masa hujung Ogos tu, kami sekeluarga ke Kajang celebrate birthday nenek aku, pastu masa balik kami kelaparan lagi, so singgah makan di Bangi Avenue...kami ke Tendance...abang aku cakap owner ni ada 3 buah kedai bersebelahan dengan Tendance ni, so duk mana mana pun leh order makanan dari semua kedai ni...selain Tendance yang berkonsepkan western, satu lagi konsep Jepun dan satu lagi special teppanyaki...haaa so kami duduk di bahagian luar antara Tendance dan restoran jepun dia...
sebabkan menu dia banyak nau, aku snap sikit sikit laaa...so menu untuk Tendance tu macam aku cakap laaa semua western...banyak gak pilihan dia, sampai rambang mata nak buat pilihan...tapi sebab abang aku nak belanja, kena pilih jugak ni...hahaha pastu aku snap sikit gak gambar menu sushi dari dari restoran jepun diaaa...haaa pastu ada teppanyaki gak aku tak snap plak gambar menu dia....
ok marilah tengok menu yang kami layan...anak buah aku sorang nak makan teppanyaki, sorang nak makan sushi...kemain korang eh...tekak jepun sangat kannn...makngah korang kenal pun tak jepun masa baya baya korang tau...hahaha dan yang lain lain layan western food dari Tendance...ada ambil beef steak yang harga ikut berat...yang kami ambil tu adalah antara RM45 ke RM60 satu steak...ada layan lamb chop pun ikut berat, then pizza dan aku rasa menu aku paling win malam tu walaupun dia sampai paling lambat iaitu Roasted Baked Smoked Duck (RM19)...dah la harga murah, sedap gila ya amat plak tuuu...berlemak, juicy, freshhhh...sedap gila!semua terkesima dengan rasa diaaa...huhuhu sedap gila...then kami layan chocolate molten gak as dessert...nyummeh!
so overall semua makanan dia sedap sedap laa...abah aku cakap lain kali makan steak kat sini je laa...hahahaha gitu kan...haa dah malas nak citer, aku pun tak ingat dah apa air kami ambil malam tu, korang layan gambar je lah eh...sedap makanan kat sini, boss aku siap pi lepas tengok FB aku, sakan dia cerita dia bawa kawan ke family semua berbelas orang makan, semua orang suka sebab sedap...hahahaha siap cakap, suami dia pun tahu dah nama aku sebab asal tempat makan best kat FB aku je, dia tag laki dia ajak pergi...hahaha...
No comments:
Post a Comment