan datang ni hanya 112 org shj yg pertama akan dapat percuma ....... mai le join aktiviti kat sana ....

    ReplyDelete
  5. siapa nak merasa naik free Cruse Tasik tu mai sini hari 31/8/2015 yg akan datang ni hanya 112 org shj yg pertama akan dapat percuma ....... mai le join aktiviti kat sana ....

    ReplyDelete