Tuesday, September 13, 2022

Bask Bear Coffee, Bandar Seri Putra

okey terlebih rajin betul ni hari-hari ada post baru kan...hahaha insyaAllah ni post last kot untuk bulan ini...eh yeke hahaha insyaAllah aku update sikit tapi yang berderet-deret punya post aku sambung lepas bulan September nanti ya...almaklum September ni sis busyyy...hahahaha!ok jom nak citer satu coffee chain yang tengah naik kat Selangor ke KL skang ni iaitu Back Bear Coffee...ada satu outlet tak jauh dari rumah aku so ajak mak aku cuba la kan...menu dia ada banyakkk tapi aku tak dan snap dekat-dekat...lupa...hahaha...
so meh tengok apa aku order...cafe latte dia biasa je la pada aku...takde apa yang umphhh...tapi, toast dia sedap gilaa...ada pelbagai jenis toast, kami cuba chicken katsu dengan cheese & egg dan both sedap gila...yang sedap tu sebab toast dia tu crunchy dan isinya penuh!bestttt...mak aku pun cakap sedap...pastu aku tamak order gak meletop mac & cheese pun sedappp sebab pedas dan tak muak!okey la buat tempat lepak camni...kalo pergi lagi, definitely aku cuba lagi toast dia dengan different inti plak...hehehe...

4 comments:

  1. ada juga area opis..tp aritu singgah mcm tk brp byk choice..tgk kt IGnya lain outlet lain menu..sudahnya tk try la lagi

    ReplyDelete