Wednesday, July 26, 2017

Divadivana takes Ipoh, Perak

Mak aih tengok nama post pun tau dah lamaaa cerita ni...hahaha group Divadivana ni pun dah berpecah belah...ada yang missing in action, ada yang membawa hati...tapi takpela, aku update je cerita ni, sebagai kenangan aku sendiri...pada 23 Januari 2016, aku bersama Mrs, Dzuli, Azra, Zilla dan Ean telah ke Ipoh!kali pertama trip bersama sebenarnya ni lepas berkenal-kenalan hampir setahun...on the way ke Ipoh, kami singgah breakfast di Yik Mun, Tanjung Malim...
then terus menuju ke Ipoh...sempat la kami singgah dulu di Tasik Cermin yang pernah viral satu ketika dulu...hehee masa kat sini juga aku bertemu dengan Sue yang akan join kami juga...jalan nakpi tempat ni macam payah gakla, tapi kita duk tanya orang je laaa...sekitar kawasan kami ambil gambar ni agak kotor, tak tau la sekarang macam mana...
dari Tasik Cermin kami terus ke Ipoh Bali Hotel untuk check in...cantik hotel ni, kami ambil 2 bilik...satu bilik Dzuli duk ngan Ean...satu bilik besar aku duk ngan Azra, Zilla dan Mrs dengan tambahan extra bed berharga RM430...ok la kan...cantik hotel ni tauuu...best!
lepas rehat seketika, petang tu kami jalan-jalan bandar Ipoh mengambil gambar...takde apa sangat pun aktiviti sebab dah berpuluh kali weh datang Ipoh ni...hahaha sampai taktau dah nak buat apa...saje je berjalan-jalan hujung minggu...
lepas tu kita pi makan Greentown Dimsum Cafe...sedap gila weh makan sini...Sue la yang suggest...dan sejak kali pertama pergi ni la, lepas tu tiap kali datang Ipoh mesti nak kena pi makan kat sini...hahaha...
lepas tu kitorang balik hotel, then keluar balik...siap pergi Gerbang Malam lagi...ala macam pasar malam jer laaa...takde apa yang menarik pun pada aku...tapi sebab dah takde apa nak buat, layan jer laaaa...
dan kemudian kami melepak layan desserts di Pak Long Cafe...memang takde arah tujuan sangat la trip ni kan...saje lepak, makan, sembang dan makan lagi...masa ni takde banyak krisis lagi so enjoy je laaa...hahahaa!
dan esoknya kami breakfast di hotel...sedap gak la makanan dia...dan lepas makan aku bersiap untuk balik sebab nak attend wedding member di KL...diorang semua meneruskan misi jalan-jalan di Ipoh...singkat jer cerita weekend gateway ke Ipoh ni...lebih kepada nak kenal-kenal dan bercuti bersama jer...

2 comments:

  1. Eh lama betul Zilla tak update blog... pernah baca percutian korg ni kat blog Zilla

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu la memang dah terputus hubungan dah ngan Zilla ni...

      Delete