Thursday, June 6, 2024

Canton Boy, Dpulze Cyberjaya

meh aku nak share satu tempat makanan favourite aku sekarang ni...dah 2 kali gak aku pergi ke Canton Boy di Dpulze Cyberjaya ni...selain makanan sedap, outlet dalam Dpulze ni senang sebab depan surau je...aku pergi masa buka puasa pun senang!hehehe so meh kita tengok apa ada kat Canton Boy ni yang buat aku suka hehehe...
first of all, marilah lihat menu diaa...banyak gilaaaa...sampai rambang mata tau bila datang berdua tu...sebab semua pun teringin nak rasa!menu dia ala-ala Dolly Dimsum tu la, cumanya kelebihan kat sini dia ada chicken rice yang menarik sungguh!haaa aku gigih tau snap semua menu...musim main QR code skang ni aku jarang dah share menu kat blog hahahaha...so marilah layan...
ok pendek kata semua makanan dia sedapppp...korang tengok la banyak gila kami order sebab rambang mata...masa pergi yang buka puasa tu lagi laaa, tak muat satu meja kami sebab banyak gilaaa main order hahahahaa...terpaling aku suka haruslaaaa nasi ayam dia...leh pilih roasted or steamed chicken...pastu chee cheong fun, dimsum pun sedap!ada macam cili oil ke ada shrimp paste tu sedappp!ada satu tu chicken wing dia stuffed dengan prawn, pun sedap!cicah sos dia...fuh memang wajib ambil ni untuk yang suka ayam hehehe taugeh dia big portion, penat habis kan tapi sedap krup krap!dia nya fried radish pun sedapppp...szechuan dumpling dia tak sedap!hahaha tapi duck meat spring roll dia de bomb!hahahahaa dan wajib la datang sini cuba egg tart dia...pun sedap!
ni flatlay masa berbuka puasa hahahaha gila kan memasing hahahaha dua kali aku pergi ni dengan orang yang sama, so dua kali pun memasing tamak mengorder!hahahaha harga kat sini okay la pada aku, murah sikit dar Dolly Dimsum sana...tapi murah pun, kalau kau order macam 5 orang makan kan, dia tak jadi murah mana la hahahaha...tapi seriously aku suka...dan confirm akan pergi lagi hehehe...so korang, sila cuba okay...aku dengar dia ada 4 outlet iaitu Dpulze Cyberjaya, Mytown Shopping Centre, Avenue K dan Bangsar Shopping Centre...

2 comments:

  1. Yeyyyy, DJ review canton. aritu anak ajak singgah, tapi hold dulu cakap, nnt mami survey tengok apa kata orang sedap ke tak. ni aunty DJ dah review haruslah kami pi terjah lepas ni sebab dah tahu nak order apa. tqq DJ!

    ReplyDelete