Tuesday, November 26, 2013

7 Tips Menjaga Perut Semasa Melancong di Asia Tenggara.

semalam aku dapat email minta untuk promote artikel daripada Gaviscon ini di blog...berkaitan 7 Tips Menjaga Perut Semasa Melancong di Asia Tenggara...so lepas baca artikel ini, aku rasa berminat nak share di blog ini...sekadar perkongsian ilmu dengan kawan-kawan traveller juga...memandangkan aku sendiri dari latarbelakang foodsafety, dann aku juga sangat sukaaa makan semasa travel (masa tak travel pun suka makan gak), aku rasa tips-tips berikut adalah amat penting untuk diamalkan bagi memastikan pengambilan makanan kita semasa travel tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan kepada kesihatan...sekaligus menyebabkan mood kita untuk travel terusss merundummmm....aku ada member yang kena keracunan makanan semasa di Bandung, sampaikan terpaksa duduk di bilik selama 2 hari...sangat merugikan bukan...jadi marilah sama-sama kita menjadi seorang yang 'pemilih' untuk makanan kita sendiri dengan mengamalkan tips-tips tersebut....dan sebagai langkah tambahan yang aku boleh sarankan adalah....LIHAT, HIDU dan RASA sebelum mengambil sebarang makanan...yeahhh dengan penggunaan 3 deria kita yang Allah kurniakan ini juga, InsyaAllah dapat menghindarkan kita dari sebarang gejala keracunan makanan dan sewaktu dengannya....ok korang, selamat berjalan-jalan sambil menikmati kesedapan makanan di negara orang....enjoy selagi boleh....eat like a local!more experiences you will get! =D
##tetiba teringat kisah masa aku mula travel, aku ke Cambodia dan India...masa tu mana mampu pi negara mahal (macam la sekarang mampu sangat kan)...so ada seorang rakan cakap, 'eii ko ni buat apa travel tempat gitu?ko nak makan ape nanti?katak gantung?' oh alangkah dangkalnya pemikirannya itu...huhuhu haaa disebabkan kata-katanya itulah aku rasa nakkkk sangat enjoy semua food di negara yang aku lawati!tapi tetappp dengan mengambil langkah berhati-hati dari segi keselamatan dan kebersihan serta seharusnyaaa kehalalannya...InsyaAllah!

8 comments:

  1. di blog Kaki Berangan pun ada gak entry ni hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la JM..tgk ada a few blog dah ada info ni...tp takpe sharing lg skali...hehehe

      Delete
  2. nak buat jugak la entry ni... sebab direquest hahaha

    ReplyDelete
  3. kalau backpackers kental yng makan maggi jer tak ada masalah kot hahahaha.. thanks share kak DJ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha makan megi ngn milo kan?baru sedap!hahaha

      Delete
  4. Teringat dulu masa gi Bandung, excited nak makan kat gerai2 tepi jalan. Kawan yang study sana terus tarik tangan...sambil bisik "Gerai sini sume xboleh, soto anjing & kucing pun diorang jual". Terus rasa nak muntah dan2 tu juga. 4days kat sana langsung xsentuh sup apa pun. Excited sangat, sibaik gi ngan kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nasib baik tak makan...masa di Yogja, driver ingatkan saya jangan makan ada gerai pakcik depan hotel tu...dia cakap dulu ramai muslim makan situ sbb nasi goreng dia sedappp....sekali br tahu dia tu non muslim dan dia letak sesuatu yg berkaitan dgn oink oink dalam tu....hohoho

      sebab tu di Indonesia kena hati2 sikit...sbb takde beza pun muka muslin n non muslim...hehehe tp bandung mmg syurga makanan la...i love bandung!hehehe

      Delete