Thursday, February 8, 2024

10 Thai by 10 Gram, Tamarind Square

bulan Oktober sampai Disember haritu aku stress dan anxious dengan urusan belajar aku...ada banyak isu...so ada masa tu aku nak lari dari hakikat kehidupan hahaha makanya aku nak cari makan sedap dan ajak Mrs dinner di Tamarind Square...duk pusing pikir mana nak makan, last kami masuk ke 10 Thai ni pula...selalu makan 10 Gram, so ni kali pertama nak makan kedai dia yang sediakan menu makanan Thailand...
malas nak cakap panjang boleh? semua makanan dia sedappppppp...aku suka!dari thai tea dia yang sedapppp sangat sampai rasa nak order satu lagi hahaha tengok orang sebelah berdua order jug terus okay...patut la sebab sedap!tomyam dia sedapppp, letop!penuh isi, pekat masam pedas semua cukup lah...ya ampun puas hati sangat...padthai pun sedap, set nasi banyak lauk ni pun sedapppp...sos dia sedap, ayam pandan sedap, pad krapow pun dappp...dan last ambil aiskrim kelapa juga dapppp...puas hati makan sini...next time boleh datang lagi lah...

No comments:

Post a Comment