Thursday, January 8, 2015

Summer in Downunder: Day 0 - Persediaan Trip

semangat Australia dan NZ tengah membara ni, jadinya baik aku update cerita cepat-cepat...kang kalo tunggu lama-lama aku pun dah lupa cerita kan....hehehe tapi kan yang sebenarnya aku excited nak share ngan korang cerita dan gambar aku ke NZ....sebab aku nak seruuu semua orang kampung ohoiii pergila NZ oi...cantik!even gambar-gambar dalam blog ni pun sebenarnya tak mampu menggambarkan sepenuhnya betapa indahnyaaa bumi NZ ini.... =D

TIKET FLIGHT KUALA LUMPUR - GOLD COAST

perancangan ke Australia dan NZ ni bermula sejak 25 November 2013...masa tu AAX buat promo dan kami berjaya merembat tiket ke Gold Coast, Australia dengan harga RM764 seorang...memang masa beli ni dah ada angan-angan nak ke NZ, sebab tu beli tiket jarak pergi dan balik dekat 2 minggu...pergi pada 22 Disember 2014 dan balik pada 3 Januari 2015....

lepas dah beli tiket tu, masing-masing senyap laaa...almaklum lagi setahun lebih kan trip masa tu....tapi dalam senyap tu, aku duk usha juga harga tiket flight ke NZ dan penginapan kat kedua buah negara tu...dan masa tuu laaa aku baru realised yang masa tu summer dan harga tiket flight, penginapan dan sewa kereta mencanak-canak naiknya!hohoho terus goyah dah...

TIKET FLIGHT GOLD COAST - CHRISTCHURCH

masa awal bulan Mei 2014, aku berjumpa dengan sue dan dini untuk trip ke Surabaya, Indonesia...masa ni la aku mula cerita kat diorang betul-betul pasal kenaikan harga dan bajet untuk Australia dan NZ...lepas bincang punya bincang, kami setuju meneruskan perjalanan ke NZ...sebab takkan nak duk Gold Coast 2 minggu kan?usha juga tiket ke city lain di Australia pun sama mahal jer dengan pergi NZ, jadi kami sebulat suara memilih untuk pergi juga ke NZ....

makanya balik jer dari Surabaya aku terus usha tiket dan buat pembelian tiket Gold Coast ke Christchurch pada 25 Disember 2014 dengan menaiki Jetstar berharga AUD247.50 seorang...beli masa ni memang semata seat jer...tanpa luggage dan meals...manakala tiket Christchurch ke Gold Coast pula pada 31 Disember 2014 dengan menaiki Air New Zealand berharga NZD299 seorang....itulah kombinasi tiket paling murah yang aku dapat pada masa itu....pasrah jer lah!sape suh pi masa super peak hour kan...masa krismas dan new year tuh!huhuhu kalo tak, aku pnah nampak orang beli masa bukan peak hour dalam AUD300 jer untuk return tau...sobsss....pasrah...

PENGANGKUTAN

dah selesai bab tiket flight, baru konpiden nak susun itinerary...plan asal nak naik motorhome la untuk menjelajah NZ...tapi lepas usha, harga dia naik 2,3 kali ganda masa summer!mahal giler...makanya lepas buat rough calculation, aku decided lebih baik sewa kereta saja...usha punya usha, akhirnya aku memilih SHOESTRING RENTAL...

mudah sangat urusan booking dengan company ni dan owner dia si Cameron tu sangat laaa membantu...tanya je macam-macam soalan bodoh, dia akan jawab dengan baik...hehehe masa isi form untuk booking kereta tu, kita leh pilih la nak kereta small. medium. large atau family wagon..untuk kami bertiga aku pilih medium sebab kalo small kang takut sesak sangat dengan beg lagi kan...

kalo ikutkan harga untuk medium ni start dengan NZD38...tapi macam aku cakap, during summer harga semua nak kena naik kan...jadi kami dapat harga sewaan kereta medium NZD59 per day...darab la dengan bilangan hari, macam kami ambil 8.30 pagi 26 Dis, hantar 1 petang 31 Dis, dia kira 5.5 hari sahaja...lepas tu aku sewa juga GPS dengan harga NZD8 per day dan insuran NZD10 per day...dan ini menjadikan harga yang perlu dibayar setiap orang adalah NZD141 sahaja...ok la kan...
masa aku usha harga motorhome masa off peak, leh dapat jer dengan harga NZD59 ni tau...hadoi laa memang frust abes!tapi takpela, ada hikmahnya...lepas baca experience orang duk motorhome ni, aku rasa untuk kami yang besar-besar ni, mau sesak jugak dalam motorhome tu nanti...jadinya baikla carik penginapan yang betul-betul kan....hehehe

PENGINAPAN

dah setel semua, tiba masa untuk mengusha penginapan pada bulan Jun 2014...Allah je tahu macam mana pening berpusing-pusing nak susun route especially NZ serta mencari penginapan yang bersesuaian dengan itinerary dan bajet kami...kebanyakan tempat dah fully booked ataupun harga menggila naik...lagi di Gold Coast...member aku pi, harga apartment yang sama leh dapat RM300 permalam, masa summer dia naik 2 kali ganda...stress betul masa ni...tapi akhirnya aku berjaya booking penginapan di hotel, hostel, motel, resort, guesthouse, B&B untuk 11 malam trip kami ini...agak sadis bila nengok total keseluruhan yang diperuntukkan untuk penginapan semasa summer ni...paling mahal adalah penginapan di Gold Coast yang mencecah RM667 untuk 1 malam...tu dah paling murah dah tu aku jumpa yang located in Surfers Paradise...semua penginapan aku booking through Agoda, cuma Airport Lodge Motel je booking direct dengan website dia...ini senarai penginapan kami di Australia dan NZ beserta harga...review setiap penginapan aku akan buat dalam post-post yang akan datang okey....harga penginapan ini dikongsi oleh kami bertiga....

Vibe Hotel, Gold Coast (2N) = RM533.35 per malam
Airport Lodge Motel (1N) = RM446.84 per malam
Mountain Chalet Motels, Twizel (1N) = RM528.28 per malam
Caples Court, Queenstown (1N) = RM483.86 per malam
Te Anau Kiwi Holiday Park & Motels, Te Anau (1N) = RM452.55 per malam
Arden Country House Bed and Breakfast, Dunedin (1N) = RM327.31 per malam
Elizabeth Court Guest House, Timaru (1N) = RM270.39 per malam
Islander Resort, Gold Coast (3N) = RM667.12 per malam

ITINERARY

dah selesai urusan penginapan, baru laaa dapat susun betul-betul itinerary kan...mana attraction yang boleh dipergi kat tempat-tempat kami bermalam tu...untuk di Gold Coast dan Brisbane, Australia tak payah sangat laa...sebab setempat jer kami duduk...yang di NZ tu la mencabar sikit...mana nak kena pastikan sampai kul berapa, attraction buka sampai kul berapa, kul berapa nak book tour etc...tapi dengan adanya Enchek Google, InsyaAllah mudah jer...sambil rajin-rajin bertanya pada yang pernah pergi kan...hehehe

Day 1: Gold Coast
Day 2: Gold Coast
Day 3: Gold Coast - Christchurch
Day 4: Christchurch - Ashburton - Geraldine - Lake Tekapo - Lake Pukaki - Twizel
Day 5: Twizel - Omarama - Wanaka - Cardona - Queenstown
Day 6: Queenstown - Milford Sound - Te Anau
Day 7: Te Anau - Dunedin
Day 8: Dunedin - Moeraki Boulders - Oamaru - Timaru
Day 9: Timaru - Rakaia Discovery Jet - Christchurch - Gold Coast
Day 10: Gold Coast
Day 11: Brisbane - Gold Coast
Day 12: Gold Coast - Kuala Lumpur

dan aku just realised yang perjalanan kami di South Island, NZ berbentuk nombor 8!hahaha tak percaya?tengok nih!hahaha boleh la kan dikatakan nombor 8 kan?kan?titik pertemuan di Geraldine masa pergi dan balik....
pastu macam yang aku cakapkan sebelum ni, itinerary kali ni siap masukkan menu masakan tau...hahaha sebabnya senang nak plan nak beli bahan mentah...sebabnya kami bergerak jauh-jauh setiap hari, so nak make sure tak perlu simpan bahan mentah dalam kereta lama-lama...lagi yang mudah rosak kan...dan juga supaya tiada pembaziran yang berlaku....selain tu, identify juga siap-siap tempat yang ada restoran halal, supaya kami tak payah la nak memasak dah...hehehe

ETA DAN KELULUSAN LUAR NEGARA

then, dalam sebulan lebih sebelum trip, aku dah mula apply ETA melalui POTO Travel, Putrajaya...opis aku ni memang selalu deal dengan company ni, lagi-lagi budak-budak international...so aku cuma dapatkan contact number jer dari member aku then terus whatsapp staff POTO...dia terus minta aku email details perjalanan dan salinan passport serta membuat bayaran RM30 seorang....setel semua, dalam 2 hari diorang dah email ke aku ETA...selesai!

kemudian selaku pekerja kerajaan yang berwibawa, haruslah aku apply kelulusan luar negara kan...hehehe masa ni baru pecah lobang ramai tau aku nak bercuti panjang...dan lepas tu aku apply juga insuran kesihatan seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ini...

TIKET DAN PAKEJ

dalam 2 minggu sebelum trip, baru la aku mula membeli semua tiket dan pakej yang boleh dibeli secara online...sebabnya aku nak mudahkan kerja...malas nak bawa cash banyak sangat nanti....selain tu nak cepat, taknak beratur beli tiket bagai...tapi risiko nya kalo kita dah book tiket yang ada specific time, kalo tak sempat sampai pada masa yang kita book tu takut burn la tiket...aku macam pernah baca leh refund, tapi sebab aku tak de pengalaman burn tiket ni, takleh la nak share ngan korang...

antara tiket yang telah dibeli awal adalah Combo Pass bagi 3 Theme Parks di Gold Coast melalui website Experience OZ dengan harga AUD94.99 sahaja...3 theme parks tu adalah Warner Bros Movie World, Sea World dan Wet 'n' Wild...tiket combo ni perlu digunakan dalam 3 hari berturut-turut...memang sangat untung beli tiket combo ni sebab jauh lebih murah daripada beli single ticket...
bagi tiket dan pakej aktiviti di NZ, ada beberapa website yang boleh diusha untuk dapatkan diskaun seperti BookmeGrabone dan GrouponNZ tapi takde pula promo untuk tarikh aku nakpi ni...huhuhu makanya beli tiket direct dengan website aktiviti tersebut adalah pilihan terbaik untuk aku...ini antara tiket yang aku dah beli siap-siap daripada Malaysia...cuma print resit dan bawa semasa ke NZ...

Entrance ke Kiwi Birdlife Park - NZD43
 Gondola dan 2 Luge Rides di Skyline, Queenstown - NZD42
Tiket untuk Jucy Cruise Milford Sound - NZD45
Tiket untuk Shortened Tour to Cadbury World - NZD16

selain daripada itu, aku juga membuat booking bagi Kiwi Haka Show di Skyline, Georgetown dan bayar secara tunai NZD39 di kaunter masa sampai di sana...kalo nak booking ni, kena email ke reservations@skyline.co.nz...nanti diorang akan bagi booking number, so bawa je la booking number tu ke kaunter nanti....more info leh usha website Skyline, Queenstown....

satu lagi tiket yang aku beli direct adalah Te Anau Glowworm Caves dengan harga NZD75 di Real Journeys Visitor Centre, Lakefront Drive, Te Anau, NZ...tapi sebelum tu, aku dah beremail juga dengan diorang tanya apa yang patut melalui contact@realjourneys.co.nz....atau juga boleh usha lanjut di website Real Journeys...

PERTUKARAN WANG

dah almost setel persediaan bagi trip Australia dan NZ ni, 2 hari sebelum pergi barulaa aku terhegeh-hegeh pergi menukar wang di Mid Valley...duk usha lama dah, last-last makin naik plak rate dia masa aku tukar nih...haish la kan....aku dapat tukaran AUD1 = RM2.90 dan NZD1 = RM2.75...

PERANCANGAN TAK KESAMPAIAN

sepanjang buat research bagi menyiapkan itinerary ni, ada 1 tempat yang aku teringin nak pergi tapi tak mampu dari segi masa dan kewangan...jadinya aku share je la kat sini, mana tau sesiapa yang nak ke Brisbane, ada masa dan kewangan lebih, boleh la ke Moreton Island nih!cantik giler pantai dia siap ada bangkai kapal lagi...member aku cakap cantik snorkeling kat situ...paling best sebab sini laaa lokasi Running Man di Australia tuh!hahaha pastu lebih menarik aktiviti yang boleh dibuat kat sana...kalo tak minat nak membasahkan diri, dia ada juga aktiviti yang kering macam ATV, sand tobogganing, segway etc...memang menarik giler la pada aku...hehehe

haaaa ok la tu jer la dulu maklumat yang aku nak share dengan korang mengenai persediaan yang aku buat sebelum berangkat ke Australia dan NZ nih!kiranya persiapan trip kali ini lebih teliti dan pening kepala sikit berbanding trip-trip sebelum ini....fuhhhhh.....

33 comments:

  1. Info yang terbaik buat trip ribu riban ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha mmg la ribu raban en mie oi...senak tgk kos!hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Hehe ala dlm post yg ni xde gmbo lg meng...ni br nk share info je dulu..sabo yer!

      Delete
  3. Padat details itinerary ini. Tapi sambil aku baca ni sambil aku tekan kalkulator. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha penar kerah otak nk buat entry ni tau...haha moga2 mmberi pedoman...hahaha yezzaa tekan la kalkulator tu..mna tauuu nnti smpi nnti...hehe

      Delete
  4. eksaitednya.... ^_^ eh.. eh... yang accomodation tu.. queensland ke queenstown?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha queenstown!tersilap laaa..almaklum, both pun pergi.tu typo kot..hahaha

      Delete
  5. WOW! Excitednya...Memang NZ cantik!!!!

    ReplyDelete
  6. good info...tak sabar tunggu next2 entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sabar yer mrs...insyaAllah weekend ni boleh start dah...hehehe

      Delete
  7. aku tengok harga hotel tu...pitam kejap...tapi sbb dah tukar dlm RM kan.. kalau NZD rasa ok je..
    cepat buat entry bergambar..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ebtol bebm, kalo dalam nzd dalam 200++ je kan...hehehe tp tu share 3 org tu...kira boleh lagi la kannn...hehehe ok sabar2....akan diupdate secepat mungkin masa mood tgh meluap2 nih...hehehehe

      Delete
  8. Mahal tol tix DJ ke NZ tu... yelah..krismas la kate kan. .coz kite slalu gak tekan2 jetstar, hr2 biasa..mcm murah aje.. lg satu, kite pon slalu verangan2 tekan car rental kt nz..mmg berlipat-ganda beza bln 1 dngn bln 6... bln 6 murah je keta. ..kikiki....x sbr nk bca citer nz u ollz... citer GC nk bca gak tp lbh xcited ngan nz....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu farikica..mada plan nkpi dulu tgk tiket tgh tahun, ingt sama jer harga..tu konpiden bli tiketg ke goldcoast...skli mhl gler rupanya time kami pi.huhu pasrah jer laa...motorhome pun dh usha b4 pi tu tgk murah gk...tp mmg xsngka bganda btol naik harga kan...hehe tp ada lebihnya jln summer...sbb di nz nk kna drive jauh2 tiap hari..so klo smpi ptg pun kt mna2 destinasi, masih terang...attraction pun kbykn extend masa masa summer...

      Delete
  9. Huhu, dah kuar cerite dari NZ and Aussie. Panas dari oven gitu.... Memang plan nak pegi NZ lepas nie. Fuh, mahal tuh Islander Hotel masa summer. Masa saya pegi 2010 dulu baru RM290 semalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe mmg pns nih..hehe islander ktorg amek bilik biasa xde dapur smua tu pun...harga mhl btol..myb stay during new year kot..

      Delete
  10. Replies
    1. Rain oppa?ko slh blog ke komen?ke kna rasuk dh?hahaha

      Delete
  11. Wah dah tukar langsir baru...tapi nampak macam skeri tempat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ni dalam taman burung jer en mie...takde la skeri sgt....hehehe

      Delete
  12. daripada awal sampai habis entri, kepala duk ligat kira bajet je kak..waaa..dasat gak harga time summer, gigil nak bayo..huhuhu..tp kompem cantik gilos time tu kan..tazabarnye nak baca smp habis cerita..weee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang bajet besar sikit laaa trip kali ni yayan...hehehe tapi untungnya pi masa summer ni, sebab masa nak jalan tu panjangggg....hehehehe

      Delete
  13. Nak kena ulang baca ni. kena mentelaah bebetul.. biar masuk ke kepala.. otherwise nak kena buat note.. thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe wah kak ada plan nak ke sana ke?ok study sungguh2...if ada pape nak tanya, leh la tanya saya nnti...hehe

      Delete
  14. Salam. Kak DJ, saya nak tanya, yang harga quotation kereta dari shoestring tu dah termasuk dengan insurans ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tu sy ada tulis tu nzd10 per day utk insurans.

      Delete
    2. oh ok..maksudnya dari $368.50 tambah lagi dengan $10x5/6days la kan...sbb saya plan nk ambil ngan shoestring gak utk trip nov ni..cuma nak tgk insurance car cover mcm mna...thanks kak...

      Delete
    3. Yup...masa mula dia quote tu xmsuk insurans.nnti masa nk byr dia tnya nk insurans yg mna.dia ada yg mhl lg tu dia swipe dr card je.tp kami pilih yg murah je.tp xingt plk apa beza dia aritu..kiranya total tu adalah rental+gps+insuran kali la bpe hari kita nk sewa tuh.

      Delete
    4. Yup...masa mula dia quote tu xmsuk insurans.nnti masa nk byr dia tnya nk insurans yg mna.dia ada yg mhl lg tu dia swipe dr card je.tp kami pilih yg murah je.tp xingt plk apa beza dia aritu..kiranya total tu adalah rental+gps+insuran kali la bpe hari kita nk sewa tuh.

      Delete