Tuesday, August 20, 2024

Thong Bowl, KLIA2

masa sampai KLIA2 dari Vietnam hari tu, Ain ajak aku makan dulu kat Thong Bowl yang duk viral ni...rupanya dia dah buka outlet di KLIA2 juga rupanya...okay la sebab kan takde apa nak kejar aku layan je la dak Ain nak makan ni...yang lain gerak balik dulu...kat sini menunya mee kuah Thai tuuu...ala-ala mee celup ke boat noodle camtu laaa...tapi extra mewah dengan dedaging dia tuu...
aku sempat la ambil gambar beberapa page dari menu dia...yang utama je la...haa ako tengok, sini famous dengan mee mangkuk besar dia tuuu...kalo nak kecil single set pun ada hehehe so ko leh pilih jenis mee, tahap kepedasan pelbagai jenis dedaging!sesuai la sape suka daging datang makan sini...dari local ke wagyu semua ada lah...harga je kena ikut poket hahahaha...
dah order tunggu la kat meja...ha atas meja ada condiments nak makan dengan mee nanti...ada chilli oil, ada chilli flakes dan satu lagi tu tak sure apa, macam cencaluk pun ada gak rupa dia hahahaha tapi aku tak makan pun laa...pastu opkos ada chayen atau teh thai tu di sini...famous gak orang order gelas besar gedabak dia tu tapi again untuk single portion pun ado...manis macam biasa la kalo thai tea ni kan...
aku sebenarnya tak ingat sangat aku order apa tapi daging la...sedap la kuah dia tu memang rich habis rasa daging, portion daging dalam mee pun banyak, pastu ada kriuk kiruk kulit ayam pun sedap...so overall sedap la pada aku...Ain makan ayam rasanya, pun sedap je...kuah dia la sedap, penuh rasa dia...sooo flavourful!
then aku pernah datang sekali lagi ngan adik aku masa anta dia nak ke Sabah...so kitorang singgah makan sini...masa ni aku cuba yang dried noodle punya pula, biasa laa, penuh daging tapi aku prefer yang berkuah la lagi sedap kau nak hirup banding dried tuuu...overall sedap la Thong Bowl ni, leh cuba lagi kalo ke KLIA2...

No comments:

Post a Comment