Friday, July 14, 2017

Restoran Norazlina Chong, Kuala Lumpur

semalam aku cuti sebab nak hantar mak aku follow up di Hospital Selayang, balik dari hospital aku ajak mak aku lunch di Restoran Norazlina Chong di Wangsamaju...dah lama nak cuba restoran ni sebab ada itik halal...dah tu ada kambing macam kat China tu juga...so gigih la pasang Waze terus menuju ke restoran ni...
masa sampai ni, tengok keadaan restoran kosong dan agak tak bersih pada pendapat aku...banyak barang-barang tak guna ada dalam restoran ni...sorry, aku ni orang food safety, so kalo ada banyak barang tak perlu dalam restoran ni, dia macam menyimpan habuk dan secara tak langsung leh attract haiwan yang tak sepatutnya kan....huhu ingat nak ajak mak pergi kedai lain, tapi mak cakap dah basuh tangan, guna air orang tu...tak baik plak...so kita duduk je laa...
ok jom kita tengok menu diaaa...teringin nak layan sate, tapi semua sate dia start buka jam 5 petang...makanya tak banyak juga choices of food untuk tengahari tu....so kita order je la apa yang adakan...harga dia takde la mahal sangat, ok jer...
tak lama tunggu, minuman dan makanan pun sampai satu persatu...untuk air aku order teh bunga dan mak ambil barli...then kami order Wantan Goreng (RM7.90) yang boleh tahan la...cuma isi dia kurang sikit...kalo penuh isinya mesti lagi sedap...kuah cili tu macam ada rasa pahit sikit, tak sure apa...
untuk makanan utama mak order Char Kue Teow (RM7) dan aku order Nasi Itik (RM10)...untuk char kue teow tu kureng sangat rasanya weh...rasa hangus dia terlebih sangat...kalo sikit-sikit tu ok la lagi...huhuhu tapi bahan dalam dia banyak la, dengan udang...dan untuk nasi itik aku pula, alahai lemah...nasi pun kering dan sedikit keras...nasib baik laaa itik tu sedap dan lembut...so aku lelap mata je laaa...hahaha sedap itiknya...susah la nak jumpa itik sedap gini yang halal kan...so layannn...
overall biasa je la aku rasa restoran ni, cumanya sebab tak dapat rasa lagi sate tu kan, so tak tau laaa...setakat ni cuma itik je la penyelamat restoran ini...hahaha jahat tak review aku...entah la...mak aku siap cakap, lepas ni tak payah datang dah sini...hahaha...

6 comments:

  1. DJ, kalau rindu sate kambing tu boleh makan lamb toothpick kat Mee Tarik Warisan atau makan lamb stick yg RM2.80 kat Salam Noodle atau Xinjiang Noodle kat Bangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah makan juga kat mee tarik tu tapi feeling dia tak samaaa makan di sana...hehehe

      Delete
  2. nampak kuey teow tu hangus. Nampak menu ayam bah kut the, maksudnya bah kut teh tu bukan la B*bi kan, sejenis masakan la tu kan? sbb biasa diorg ckp bah kut teh tu masakan b*bi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah bak kut teh tu bukan babi je, dia nama masakan macam sup rempah...so leh ayam dan daging lembu...

      Delete